Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Jogging adalah jalan cepat atau lari kecil untuk menyerap oksigen yang dihantar kepada fungsi jantung agar bekerja lebih cepat dari kebiasaannya. Selalunya seseorang itu akan berjogging di waktu pagi atau petang. Semasa berjogging, ia akan memberi kesegaran pada tubuh badan dengan persekitaran yang nyaman.
Kenapa kita perlu berjogging. Ini kerana, dengan berjogging ia dapat memberikan kebaikan pada keseluruhan tubuh badan kita.
Aktiviti berjogging perlu dilakukan secara konsisten bagi mencapai kehendak anda. Selain itu anda juga perlu beristiqomah untuk mendapat kesan yang diharapkan. Selamat berjogging untuk anda semua.
Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK
HUBUNGI SAYA:-
Definisi Jogging
Jogging adalah jalan cepat atau lari kecil untuk menyerap oksigen yang dihantar kepada fungsi jantung agar bekerja lebih cepat dari kebiasaannya. Selalunya seseorang itu akan berjogging di waktu pagi atau petang. Semasa berjogging, ia akan memberi kesegaran pada tubuh badan dengan persekitaran yang nyaman.
Kenapa kita perlu berjogging. Ini kerana, dengan berjogging ia dapat memberikan kebaikan pada keseluruhan tubuh badan kita.
Antara Kebaikan Berjogging Pada Tubuh Badan
1. Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk menggalakkan otot jantung anda bekerja. Apabila anda kerap berjogging, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.2. Berat Badan
Kepada yang ingin menjaga badan, jogging merupakan satu cara yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Apabila berlakunya pembakaran kalori, ia memudahkan untuk anda menguruskan badan. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.3. Osteoporosis
Jika anda jogging secara tetap, sebenarnya anda sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.4. Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simtom kemurungan.5. Tidur
Jogging juga membantu anda untuk tidur awal dan lebih lena pada waktu malam. Ianya sangat bagus untuk pengidap imsonia.6. Tekanan
Jogging dapat meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur. Ia dapat mengurangkan tekanan kerja ataupun belajar.7. Rasa Bahagia
Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan.8. Kerungsingan
Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood anda.9. Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda sangat kuat.10. Otak
Semasa jogging, darah akan membawa oksigen ke otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Dengan itu segala kerja akan menjadi lebih produktif.11. Kulit
Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih halus.Aktiviti berjogging perlu dilakukan secara konsisten bagi mencapai kehendak anda. Selain itu anda juga perlu beristiqomah untuk mendapat kesan yang diharapkan. Selamat berjogging untuk anda semua.
Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel: zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]
5 comments:
Terbaik
sejak sy mengamalkan jogging, sy dapati kurang mendapat selsema, berat badan sudah turun malah masaalah lendir dan berkahak yg sudah lama sy alami kini berkurang
mantap
Setelah saya mengamalkn amalan berjogging ni, Alhamdulillah, badan saya terasa ringan dan tidur saya kali ni tersangat lena… ketika bangun pagi setelah tidur, otot dan juga otak terasa sangat segar
Terima kasih
Post a Comment