SILA KLIK KAT SINI YE

Monday 3 December 2012

Pemakanan yang membawa kepada penyakit

MAKANAN berlemak, pedas, berasid, berangin, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat sememangnya kegemaran orang Malaysia. Bak kata sesetengah orang, kalau tak pedas tak ‘kick’, malah ada yang berulam cili padi dengan menggigitnya sewaktu dimakan bersama nasi.

Memang enak makan berasaskan makanan seperti itu, apatah lagi ia sememangnya selera Asia. Namun tahukah anda, memakan makanan berkenaan tan
pa pemantauan sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau refluks gastroesofagus (GERD).

Masalah ini menjadikan penyakit ini kerap berlaku di Asia dan makin meningkat disebabkan perubahan diet, obesiti dan tekanan.

Menurut Gastroenterologi Ubat Dalaman, Hospital Universiti Santo Tomas, Dr Denis C Ngo, pakar perubatan kini melihat peningkatan bilangan kes keadaan gangguan gastrousus (GI) teruk dan kronik seperti GERD, ulser peptik dan pedih hulu hati.

Di Filipina, kelaziman esofagitis menghakis (radang esofagus disebabkan GERD) meningkat daripada 2.9 peratus kepada 6.3 peratus dalam tempoh enam tahun.

“Di Malaysia, penyakit ini meningkat dua peratus kepada 8.4 peratus dalam tempoh 10 tahun manakala kajian trend semasa menunjukkan kadar esofagitis di Taiwan meningkat lebih dua kali ganda iaitu lima peratus kepada 12.6 peratus dalam tempoh tujuh tahun.

“Kelaziman gejala ini disebabkan GERD di Asia Timur (China, Jepun, Korea dan Taiwan) meningkat daripada 5.2 peratus pada 2005 kepada 8.5 peratus pada 2010.

“Selain pedih hulu hati, pesakit GERD dan GI mengalami kesukaran menelan (disfagia), kekurangan tenaga, gangguan tidur dan kualiti hidup lebih rendah berbanding keadaan penyakit kronik lain seperti kencing manis, artritis atau kegagalan jantung kongestif,” katanya pada sidang media mengenai gastrousus rantau Asia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Makanan dan minuman yang perlu dielak jika anda menghidap GERD

Arak
Minuman berkafein
Minuman berkarbonat
Coklat
Buah-buahan sitrus
Perasa pudina
Makanan lemak atau bergoreng
Makanan pedas, terutama berperisa bawang putih dan bawang merah
Makanan berasaskan tomato seperti piza atau sos spageti atau cili