SILA KLIK KAT SINI YE

Wednesday 6 May 2015

Isteri Bosan Nekad Cari Cara Hilangkan Ketagihan Rokok Suami Supaya Mulut Tidak Berbau Busuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Seperti yang kita ketahui, fatwa telah menjatuhkan merokok hukumnya haram. Tetapi di kalangan kita menganggap ianya adalah perkara biasa walaupun mereka yang merokok itu tahu akan akibat merokok pada kesihatan. Ini kerana mereka merasakan merokok dapat memberikan kenikmatan dan kepuasan pada diri. Ia menyebabkan mereka mengabaikan segala keburukan yang sedia diketahui tentang rokok. Merokok juga menyebabkan mulut mereka berbau busuk. Ini boleh menyebabkan orang yang berkomunikasi dengan mereka tidak selesa.


Sebagai isteri, tentunya kita tidak akan berdiam diri kerana kesihatan suami amat penting bagi kita. Namun begitu, kaum lelaki perlulah mengambil peduli tentang keburukan merokok ini kerana ia akan menyebabkan kesan buruk menimpa. Bukan sahaja merosakkan diri tetapi menyusahkan orang sekeliling. Kerana sikap tidak ambil peduli tentang kesihatan mereka, anak-anak dan isteri turut merana. 


Kenapa Perlu Berhenti Merokok?

Kesan daripada merokok bukanlah dapat dilihat serta merta. Zaman muda selalunya yang merokok ni nak menunjukkan diri mereka macho. Tetapi mereka tidak melihat kesan di masa akan datang yang boleh membawa maut pada diri.

Kesan daripada merokok boleh mengancam anak-anak kecil kerana kepekatan bahan kimia beracun yang dihembus keluar adalah lebih jika dibandingkan dengan asap yang disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak ini lebih cenderung mengalami masalah kesihatan seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru.

Merokok juga boleh mengakibatkan strok kerana bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok boleh menjejaskan organ dalaman. Kesan nikotin juga boleh merosakkan saluran darah serta membolehkan saluran menjadi sempit yang mungkin akan melumpuhkan serta boleh membawa maut.

Takutnya.. moga-moga orang yang kita sayang tidak terjebak dengan rokok. Kalau mereka adalah golongan terlibat, cuba-cubalah kita cari penawarnya supaya ia tidak memberi kesan yang memudaratkan di masa hadapan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Betul ke Vivix Dapat Membantu?

Sebelum bercerita lebih panjang, saya nak anda hayati video ini yang mungkin menjadi inspirasi kepada anda. Beliau merupakan perokok tegar sejak di tingkatan 2. 



Bukan mudah untuk berhenti merokok. Tapi sebagai seorang bapa yang penyayang, beliau berusaha untuk berhenti merokok walaupun terpaksa berulang alik ke klinik demi keluarganya tetapi hampa kerana segalanya gagal.

Tetapi setelah mencuba vivix, nikmat untuk merokok dirasakan telah hilang. Rokok pun rasa tawar. Ini menyebabkan kenikmatan untuk merokok hilang serta-merta. Bagusnya vivix ni.

Sebenarnya ramai lagi testimoni yang berjaya membebaskan diri daripada menjadi perokok tegar setelah mencuba vivix.


Ok para isteri sekalian, jangan bertangguh lagi.Bantulah suami anda untuk membebaskan diri dari rokok yang boleh membawa maut ini. Bagaimana nak dapatkan produk ni? Bagi anda yang berada berhampiran dengan saya, saya akan terus menghantar ke pintu rumah anda. Bagi mereka yang jauh, jangan kecewa, hubungi saya di talian 012-350 4258.






Thursday 12 March 2015

Kerana Takut Suami Panggil Botak, Isteri Tekad Cari Petua Atasi Masalah Rambut Gugur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masalah rambut gugur sering menghantui wanita terutama selepas bersalin. Ia merupakan perkara normal. Tapi kalau macam saya yang sememangnya rambut nipis ni, agak risau juga lah kalau hari-hari rambut gugurkan. Ia juga sama seperti seorang isteri ni yang mengadu pada saya rambutnya sering gugur hingga menampakkan kulit kepala. Apa yang dirisaukan olehnya, dia takut sangat suami dia panggil dia botak. Malunya kalau digelar sedemikian rupakan. Dia perlu cari penyelesaian pada masalah dia. Apa yang dia buat adalah dia tekad cari petua atasi masalah rambut gugur yang dihidapinya supaya beliau tidak rasa malu dan tertekan lagi.



Apa tidaknya, tengok rambut berterabur sana sini. Itu belum masuk kat bilik air. Malu rasanya kalau orang datang ke rumah, nampak rambut sana sini. Kalau ikut kata orang tua-tua, lepas bersalin memang akan gugur rambut. Tambah-tambah waktu anak dah mula pandai menyembur. Sekerap mana anak menyembur, sekerap itu la rambut ibu-ibu akan gugur.Parah memang parah.

Pengalaman saya dahulu, sewaktu remaja memang kurang mengalami masalah rambut gugur ni. Selepas mendapat anak sulung, memang berlaku perubahan mendadak pada rambut saya. Rambut semakin berkurang, dan kulit kepala pun turut kelihatan. Ngeri memang ngeri. Hari -hari tengok cermin. Macam sedih pun ada. Rambut yang lebat makin lama makin menipis. Tanya juga pada kawan-kawan macam mana nak lebatkan kembali rambut. Ada yang cadangkan pakai minyak rambut. Perubahan ada tapi rambut tetap gugur.  Nak tau sekali gugur banyak mana? tengok gambar kat bawah ni.



Ha, banyak ke tidak kalau sekali sikat keluar macam ni? Banyakkan..Disebabkan tidak mahu dipanggil botak, terpaksa juga potong rambut pendek. Nampak la juga macam rambut tu tebalkan. Bukan sekali tu je saya alami masalah sebegini, malah sehingga anak ke tiga. Paling teruk masa anak ketiga. Memang kepala nampak macam botak disebabkan masalah rambut gugur ni. Suami pun ada juga tegur. Tapi masa tu belum jumpa produk yang betul-betul berkesan bagi mengatasi masalah rambut gugur ni.

Sememangnya saya pakai tudung bila keluar rumah. Orang luar tidak akan ketahui masalah rambut gugur yang saya alami. Tetapi apabila berada di rumah, saya berdepan dengan suami dan anak-anak.Pernah sekali anak tegur, ibu dah botak. Itu kata-kata anak. Apatah lagi kalau suami yang tegur. Tentu sekali malu.

Bukan saya sahaja yang mengalami masalah ini. Ramai yang alaminya. Contohnya seperti akak ni.







Penyelesaian Masalah Rambut Gugur

Alhamdulillah kini saya dah jumpa cara atasi masalah rambut gugur ini. Apa yang saya amalkan adalah zink complex dan ESP. Rambut jadi kuat dan semakin lebat. 

Mari kita lihat bagaimana akak dalam video ni atasi masalah rambut gugur yang dialaminya yang membuatkan beliau menjadi yakin untuk berhias dihadapan suaminya.




Set Rambut Gugur


Ha...Apa yang diamalkan oleh Kak Maria ni adalah set rambut gugur yang sangat berkesan. Energizing Soy Protein (ESP) yang terdapat dalam set ini membantu menguatkan akar rambut serta mencantikkan rambut. Dengan ESP ini juga dapat memiliki kulit wajah yang cantik dan lembut. Untungkan..Nak atasi rambut gugur, tapi kulit muka pun boleh cantik.

Bukan saya sahaja yang berpuashati dengan set rambut gugur ini. Jom kita lihat testimoni -testimoni yang menggunakannya. Mereka sangat berpuashati apabila rambut tidak gugur lagi.


Testimoni Pengguna Set Rambut Gugur Shaklee

Testimoni 1:


Testimoni 2:

Testimoni 3:


Testimoni 4: 



Seronok dapat lihat mereka yang dahulunya tertekan dengan keadaan rambut yang menipis dan hampir botak , kini memiliki rambut yang lebat dan sihat.

Sekiranya anda juga mengalami masalah yang sama, anda tak perlu gusar tetapi terus hubungi saya di talian 012-350 4258 dan mencuba Set Rambut Gugur ini dengan bimbingan cara makan yang betul. Ia akan mengembalikan keyakinan anda untuk berhias dihadapan suami anda. Sekiranya anda berada berdekatan dengan saya, anda tidak perlu khuatir, saya akan terus menghantar terus kepada anda.


Bagi yang berminat, boleh terus hubungi:


FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Thursday 26 February 2015

Penapis Air Murah Yang Terbaik Di Malaysia Untuk Kesihatan Keluarga

Assalamualaikum dan salam Sejahtera....

Kenapa kita perlukan penapis air? Dengan keadaan kita sekarang ini, penapis air amat diperlukan supaya bekalan air yang kita dapat mempunyai kualiti air yang bersih dan tidak tercemar. Dahulu semasa tinggal di kampung saya rasakan tidak perlu ada penapis air di rumah. Lagipun kualiti air pada masa itu masih ok. Dalam pada itu terniat juga dihati untuk mencari penapis air murah yang terbaik di Malaysia agar kesihatan keluarga terjaga. 



Sebagai ibu tentunya kita inginkan yang terbaik buat keluarga. Kadang-kadang sanggup berhutang untuk mendapatkan yang terbaik buat anak-anak. Seperti juga dengan penapis air ni. Kalau diikutkan harga yang ada dipasaran sangat-sangat mahal hingga menjangkau ribuan ringgit. Kerana prihatin dengan keluarga, si ibu sanggup ambil dan bayar secara ansuran agar keluarga mendapatkan air bersih dan anak-anak tidak terdedah dengan penyakit kulit dan gangguan fungsi ginjal sekiranya minum air yang tidak bersih.


Mahal Sangatla Harganya, Tetapi Kita Perlukan Air Bersih


Kalau difikirkan mahal, mahal lagi nyawa anak. Tetapi untuk membeli barangan yang berharga ribuan ringgit memang buat kita fikir panjang. Tetapi demi anak kesayangan, kita sanggup buat apa sahaja. Hutang bukanlah kaedah terbaik yang perlu dipilih. Ia akan mendatangkan lebih banyak bebanan sebenarnya.

Seperti juga ibu mertua saya. Beliau sangat mementingkan kualiti air. Saya ingat lagi semasa saya berpantang anak pertama, ibu mertua sanggup menghantar air tapis ke rumah ibu saya bagi membolehkan bayi saya dimandikan dengan air bersih yang ditapis. Bukan sehari dua beliau menghantar air tapis ni, malah hari-hari. Sebab apa beliau berbuat demikian, kerana sayangkan cucunya. Terima kasih tidak terhingga kepada mertua. Habis berpantang beliau bekalkan saya penapis air untuk digunakan di rumah kami di Shah Alam. Beliau amat risau kerana kualiti air di bandar tidak bersih.

Ya. Jika dibandingkan kualiti air di kampung dan bandar sangat berbeza. Kawasan bandar dipenuhi dengan kawasan perindustrian yang tentunya pelbagai jenis bahan kimia dilepaskan dan disalurkan dalam air. Namun hari ini, anda tidak perlu gusar lagi memikirkan jumlah wang yang banyak perlu dikeluarkan atau dilaburkan bagi mendapatkan air bersih kerana di sini saya akan kongsikan satu revolusi buat anda. Memang terasa rugi sebelum ini kerana saya tidak kenal dengan penapis air ini. Penapis air Shaklee yang terbaik kerana harganya murah dan tidak memerlukan kuasa elektrik malah anda boleh bawa ke mana sahaja. Mudahkan?

Kebanyakan penapis air yang diperkenalkan selalunya perlu disambungkan ke paip. Betulkan?Ada juga yang perlu menggunakan bekalan elektrik setiap hari tidak kira siang atau malam untuk mendapatkan bekalan air bersih. Pernahkah anda terfikir, sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti, anda terpaksa minum air yang belum pasti tahap kebersihannya. Ini kerana anda tidak boleh mengusung ke sana sini penapis air yang sedia ada di rumah anda.

Apa yang berbeza dengan penapis air Shaklee ini, anda tidak perlu menggunakan bekalan elektrik untuk mendapatkan air bersih. Anda juga tidak perlu untuk menyambung penapis air ini ke paip kerana iainya seolah-olah seperti jag air yang hanya menapis air dan boleh di bawa ke mana sahaja anda suka.

Penapis air Shaklee mempunyai kelebihan lain iaitu menghasilkan air yang sejuk dan segar apabila diminum. Molekul airnya juga terasa ringan dan sedap untuk menghilangkan dahaga. 


Hebat Sangat Ke Penapis Air Shaklee?


Penapis air Shaklee sangat hebat kerana anda tidak perlu pening-pening kepala memikirkan waktu yang sesuai untuk menukar filter air ini. Ini kerana, Shaklee sudahpun memberi kemudahan pada anda dengan hanya melihat meter penunjuk di bahagian atas penutup penapis air. Meter tersebut akan menunjukkan bacaan air yang telah ditapis. Bagi satu filter penapis air Shaklee ini boleh menapis sehingga 80 gelen bersamaan kira-kira empat bulan penggunaannya. Setelah cukup 80 gelen ditapis, maka kita perlu menukar filter yang baru. 



Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai harga penapis air Shaklee ini, sebenarnya ia sangat murah iaitu tidak melebihi RM500. Dengan harga ini sahaja, anda mampu mendapatkan air bersih dengan mudah dan cepat.

Seperti yang kita ketahui, negara kita sekarang mengalami masalah musim kemarau yang teruk. Jadi kita perlu banyakkan minum air. Tentu sekali anda inginkan air yang bersih masuk ke tubuh badan kan?Kita nampak air macam jernih, tetapi dipenuhi dengan sisa-sisa logam yang terlarut dalam air tanpa dapat dilihat melalui mata kasar.Sekiranya bahan tercemar ini masuk ke dalam tubuh kita, tentu akan berlaku gangguan kepada sistem tubuh kita.



Amat menakjubkan apabila penapis air Shaklee ini dapat menukarkan warna air menjadi putih dan jernih. 



Air yang ditapis bukan sahaja digunakan sebagai minuman, tetapi boleh menyegarkan sayuran yang sudahpun mengecut. 

Untuk membuatkan anda lebih teruja, saya kongsikan video demo di bawah secara langsung bagaimana tapisan air berwarna dibuat. Anda boleh mengandaikan air berwarna ini seperti logam berkarat yang terdapat dalam air paip.




Sekarang adalah waktu yang sesuai bagi anda untuk mendapatkan Penapis air Shaklee ini supaya anda dapat membantu anak-anak atau ibu bapa anda yang berada bersama-sama anda menikmati air bersih dan dapat menjamin kesihatan badan mereka.

Untuk mendapatkan penapis air ini, anda hanya perlu menghubungi saya ditalian 0123504258. Kaedah pemasangan penapis ini sangat mudah dan cepat. Saya sedia membantu anda. Cepat jangan terlambat.



HUBUNGI SAYA:- 


Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Thursday 15 January 2015

Multivitamin untuk tingkatkan kesihatan anak yang kerap dijangkiti penyakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Apa khabar semua pembaca?Moga semuanya sihat dan berada dalam rahmat-Nya. Rasa dah lama tak update blog. Tetiba jadi blur kejap...Ok, nak buang segala blur-blur ni jauh-jauh..Rajinkan semula minda untuk diasah bagi menulis segala info yang dapat dikongsikan bersama-sama pembaca semua...

Hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca-pebaca sekalian berkenaan multivitamin untuk tingkatkan kesihatan anak-anak kita yang kerap sangat dijangkiti penyakit seperti selsema, demam, batuk dan sebagainya. Kita sebagai ibu bapa tentu sekali risau dan resahkan jika anak-anak tidak sihat? Bukan ibu-ibu diluar sana aje yang risau. Saya juga begitu. Dengan adanya 3 orang cahaya mata yang pelbagai karektor ni, emang sangat-sangat menguji kita. Ada yang ok jika tidak sihat. Maksudnya tak merap...tau ke merap tu macam mana? Ni anak-anak yang suka merengek-rengek. Nak kita bagi perhatian kat dia je. Tentu sukar kan nak bagi perhatian pada sorang je..Yang lain tentunya cemburu.

Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu mencari inisiatif dalam meningkatkan tahap kesihatan anak-anak. Apa yang perlu diberikan kepada anak-anak agar kesihatan mereka terpelihara? Tentunya multivitamin yang mampu meningkatkan antibodi badan mereka. Di sini saya kongsikan sedikit multivitamin yang telah diperbaharui. 

Jom kita tengok apa yang ada dekat Vitalea For Children ni....


Fakta tentang Vitalea For Children

  1. Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan tubuh kanak-kanak
  2. Mengandungi 150 % nilai vitamin D untuk kesihatan gigi dan tulang
  3. Memberikan 100% vitamin C
  4. Fungsi sebenar proses badan manusi disokong oleh kandungan vitamin B
  5. Berasaskan phytonutrien semulajadi
  6. Diperkaya dengan buah oren, anggur serta perisa beri

Kriteria kanak-kanak yang memerlukan Vitalea

  1. Kanak-kanak yang kurang nafsu makan
  2. Kanak-kanak yang sangat sukakan makanan ringan
  3. Kanak-kanak yang kurang fokus dan kurang aktif
  4. Kanak-kanak yang kurang atau tidak suka susu
  5. Kanak-kanak yang tidak suka makan sayur

Fungsi Vitalea For Children


  1. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian.
  2. Meningkatkan kesihatan anak-anak secara menyeluruh
  3. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  4. Melindungi kesihatan jantung, otot serta fungsi saraf.
  5. Melancarkan proses pencernaan.
  6. Memulihkan selera makan anak.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.

Apa yang ada dalam vitalea for Children?









Betul ke produk Shaklee mahal?

Tak mahalla...cuba kita buat pembahagian...Berbaloi-baloi..Berkesan lak tu..

Bulan ni promosi tau..

Beli 6 dapat 7...Rugi tak grab untuk anak-anak tersayang.




Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:




HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Monday 5 January 2015

Anak Mencari Cara Atasi Kayap Supaya Ayah Tidak Lagi Mengadu Sakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Saya dihubungi oleh seorang anak memberitahu ayahnya mengadu sakit di bahagian dada dan rasa pedih di bahagian belakang. Kata ayahnya di bahagian belakang badan seperti sekelompok biji-biji yang berair. Apabila disentuh terasa sakit dan pedih. Ayahnya juga mengalami demam disebabkan oleh kewujudan biji-biji berair itu. Melihat pada belakang ayahnya itu, anaknya mendapati ia adalah kayap. Jadi beliau cuba mencari cara atasi kayap supaya ayahnya tidak lagi mengadu sakit.

Kayap? Apa itu kayap?


Kayap atau juga dikenali herpes zoster (atau sekadar zoster) merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV). Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. Penyakit kayap adalah berbeza dengan penyakit herpes simpleks walaupun virus varicella zoster dan virus herpes simpleks adalah daripada subkeluarga yang sama iaitu Alphaherpesvirinae.

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada bahagian badan iaitu bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Keadaan ini akan menyebabkan pesakit rasa sakit, kebas dan panas. Begitulah yang dialami oleh ayah adik ini. 

Risiko-risiko Utama Penyakit Ini adalah:


1. Umur yang semakin meningkat iaitu 50 tahun ke atas.

2. Kelemahan sistem imunisasi (pertahanan badan) yang berpunca daripada jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat (seperti ubat steroid).

Penyakit ini selalunya dijangkiti antara 10 hingga 30 peratus individu sepanjang hayat. Penyakit ini disebabkan oleh pengaktifan virus varicella zoster. Ia mula menghuni badan pesakit apabila menghidapi penyakit cacar air atau chickenpox. Virus ini akan berhibernasi dalam pusat saraf (ganglion) selepas cacar air ini sembuh. Jika sistem iun badan menjadi lemah, virus ini akan aktif seula dan menyerang urat saraf dan akan enyebabkan berlakunya keradangan saraf.

Tanda-tanda Dijangkiti Kayap


  1. Berlaku keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja iaitu bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Ini menyebabkan pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas pada bahagian urat saraf yang terlibat, hingga mengakibatkan demam, keletihan dan sakit kepala.
  2. Pada peringkat awal, berlaku tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan pada bahagian saraf yang terlibat. Selepas 1 hingga 2 hari, tompok merah akan menjadi gelembong air kecil berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air itu menjadi semakin keruh dan akhirnya kering. Kulit kering (crusts) itu akan jatuh dengan sendiri dalam masa satu hingga dua minggu yang berikutnya.

Sekiranya anda enghadapi masalah kayap ini, jangan berlengah untuk mencari cara atasinya. Ini bagi mengelakkan anda mengalami komplikasi -komplikasi seperti berikut:

1. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman dan bakteria serta pendarahan pada gelembong air di kulit antara yang akan dihadapi oleh pesakit. Gelembong itu mungkin boleh merebak ke kawasan lain. Ia selalunya berlaku kepada pesakit yang lemah sistem imunisasi. Pesakit ini mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa panjang.

2. Boleh menjadi buta

Jika kayap melibatkan bahagian muka, mungkin memberi kesan kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf mukaia boleh  menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kayap juga boleh menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) dan usus (enterocolitis).

3.Sakit Berpanjangan

Antara komplikasi kronik yang lain adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi ini selalunya dialami pesakit yang lebih tua iaitu 65 tahun ke atas. Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi lain termasuk mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).


Cara Atasi Kayap daripada Merebak

Dengan menggunakan vivix, ia dapat membantu anda mengawal komplikasi yang dihadapi. Dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan bahawa ia memberi impak kepada empat mekanisme utama penuaan pada tahap seluler, iaitu: 


  • Melindungi dan membaiki seluler DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru mitochondria)
  • Melambatkan pembentukkan protin AGE ( advanced Glycation End products).  





Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]