SILA KLIK KAT SINI YE

Friday 21 November 2014

Resepi Paprik Sotong Mudah dan Sedap Dari Suami Untuk Isteri Tersayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Resepi Paprik Sotong Mudah dan Sedap

Entri hari ni berkenaan dengan resepi paprik sotong yang sangat mudah dan sedap . Resepi ini disediakan oleh suami untuk isteri yang tersayang. Sape lagi kalau bukan saya. hehehe.
Resepi ni mudah, ringkas dan sangat sedap. Air tangan suami yang tiada tandingan. Puji suami nampak. Sape lagi nak puji kalau bukan isteri, Betul tak?

Resepi paprik sotong ni rekaan khas dari suami saya. Dia ni suka mereka-reka resepi ikut suka je. Kadang-kadang kalau dia masak main campak-campak je, tapi hasilnya, mabeles. Nak rasa, kena la cuba. Sedap ke tidak. Jom saya kongsikan resepi paprik sotong ni.



Bahan-bahannya:


Sotong

Bawang Putih
Bawang merah
Bawang besar (dihiris)
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Cili giling
Daun limau purut
Kacang panjang (boleh tambah kubis bunga dan carrot) yang ni je ada kat rumah
Halia



Bahan dikisar:


Bawang putih

Bawang merah
Halia



Cara membuatnya:


1. Panaskan minyak dan masukkan baahan yang dikisar tadi. Goreng hingga naik bau

2. Masukkan cili giling, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Goreng hingga naik minyak
3. Masukkan sotong, bawang besar dan kacang panjang.
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa
5. Tambah sedikit gula kabung
6. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
7. Dah masak dan bolehla dihidangkan.

Mudah je kan. Apa lagi selamat mencuba kepada semua.




Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE

2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN



HUBUNGI SAYA:-


Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]