SILA KLIK KAT SINI YE

Wednesday 24 December 2014

8 Faktor Kuku Rosak Yang Menyebabkan Mudah Patah dan Rapuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Setiap wanita mengimpikan kuku yang bukan sihat, malah kelihatan kemas, cantik dan bersinar. Seandainya kena gayanya tidak sukar untuk merealisasikan impian ini. Namun, tahukah anda faktor yang menyebabkan kuku rosak? Ini akan menyebabkan kuku mudah patah dan menjadi rapuh. Di sini saya akan kongsikan kepada pembaca-pembaca semua 8 faktor yang menyebabkan kuku rosak.


Faktor Yang Menyebabkan Kuku Rosak


1. Tekanan antara punca yang menyebabkan kesihatan merosot. Ini juga akan menjejaskan kesihatan kuku.

2. Elakkan menggunakan kuku sebagai alat seperti membuka tin biskut kerana amalan ini akan merosakkan kuku.

3. Jangan sesekali menggigit kuku kerana tabiat buruk ini bukan sahaja mencacatkan penampilan tetapi juga boleh membuatkan kuku tercedera.

4. Jangan terlalu malas untuk menyapu pelembap di bahagian tangan dan kaki agar kuku sihat dan bersinar.

5. Sekiranya anda seorang yang alergik, elakkan diri dari menggunakan pencuci yang tinggi kandungan kimia kerana ia boleh menipiskan kulit dan membuatkan kuku rapuh. Sebaliknya pilih bahan pencuci yang mesra alam.

6. Jika kuku terlalu panjang, ia menyebabkan kuman terperangkap di bawah kuku dan berisiko tinggi untuk patah dan seterusnya mencederakan bahagian ini.

7. Sekiranya anda sering melakukan aktiviti yang berisiko seperti berkebun, gunakan sarung tangan untuk melindungi tangan daripada kecederaan. Ia juga mengelakkan tangan anda menjadi kasar.

8. Kekurangan kalsium boleh mengundang masalah kuku rapuh dan mudah patah.


Jika ada punca semestinya ada penyelesaian. Mari kita lihat bagaimana untuk mengatasi kuku rosak.



Cara Atasi Masalah Kuku Rosak.


1. Anda perlu menitikberatkan kebersihan diri. Basuh tangan selepas ke tandas atau apa jua aktiviti yang terdedah kepada pencemaran. Tangan yang kotor menjadi tempat pembiakan kuman yang akan menjejaskan kesihatan kuku anda.

2. Bagi yang gemar memakai pewarna kuku khususnya yang bukan beragama Islam, anda perlu bersihkan kawasan ini dengan pembersih khas. Kemudian lap menggunakan kapas secara lembut dan jangan sesekali melakukannya dengan kasar kerana ia boleh merosakkan permukaan kuku.

3. Potong dan rapikan kuku jika ia sudah panjang. Lakukan lebih kerap jka kuku anda jenis cepat panjang.

4. Rendam jari tangan dan kaki anda dalam air suam yang dicampur dengan minyak zaitun. Ini akan membantu anda menghilangkan daki dan kotoran degil. Selepas itu keringkan bahagian ini dengan tuala lembut.

5. Amalkan merendam kaki seminggu sekali dengan air garam bukit yang dicampur dengan air suam. Amalan ini dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah dan membuatkan kulit menjadi lebih lembut.

6. Sentiasa sapukan pelembap di bahadian tangan dan kaki. Anda juga boleh amalkan pengambilan vitamin seperti zinc  dan kalsium yang bukan sahaja mencantikkan kulit malah bermanfaat untuk menguatkan kuku.


ZINC COMPLEX




Menghilangkan bintik putih di kuku dan menggalakkan kuku yang sihat


2. KALSIUM /OSTEMATRIK




Kekurangan kalsium menyebabkan kuku pecah


Penjagaan kuku amat penting bagi kita terutama bagi yang beragama Islam kerana kebersihan itu sebahagian daripada Iman. Jika ingin membentuk Iman yang kuat, segala-galanya perlu bersih. Dapatkan sekarang suplemen anda bagi menjaga kebersihan, kecantikan serta pertumbuhan kuku yang sihat agar penampilan anda tidak dikritik.
Dapatkan sekarang dengan menghubungi saya seperti di bawah. Segalan konsultasi akan diberi secara percuma.

Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Friday 19 December 2014

6 Keburukan Meremehkan Dosa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesungguhnya di antara dosa yang paling berbahaya dan sangat dasyat azabnya iaitu seseorang yang meremehkan dosanya tanpa sedikit pun memikirkan akibatnya sama ada di dunia mahupun akhirat. Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita melihat dosanya itu tegolong dalam dosa kecil. Perbuatan tersebut tidak menjadi sebab dia tidak mendapatkan kenikmatannya atau ditimpa musibah.Disebabkan dosanyayang kita anggap kecil itulah hidup kita sentiasa dalam keluh kesah dan rezeki sentiasa tidak cukup.

Maksud dosa kecil adalah dosa-dosa yang dilakukan tanpa sengaja atau disengajakan tanpa tidak terus-menerus. Perbuatan dosa kecil yang dilakukan teus-menerus akan menjadi besar.Jadi jangan sampai dosa kecil  yang dilakukan secara teus-menerus menjadi dosa besar tanpa beristighfar. Antara kesan mendalam kepada kehidupan kita akibat dosa kecil ini adalah:

1. Rasulullah bersabda,"Sesungguhnyadiharamkan rezeki seorang hamba disebabkan kerana dosa yang menimpanya."

2. Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya aku tidak memperhitungkan seorang lelaki yang melupakan ilmunya sebagaimana kamu mengetahui seseorang  disebabkan dosa yang tidak diketahui."

3. Sabda Rasulullah"Seorang wanita diseksa gara-gara seekor  kucing. Beliau mengurungnya sampai mati dan kerana kucing itulah dia masuk neraka. Dia telah mengurungnya tetapi tidak memberinya makan dan minum bahkan membiarkan kucing itu memakan serangga-serangga tanah. " Mungkin kita anggap perbuatan ini tidak salah kerana tidak melibatkan manusia."

4. Para ulama membahagikan dosa kepada dua bentuk iaitu dosa kecil dan dosa besar bagi memudahkan menentukan hukumannya,bukan untuk diremehkan dan membesarkan yang lain.Seorang mukmin hendaknya melihat dosa kecil itu seperti gunung yang besar terletak tepat di atas kepalanya.

5. Jangan menjadi seorang yang fasikyang melihat dosa kecil seperti lalat yang terbang di depannya kemudian terbang.Sedangkan seekor lalatboleh menyebabkan seekor gajah mati.

6. Firman Allah: dalam surah Annisa ayat 31: " Jika kamu menjauhi dosa -dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannyanescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa -dosa kecilmu) dan kami masukkan kamu  ke tempat yang mulia (syurga).

Thursday 18 December 2014

8 Fakta Kesan Buruk Media Elektronik Pada Anak- Anak Dalam Kehidupan Yang Sangat Mencabar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Media sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada kita. Namun terdapat kesan positif dan negatif daripada pendedahan media kepada kita sebagai penerima maklumat terutama pada anak-anak kita. Pendedahan yang terlalu kerap pada anak-anak boleh membawa kesan buruk terhadap pemikiran mereka. Segala jalan cerita akan mudah dipengaruhi walaupun anak-anak itu kecil. Jadi di sini saya kongsikan kepada anda, 8 fakta kesan buruk media elektronik pada anak-anak kita.

Fakta Kesan Buruk Media Elektronik

1. Menurut satu kajian dari Kolej Perubatan Universiti Yale, mendapati pendedahan media yang terlalu lama kepada kanak-kanak akan mengakibatkan kesan negatif untuk jangka masa panjang.

2. Bagi Common Sense Media menerbitkan laporannya dalam Media and Child and Adolescent Health mengenai satu ulasan sistematik, mendapati pendedahan media berlebihan memberi impak negatif terhadap anak-anak.

3. Di Amerika Syarikat, kanak-kanak menghabiskan masa hampir 45 jam seminggu dengan menonton televisyen, filem, majalah, muzik, internet, telefon bimbit dan permainan video pada musim cuti sekolah. Pada musim persekolahan pula,kanak-kanak menghabiskan 30 jam seminggu di sekolah manakala 17 jam bersama ibu bapa.

4. Segelintir kanak-kanak di United Kingdom dikenalpasti mengalami masalah pertuturan kerana ketagih dengan televisyen dan permainan video.
Ini menyebabkan mereka gagal belajar kemahiran asas komunikasi.

5. Menurut sebuah artikel dalam telegraph,satu daripada 10 kanak-kanak yang diuji supaya membaca,namun gagal menghabiskan ayat namun ada juga yang tidak mengetahui nama sendiri.

6. Kajian yang diterbitkan oleh International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity mendapati pelajar sekolah tinggi yang menghabiskan masa lima jam setiap hari kurang mengamalkan buah-buahan,sayur-sayuran,bijirin penuh dan makanan kaya kalsium sebaliknya mempunyai tabiat terhadap makanan segera ,makanan bergoreng ,makanan ringan ,minuman manis serta makanan berlemak.

7. Sekiranya kita biarkan anak-anak menonton televisyen akan menyebabkan anak-anak kurang bersenam.

8. Di Malaysia pula,banyak rancangan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak seperti drama seram,khurafat,aksi seks berlebihan dan sebagainya.


Menakutkan pula tengok fakta-fakta ini kan? Apa pula gangguan yang akan berlaku disebabkan fakta-fakta tersebut?


5 jenis gangguan yang telah direkodkan akibat daripada fakta-fakta di atas adalah:

1. Berlaku gangguan defisit perhatian dengan hyperactive.(Addh)

2. Obesiti akibat menonton sambil makan yang tidak henti-henti.

3. Akibat terlalu leka dengan media elektronik menyebabkan pencapaian akademik anak-anak di tahap rendah.

4. Penggunaan tembakau,dadah dan alkohol.

5. Pengetahuan seks yang membawa kepada sikap ingin mencuba.


Ibu bapa perlu mengambil tindakan agar anak -anak tidak terlalu bebas untuk menghabiskan masa dengan media elektronik.Antaranya:

1. Ibu bapa perlu menghadkan masa anak-anak dengan media dengan memantau program yang boleh ditonton sahaja.

2. Galakkan anak-anak manfaatkan bermain permainan seperti badminton,bersenam ,bermain batu seremban,congkak dan sebagainya.

3.Libatkan anak-anak dengan menyertai persatuan atau aktiviti riadah di kawasan perumahan. Ini akan membantu perkembangan kognitif agar lebih berkembang daripada biasa.

4. Banyakkan masa berkualiti dengan anak-anak.

5. Dedahkan dunia luar dengan mengajar mereka berkawan dengan rakan sebaya.Ia akan memberi kesan positif serta banyak aktiviti yang menarik dapat dilakukan. 


Dengan pendedahan ini,selain daripada ibu bapa kerajaan juga memainkan peranan penting bagi memantau siaran media elektronik ini.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Wednesday 17 December 2014

6 Cara Atasi Jantung Berdebar Supaya Sentiasa Berada Dalam Keadaan Normal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jantung Berdebar

Pernahkah anda mengalami jantung berdebar? Tentu ada yang pernah alami kan. Normal ke jika berlaku jantung berdebar? Jantung yang normal akan berdegup anta 60 hingga 100 kali seminit. Sekiranya jantung berdegup melebihi 100 kali seminit, ia dikenali sebagai tachycardia. Namun, jika jantung berdegup perlahan iaitu kurang daripada 60 kali seminit, ia dikenali sebagai bradycardia. Di sini saya akan kongsikan bagaimana cara atasi jantung berdebar agar kadar denyutan sentiasa berada dalam keadaan normal.


Faktor Penyebab Jantung Berdebar Secara Normal

Apakah yang menyebabkan berlakunya keadaan jantung berdebar ini? Mari kita lihat dengan lebih terperinci. Antara sebab berlakunya jantung berdebar dalam keadaan normal adalah:

1. Kekurangan air

Kekurangan air menyebabkan elektrolit dalam darah tidak seimbang dan menyebabkan rangsangan kepada jantung untuk berdegup dengan laju.

2. Stress atau tekanan

Stress atau tekanan berlaku disebabkan beberapa faktor seperti tekanan kerja atau tekanan peribadi yang menyebabkan fikiran terganggu yang boleh mengganggu jantung

3. Perasaan takut yang berlebihan

4. Kerap mengambil minuman berkafein

5. Amalan tidak sihat seperti merokok

6. Demam


Terdapat juga penyebab kepada keadaan jantung berdegup secara tidak normal iaitu:

1. Petanda permulaan kepada penyakit jantung.

2. Injap jantung tidak normal

3. Masalah kelenjar tiroid yang terlalu aktif

Selalunya keadaan ini berlaku disebabkan kolesterol dalam badan terlalu tinggi, kencing manis atau darah tinggi dihidapi pesakit.

Terdapat 6 cara untuk atasi jantung berdebar iaitu:

1. Duduk dan angkat kaki supaya lebih tinggi dari jantung. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan supaya rongga perut membesar dengan setiap helaan nafas.

2. Lakukan Manuver Valsalsa iaitu dengan memicit hidung dan tutup mulut anda dan cuba keluarkan nafas.Ia dapat meningkatkan tekanan darah.

3. Minum air dengan jumlah yang banyak.

4. Tenangkan fikiran dengan senaman-senaman ringan dan kosongkan fikiran dengan memikirkan hal-hal yang membawa keceriaan.

5. Dapatkan tidur yang cukup 

6. Hindari ubat-ubatan seperti asma, darah tinggi, diet dan sebagainya. Namun amalkan suplemen yang boleh membantu anda seperti set darah tinggi, set asma, set kencing manis dan set jantung.

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti ini, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan suplemen jantung anda.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

8 Cara Atasi Kulit Kering Agar Tidak Nampak Seperti Bersisik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Kulit Kering

Ramai di kalangan wanita mempunyai masalah kulit kering. Tahukah anda punca berlakunya masalah kulit kering?Antara faktor penyebab masalah kulit kering ini terjadi adalah disebabkan perubahan cuaca, penggunaan alat solek yang tidak sesuai dengan kulit muka, sinaran matahari dan sebagainya. Terdapat 8 cara tasi kulit kering supaya wajah tidak nampak bersisik.

8 Cara Atasi kulit Kering

Antara cara atasi masalah kulit kering adalah:

1. Kepentingan air

Air perlu diminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Sekiranya cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat air yang cukup dalam badan, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. Minuman berkafein seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana sahaja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan yang lain. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

2. Makanan Yang Seimbang

Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda perlu elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3. Pengambilan Alkohol

Elakkan daripada alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

4. Kurangkan berada di tempat berhawa dingin

Anda dinasihatkan agar tidak berad berada dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.

5. Bersihkan Muka

Basuh muka anda dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

6. Pilih produk solekan mengikut jenis masalah 

Pemilihan produk penjagaan dan solekan yang betul perlu dipastikan agar serasi dengan masalah kulit. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

7. Tidur Yang Cukup

Anda digalakkan untuk mendapatkan 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang cukup sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. 

8. Lapkan muka dengan tuala bersih

Anda perlu lapkan kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Anda perlu mengelak daripada menggosok muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

Cara Atasi Kulit Kering

Bagaimana untuk mengatasi kulit kering?


Vitamin E boleh bertindakbalas terhadap bahan kimia yang reaktif yang boleh menyebabkan kerosakan. vitamin E juga boleh menyerap tenaga dari sinar ultraviolet (UV). Oleh itu ia memainkan peranan penting dalam melindungi kulit dari radikal bebas yang dihasilkan dari sinar UV.

Vitamin E ni secara semulajadi memang ada pada lapisan epidermis (lapisan kulit paling atas) kita dan ia mempengaruhi penghasilan sebum (bahan berminyak dari liang roma sebab tu produk untuk kulit kering akan disertakan dengan vitamin E kan? Dengan vitamin E kulit kita akan menjadi lebih 'moist', tidak terlalu berminyak dan tidak kering. Vitamin E ni boleh juga disapu terus pada kulit atau dibuat masker.




Jika anda mengalami masalah kulit kering, hubungi saya untuk mendapatkan produk dan konsultasi istimewa.



HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Monday 15 December 2014

Mencari Cara Atasi Jerawat Setelah 7 Tahun Menderita Akibat Jerawat Bertempek Di Muka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jerawat


Lamanya tujuh tahun, kesiankan. Masalah jerawat selalu menghantui wanita. Namun begitu, lelaki juga tidak ketinggalan menghidapi masalah jerawat ini. Tapi yang ini memang parah, selama tujuh tahun terpaksa menderita akibat jerawat yang tidak mahu menghilangkan dirinya walaupun pelbagai cara atasi jerawat diusahakan.


Punca Jerawat

Seperti yang anda ketahui, jerawat terbentuk apabila sebum, bakteria atau sel kulit mati tersekat di liang roma. Antaranya adalah disebabkan masalah hormon badan. Kalenjar sebaceous akan mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen

Bakteria juga penyebab kepada masalah jerawat. Bakteria yang dikenali dengan nama  Propionibacterium acnesa adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. 

Stress juga boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat yang banyak. Ini disebabkan oleh adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Jerawat selalunya akan tumbuh jika muka tidak dicuci dengan betul selepas penggunaan alat solek. Ini menyebabkan liang roma tertimbus oleh bahan kimia daripada alat solek yang digunakan. Ini menyebabkan tiada ruang pernafasan dan jerawat akan terbentuk dengan merdekanya.

Namun begitu, anda tidak perlu risau lagi walaupun setelah tujuh tahun anda menderita dengan kehadiran jerawat ini. Kini ada penyelesaian dengan set cantik shaklee yang membantu anda atasi masalah jerawat yang bertempek di muka anda. Jom lihat bagaimana cara atasi jerawat dengan produk ini.






Vitamin C

Vitamin C memainkan peranan utama dalam penghasilan kolagen yang kritikal bagi wajah anda. Kekurangan paras kolagen mengakibatkan kulit wajah anda lembik, berkedut dan kelihatan tua. 







Vitamin E 

Merupakan ejen antioksidan dan anti-penuaan yang hebat. Sebagai antioksidan, dapat meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kolagen, mengakibatkan kulit kering, garis-garis halus dan kedutan. Pengambilan Vitamin E yang optimum memastikan kulit anda lebih sihat dan gebu selain memudarkan parut jerawat yang sedia ada.Selain itu vitamin E bertindak mempercepatkan proses pemulihan kulit serta berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit supaya kelihatan glowing. Vitamin E juga berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit wajah.





B Complex 

Merupakan kumpulan beberapa jenis vitamin B yang memainkan peranan penting untuk kulit yang sihat. Selain meratakan tona kulit pada wajah, B Complex juga membantu menstabilkan hormon-hormon badan dan mengurangkan stress. Ini dapat mengurangkan jerawat kerana  kajian menunjukkan stress menyumbang kepada “kesuburan” jerawat di muka.  B Complex merupakan vitamin yang penting untuk kesihatan sistem saraf.







Energizing Soy Protein (ESP)

Bertindak sebagai sumber protein yang rendah kolesterol dan rendah indeks glisemik. Apabila sel kulit kita mati ia akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Parut-parut jerawat di wajah adalah akibat daripada sel-sel kulit mati yang tidak diperbaharui dengan sel-sel kulit yang lebih sihat. ESP juga berfungsi mencantikkan tekstur kulit dan membantu atasi parut jerawat pada wajah. Sangatlah rugi jika kita tidak menggunakan kesempatan meningkatkan kualiti sel-sel kulit yang baru itu menerusi bekalan protein (ESP) secukupnya. 


Saksikan video yang menyayat hati ini. Setelah tujuh tahun menderita akhirnya jumpa cara atasi jerawat yang berkesan dan selamat.




Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Sunday 14 December 2014

Masalah Kebas Jangan Dipandang Enteng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Anda pernah alami masalah kebas-kebas ?Tahukah anda kenapa masalah kebas ini berlaku? Hari ini saya akan kongsikan mengenai masalah kebas ini. Saya juga sering mengalami masalah kebas dibahagian kaki tapi tidaklah sekerap sebelum ini. Bak kata P Ramlee, kadang-kadang aje. hehehe...

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kebas?

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh saraf periperi terhimpit. Rasa kebas bukan sahaja berlaku di bahagian kaki, tetapi terjadi juga pada hujung jari, tangan , tapak kaki dan lengan.

Kebas kaki juga dialami disebabkan berdiri atau duduk yang lama. Anda pernah alami keadaan macam ni? Tentu sekali pernah kan. Tambah-tambah orang-orang tua yang disebabkan oleh faktor umur. Orang kata tulang pun dah tak kuat. Tapi ada juga orang muda yang mengalami masalah kebas kaki ni. Mungkin juga disebabkan masalah berat badan.

Punca Masalah Kebas 

Punca kepada masalah kebas  ini mungkin juga disebabkan oleh kecederaan pada saraf akibat kemalangan. Selain daripada itu, ia juga berpunca daripada saraf periferi yang tertekan disebabkan oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeratif. 

Masalah kebas juga berlaku kepada pesakit-pesakit diabetes, migrain, dan strok. Bagi pesakit kencing manis atau diabetes, ia juga dikenali sebagai neuropathy. Neuropathy merupakan salah satu komplikasi kencing manis atau diabetes jika kawalan gula dalam darah kurang baik.

Bagi yang mengalami kebas di bahagian tangan adalah disebabkan Carpel Tunnel Syndrome iaitu saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan. Masalah kebas ini juga berlaku disebabkan kekurangan vitamin B12 dalam badan. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan juga penyebab kepada masalah kebas ini. Kebas juga berlaku akibat kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti pengambilan alkohol dan rokok.

Banyak juga kan punca yang menyebabkan masalah kebas ni. Kalau keadaan sebegini kerap berlaku, kita perlu cari jalan penyelesaian atau cara untuk atasi masalah kebas-kebas ni. Masa mengandung dahulu kerap juga saya alami masalah kebas ni. Ia disebabkan oleh kekurangan kalsium. Kaki memang kerap kejang. Kalau datang kejang tu, memang sakit. Apa yang saya lakukan untuk hilangkan rasa kejang masa tu, saya luruskan kaki dan tekan kaki ke dinding sekuat hati. Memang hilang tapi sekejap aje lah. Ini membuatkan tidur saya tak lena. Tapi kini, anda yang mengalami masalah kebas-kebas ni jangan risau. Ada cara atasinya iaitu dengan:



OSTEMATRIX 

Manfaat yang ada dalam Ostematrix


  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. 
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan Stress - Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk, dan stress. Selain itu ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - Pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak dapat meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium merupakan mineral alkalin dan berkesan dalam memastikan imbangan pH tubuh. Juga berfungsi menghalang obesiti diwaktu umur tua. Kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik
  • Vitamin D -Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. 
  • Magnesium - Menggalakkan posisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk penghasilan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menghalang endapan kalsium.
  • Zinc, boron, manganes, kuprum - Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis




B COMPLEX

Kandungan utama B-Complex serta fungsinya adalah seperti berikut:

1. Vitamin B12
- Sangat penting dalam fungsi saraf dan kognitif, menghadapi kemurungan dan mencegah kekeliruan dan demensia. 

2. Vitamin B6
- Penting untuk metabolisme asid amino yang diperlukan dalam sintesis neurotransmitter dopamine dan serotonin yang penting dalam fungsi sistem saraf dan dalam penyelenggaraan mood tenang dan menyeronokkan. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kemurungan dan kekeliruan.

3. Vitamin B5
- Sangat baik bagi yang menghadapi stress kerana ianya mengawal fungsi kelenjar adrenal. Vitamin B5 diambil bersama-sama dengan asid folik dan vitamin C untuk menghasilkan tekanan hormon kortisol dan adrenalin.

4. Vitamin B3
- Sangat perlu dalam pengeluaran serotonin, yang bertanggungjawab bagi memberikan mood tenang. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kebimbangan dan pergolakan dalam diri.

5. Vitamin B1

- Membantu menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kebimbangan dan juga pemikiran membunuh diri.


Saya dah pun mengamalkannya. Anda bila lagi?Jika ingin dapatkan produk boleh hubungi saya seperti di bawah.


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Saturday 13 December 2014

Congkak Permainan Tradisional Berasaskan Pengiraan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Permainan Congkak

Sape suka main congkak? Congkak merupakan permainan kegemaran saya masa zaman remaja dulu. Kalau nak ikutkan banyak permainan tradisional yang sudah dilupakan kini. Zaman remaja dahulu memang seronok. Setiap petang ada aje aktiviti dengan rakan-rakan kejiranan. Tak macam sekarang, batang hidung jiran pun jarang sekali nampak. Memang ketara betul zaman dahulu dan sekarang.

Kenali Permainan Congkak

Congkak merupakan permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau pertandingan. Selalunya congkak diperbuat daripada papan kayu berlubang atau lubang di tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. 

Zaman saya dulu selalu buat lubang congkak kat tanah je. Nak beli congkak kayu memang mak ayah tak bagi. Jadi guna inisiatif sendiri je la korek lubang kat tanah. Buahnya pula, kalau rajin kutip biji getah kat kebun belakang rumah, kami guna biji getah. Kalau tidak, kutip batu kat tepi jalan aje dijadikan sebagai buah congkak. Save budget.

Sebenarnya congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di Jordan.

Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai di sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia congkak dikenali dengan nama congklak,manakala di Filipina dikenali sebagai sungka.

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Bagi mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Peraturan Permainan Congkak

Berikut adalah peraturan permainan congkak:

1. Dua orang pemain akan duduk berhadapan menghadap papan congkak. Permainan dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah congkak dikedudukan masing-masing dan bergerak dari satu lubang ke satu lubang hingga ke kampung lawan.

2. Gerakan diteruskan hingga buah terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam lubang kosong sama ada di kampung sendiri atau pihak lawan. Sekiranya buah jatuh atau mati di kampung sendiri, pemain boleh menikam buah yang ada di lubang pihak lawan jika ada, selepas membuat satu pusingan.

3. Pihak lawan akan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. 

4. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula lubang di kampung mereka mengikut buah yang dikaut hasil pusingan pertama tadi. Sekiranya salah seorang tidak cukup buah congkak, lubang itu dianggap terbakar.

5. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang dikira berdasarkan pengumpulan buah congkak terbanyak.


Permainan yang mudah dan menyeronokkan. Tidak rugi mengajar anak-anak kita bermain. Tambah ilmu pengetahuan juga menggalakkan aak-anak mengira.




Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Friday 12 December 2014

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan Anak Supaya Anak Tidak Sakit-Sakit Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Kalau anda faham dengan tajuk entri saya, apakah yang dimaksudkan dengan imunisasi badan?Imunisasi badan merupakan sistem daya tahan penyakit. Imun badan merupakan penyerang terbaik supaya bakteria dan virus tidak menjangkiti tubuh badan kita terutama anak-anak yang sangat lemah. Jadi kita perlu tingkatkan sistem imunisasi badan anak-anak kita supaya tidak dijangkiti penyakit yang membuatkan mereka lemah, murung, merap dan sebagainya.

Apa yang menyebabkan sistem imunisasi badan menurun? Apakah faktornya?


Faktor Yang Melemahkan Sistem Imunisasi Badan

1. Pencemaran- Seperti pencemaran udara, air , bunyi dan sebagainya.Air yang kita minum banyak pencemarannya.

2. Stress - Jika stress, badan kita mudah dijangkiti pelbagai penyakit.

3. Kurang tidur juga menyebabkan sistem munisasi badan berkurangan kerana badan terlalu penat.

4. Makan makanan yang kurang berkhasiat menyebabkan badan kekurangan nutrisi dan vitamin.


5.Kurang minum air - Air sangat penting pada tubuh kerana membantu pengaliran darah dan oksigen kepada tubuh. Sekiranya kekurangan air, ia mendatangkn pelbagai penyakit.

6. Merokok- Bapa yang kerap merokok akan menyebabkan imunisasi badan anak merosot akibat kandungan racun yang terdapat rokok.

Bagaimana pula cara untk tingkatkan imunisasi badan anak-anak?


1. Galakkan anak-anak bersenam. Ini bertujuan supaya mereka sentiasa berpeluh bagi mengelakkan mereka dijangkiti penyakit. Bersenam dapt meningkatkan sistem imun anak-anak agar mereka lebih cergas.

2. Makan makanan berkhasiat. Sebagai ibu bapa perlulah mengelakkan anak-anak dari makan makanan segera kerana kandungan bahan dalamnya disediakan secara berlebihan dan tidak elok dengan perkembangan anak-anak. Seeloknya berikan anak-anak makanan semulajadi.

3. Minum air yang ditapis.Air yang ditapis membantu anak anda sihat, cergas dan melawan sebarang jangkitan penyakit. Penapis air yang baik akan membantu anak anda sihat dan selamat.

4. Amalkan pengambilan suplemen. Suplemen yang baik untuk anak-anak adalah Chewable Vitamin C, Mealshake, Vitalea For Children, Nutriferon dan Omega Guard.



CHEWABLE VITAMIN C


  • Menguatkan fungsi imunisasi kerana badan manusia tidak boleh membuat dan menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan.
  • Membantu menjaga gigi,gusi serta struktur tulang.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.



MEALSHAKE


  • Merupakan minuman berperisa vanila yang digemari oleh kanak-kanak.
  • Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral penting & trace mineral
  • Membekalkan nutrien kepada sel untuk membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah & sel imunisasi.
  • Kandungannya rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Merupakan sumber protein dan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi.
  • Kaya dengan serat dan sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit.
  • Mealshake adalah soy-based, jadi pastikan  anak anda tiada alahan soya.



VITA-LEA FOR CHILDREN


  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan.
  • Sumber kalsium bagi membina tulang.
  • Merupakan sumber harian tambahan Vitamin B.



NUTRIFERON


  • Diekstrak secara klinikal dan terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan untuk meningkatkan sistem imun.
  • Membantu menyembuhkan demam, batuk dan selsema dengan cepat.
  • Membantu mengatasi masalah alergi.
  • Berfungsi untuk mengelakkan jangkitan penyakit.


OMEGA GUARD


  • Omega-3 dalam Omega Guard sangat penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
  • Omega Guard juga mampu meningkatkan sistem imunisasi.
  • Menapis segala virus dan bakteria daripada badan
  • Kanak-kanak yang mengamalkan Omega-3 terbukti mampu mengurangkan jangkitan pernafasan kerana omega-3 berupaya meningkatkan kesihatan paru-paru.

Jika sayangkan anak-anak, boleh dapatkan segera suplemen ini dengan menghubungi saya seperti di bawah atau...


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Thursday 11 December 2014

Resepi Laksa Penang Yang Mudah dan Sedap Kegemaran Adik-Beradikku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiba-tiba je teringatkan laksa. Apa yang sedapnya laksa ni?Kalau ikut adik-beradik saya, semua "hantu laksa". Tambah-tambah yang perempuan.Kalau jumpa laksa, menambah dua tiga kali. Nasib baiklah resepi laksa ni mudah dan sedap pulak tu.

Laksa ni selalunya dimakan waktu petang. Tapi bagi keluarga saya makan tak tentu masa. Bedal aje. Makanan kesukaan katakan. Dulu saya boleh dikatakan hantu laksa juga, tapi setelah melahirkan anak ketiga ni makin berkurangan nak makan. Nak makan tu bolehla, tapi tak adalah menambah dua tiga kali macam dulu.

Membebel banyak sangat tak elok jugakan..Jom saya kongsikan resepi laksa yang mudah dan sedap ni..Mesti tak sabar nak tau kan. Cepat salin..hehehe

Bahan-bahan

Laksa
Ikan Selayang (lagi banyak lagi sedap)
3 biji bawang besar
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kering/cili kisar (kalau suka pedas letak lebih)
2-3 keping asam keping (Ikut citarasa)
2 bunga kantan - dibelah 4
1 ikat daun Kesum
Air Rebusan Ikan 
Garam

Bahan hiasan 


Telur - dibelah dua.
Timun - dihiris
Bawang besar - dihiris
Limau kasturi - dibelah dua.
Cili padi - dihiris


Cara-cara membuatnya:


1.Untuk memudahkan kita memasak laksa. Kita rendamkan terlebih dahulu laksa tersebut ke dalam air suam/biasa. Kemudian, rebuskan laksa.
2.Ikan pula, direbus dan ambil isinya. Air rebusan jangan dibuang sebab kita boleh guna untuk masak kuah laksa itu nanti. 
3.Blend isi ikan itu tadi kemudian asingkan.tulang ikan pun kita blend dan tapis airnya. 
4.Kisar bawang besar, belacan dan cili kering bersama air rebusan ikan tadi.
5.Masukkan dalam periuk bahan-bahan yang siap dikisar tadi, bersama asam keping, daun kesum dan juga bunga kantan.
6.Masak dengan api perlahan supaya kuah yang dimasak ini lebih tahan lebih lama. 
7.Masukkan garam dan penambah perisa mengikut kesukaan.

8.Siap untuk dihidang

Mudahkan? Selamat mencuba.

Bantuan google
Kalau kat Shah Alam ni kalau anda nak makan laksa yang sedap, anda bolehla ke Seksyen 13. Tokey laksa ni jual laksa bawah pokok berdepan dengan Hotel Alami. Ha, cubalah, anda tentu puas hati.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]