SILA KLIK KAT SINI YE

Wednesday 17 July 2013

Testimoni Pesakit Tumor Otak (Brain Tumor)

Testimoni Pesakit Tumor Otak (Brain Tumor):-

En. Manivanan dari Kajang, menghidapi ketumbuhan didalam otak sebesar 5cm.
Beliau kehilangan daya penglihatan kedua dua mata setelah menjalani Pembedahan Otak tersebut.

Kini setelah mengambil produk Alpha Lipid Lifeline selama 4 bulan, En. Manivanan disahkan oleh Doktor Pakar bahawa beliau kembali mendapat 30% penglihatan dan beliau tidak perlu menjalani proses Chemotherapy.

KELEBIHAN FORMULA LIPID New Image yang berpaten di dunia dapat meningkatkan daya keterlarutan demi memastikan kolostrum diserap 1000% oleh usus dan menghilangkan rasa tidak selesa akubat intolerans laktosa.Bahan penting untuk sel otak dan sel sarafKomponen utama untuk membran Otak.

Tuesday 9 April 2013

Risiko kegemukan


1. Purata umur

Lelaki gemuk lebih berisiko untuk mati awal berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan normal, sedangkan wanita gemuk 61% lebih tinggi daripada wanita yang mempunyai berat badan normal.

2. Kencing manis (diabetes melitus)

Hampir 80% orang gemuk menghidap penyakit kencing manis.

3. Penyakit tekanan darah tinggi

Penelitian terhadap 74,000 responden di Amerika menunjukkan terdapat hubungan antara pertambahan berat badan dengan tekanan darah tinggi. Penurunan berat badan 2 kg akan menurunkan tekanan darah sistolik 2.5 mm Hg dan tekanan diastolik 1.5 mm Hg.

4. Penyakit jantung

Hampir 70% orang yang dikesan menghidapi penyakit jantung mempunyai hubungan dengan kegemukan. Kajian membuktikan bahawa orang gemuk lebih mudah terkena penyakit jantung dibandingkan dengan mereka yang memiliki berat badan ideal. Jenis penyakit jantung yang sering terjadi ialah aterosklerosis (penyempitan pembuluh darah). Pada orang gemuk fungsi jantung akan bertambah, semakin membesar dan menjadi lemah. Apabila berat badan menurun keadaan jantung akan kembali normal.

5. Barah

Hampir separuh kes barah dikesan menyerang wanita gemuk seperti barah rahim, usus dan payudara.

6. Kemandulan

7. keputihan

8. Respiratori

Apena tidur (nafas terhenti sementara tanpa sebarangsebab) dikaitkan dengan kegemukan.

9. Penyakit kulit di lipatan paha dan payudara

10. Keracunan kehamilan

11. Gangguan pernafasan

12. Rheumatisme

13. Vena Varikos (timbul urat)

14. Hernia (penonjolan organ atau tisu di luar kaviti tubuh)

15. Batu hempedu

MASALAH ORGAN-ORGAN TUBUH DENGAN KEGEMUKAN


Berat badan berlebihan memaksa organ-organ ini bekerja keras. Badan manusia mempunyai jumlah lemak yang tertentu dalam tisu-tisunya. Kehadiran lemak tambahan ini menyebabkan ia terpaksa di simpan di bawah kulit. Kulit orang gemuk kurang berkedut berbanding orang kurus. Ia juga disimpan di dalam tisu penopang dalam abdomen, sekitar buah pinggang dan lapisan permukaan jantung.

a) Jantung
Walaupun lemak tambahan ini tidak diperlukan tetapi ia adalah tisu yang hidup dan perlu dibekalkan darah seperti tisu yang lain. Ini bermakna badan memerlukan pertambahan bilangan kapilari yang sepadan untuk membekalkan darah kepada tisu lemak ini. Beban kerja jantung akan bertambah kerana ia terpaksa bekerja mengepam darah melalui sistem salur darah tambahan pula.

b) Buah pinggang
Buah pinggang adalah organ terakhir dan terpenting sekali yang menunjukkan kesan berat badan berlebihan. Apabila banyak tisu yang terdapat di dalam badan maka lebih banyak jumlah bahan buangan yang perlu dibuang.

c) Paru-paru
Proses pembekalan oksigen dan pembuangan karbon dioksida pada paru-paru turut terganggu. Gerak balas proses ini boleh menyebabkan tisu yang membentuk darah lebih banyak menghasilkan sel darah merah dari yang diperlukan oleh tubuh. Kehadiran lemak di bahagian peparu dan di bawah diafgram boleh menganggu pernafasan dan membawa kepada masalah bronkitis.

d) Hati
Hati juga akan terjejas kerana ia berfungsi mengendalikan bahan kimia di dalam badan. Ia terlibat di dalam proses pembentukan dan pengaturan simpanan lemak di dalam tubuh. Apabila berat badan berlebihan, kerja untuk hati juga bertambah.




CALL / SMS 012-350 4258 ZAI

Friday 5 April 2013

Kekacang



Banyak juga soalan-soalan yang saya dapat berkenaan memakan kacang semasa berdiet SD2. Selalunya saya menasihatkan bahawa fasa yang selamat untuk mula memakan kacang adalah selepas waktu induksi atau selepas 2 minggu pertama ketika berdiet. Apabila melepasi fasa ini, anda boleh menghadiahkan diri anda dengan memakan 30 gram kekacang atau bijian kedalam menu pemakanan anda setiap hari dan perhatikan jika ada perubahan kepada ujian ketostix anda.

Kacang mengandungi protien, lemak dan karbohidrat dan sebahagian besar karbohidrat itu adalah fiber atau serat. Memanglah anda masih perlu mengira berapa jumlah Net Carbs yang anda perlu makan supaya tak melebihi had karbohidrat yang anda boleh makan sehari.

Kebanyakan kacang boleh diterima dan kacang macadamia mengandungi ratio tertinggi antara lemak kepada karbohidrat. Kacang gajus (cahews) dan kacang tanah (peanuts) mengandungi kandungan karbohidrat yang agak tinggi. Jadi pilihan yang baik adalah kacang macadamia, almonds, pecans, hazelnut, pine nuts dan walnuts pada waktu permulaan. Boleh juga untuk mencuba biji kuaci dan biji bunga matahari yang menambah kesedapan salads dan sayuran yang dimasak.

Kekacang dan bijian ini juga mengandungi zat makanan yang tinggi. Almonds, biji bunga matahari dan hazelnet adalah kaya dengan Vitamin E. Kacang juga mengandungi banyak zat pemakanan yang lain seperti niacin, vitamin B6, folic asid, magnesium, zink, copper dan pottasium beserta beberapa lagi zat tumbuh-tumbuhan (phyto-chemicals) termasuk bahan-bahan anti-oksida.

Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa pemakanan kacang dan bijian boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Orang yang selalu memakan kacang menghadapi kurang risiko penyakit jantung dari orang yang tidak memakan kacang atau bijian yang mengandungi minyak/lemak. Lemak monounsaturated adalah yang sebenarnya bahan yang menyebabkan kacang ini baik untuk kesihatan kita. Orang yang mengikuti diet yang rendah lemak selalunya menghindari kekacang dalam pemakanan mereka dan ini akan menghadkan diri mereka dari sumber asid lemak omega dan khasiat pemakanan yang lain.

Pastikan anda tidak memakan kacang yang disalut gula atau madu. Apabila memakan kacang, anda haruslah juga berhati-hati kerana seperti kentang goreng atau makanan segera yang lain, anda susah nak berhenti apabila sudah mula memakannya. Oleh itu jangan mengambil kacang dari tin atau kantung yang besar. Jika nak selamat, asingkan dahulu jumlah yang anda boleh makan sehari dan makan sebanyak itu sahaja.

Ini adalah lebihkurang jumlah 30 gram kekacang atau bijian yang anda boleh makan sehari:

24 biji almonds
18 biji cashews
20 biji hazelnuts
10-12 biji macadamia saiz sederhana
28 biji kacang tanah
47 biji kacang pistachios
1 sudu besar biji labu/tembikai
3 sudu besar biji bungamatahari

Baca dahulu kandungan nutrisi pemakanan kacang yang anda hendak makan, lihat saiz hidangannya dan buatlah sedikit perkiraan untuk memastikan berapa biji yang boleh anda makan sebelum memakannya.



Wednesday 27 March 2013

KEBAIKAN ALPHA LIPID UNTUK BABY


ALPHA LIPID LIFELINE bukan sahaja terbukti berkesan untuk ibu mengandung dan mengatasi pelbagai penyakit. Juga,terbukti berkesan untuk membantu dalam tumbesaran anak2 dan mengatasi kesihatan anak anda.

PM/CALL/WATS APP ZAI 012-3504258




Friday 15 March 2013

Alpha lipid lifeline

Rata-rata kesihatan kita semakin hari semakin menurun, ini adalah disebabkan faktor yang tidak dapat kita elakkan seperti faktor meningkat usia dan faktor persekitaran termasuk udara yang kita sedut setiap saat.

Begitu juga dengan cara pemakanan kita yang tidak menyihatkan dengan makanan ringan, makanan yang berlebihan lemak dan gula.
Penggunaan alatan elektronik disekeliling kita termasuk Telefon Bimbit, Microwave dan Penghawa Dingin.
Kekurangan Vitamin, Mineral dan Antibodi didalam tubuh.
Kurang bersenam, sehinggakan ada diantara kita yang langsung tidak pernah bersenam.
Tekanan kehidupan dirumah dan ditempat kerja.

secawan life line membantu anda setiap hari akan lebih cergas
info lanjut mengenai produk dan pengambilannya boleh sms@ pm 012-3504258



Friday 8 March 2013

‎10 SEBAB Utama Untuk MEMINUM Gel Aloe Vera FOREVER LIVING




Membina Badan

~ Ia mengandungi 20 JENIS asid amino, termasuk 7 asid amino PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan.

Sifat Pemulihan

~ Ia mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat membantu memulihkan luka akibat calar-calar, luka-luka kecil, luka terbakar dan lain-lain.

Kesihatan dan Kebersihan Gigi

~ Menggalakkan gusi dan mulut yang sihat. Satu kajian pada 2008 yang diterbitkan dalam Journal Applied Oral Science mendapati bahawa aloe vera adalah LEBIH BERKESAN daripada 2 jenama ubat gigi yang utama. Menggabungkan penggunaan Forever Bright Toothgel dengan pengambilan Gel Aloe Vera berpotensi menyokong kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi anda.

Mempercepatkan Penyembuhan dan Pembaikpulihan

~ Gel Aloe Vera meningkatkan fungsi fibroblas iaitu sel yang membantu pembentukan KOLAGEN dan ia juga menolong melegakan kelecuran, luka-luka dan calar-calar kecil serta kegatalan kulit.

Pembaikpulihan Elastin & Kolagen

~ Ia dapat menokok bekalan bahan-bahan binaan untuk menghasil dan mengekalkan kulit yang sihat.

Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat & Meningkatkan Tahap Tenaga

~ Secara semulajadi dapat menggalakkan pembersihan sistem penghadaman kita. Dengan demikian, meningkatkan tahap tenaga serta membantu mengekalkan BERAT BADAN yang IDEAL.

Menyokong & Menggalakkan Fungsi Sistem Ketahanan Badan

~ Kandungan unsur-unsur perangsang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem pertahanan badan kita.

Sistem Penghadaman Yang Semulajadi

~ Secara semulajadinya, Gel Aloe Vera mempunyai keupayaan membersih, dengan demikian membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein serta nutrien lain.

Membekalkan Mineral Surih

~ Ia mengandungi 20 mineral semulajadi termasuk kromium, magnesium, mangan, kuprum dan zink.

Membekalkan vitamin Semulajadi

~ Ia mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik, niasin, B6, B2, B1, C, E dan A.

PM ME FOR MORE INFO 0123504258 zai

Tuesday 5 March 2013

Sayangi jantung anda!


Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan sekata yang berulang-ulang. Dalam tubuh manusia , jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada dan di belakang tulang dada (sternum). 

Ia diselaput oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata , jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300 hingga350g. Ia terdiri daripada empat ruang , dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.


Jantung manusia terdiri daripada serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung.


Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup disebabkansaluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamyanya kolesterol.


Co enzyme adlh makanan untuk kekuatan jantung, mengawal tekanan darah dan agen antioksida/anti penuaan, meningkatkan metabolisme badan, juga menghindari kekurangan co q10 dlm tubuh badan akibat pengambilan ubat2 kolesterol 'statin', Omega pula baik untuk merendahkan tahap kolesterol! Inilah supplement yg wajib di ambil oleh kebanyakan pesakit saya dahulu masa bekerja di IJN ttp telah dihentikan pemberian supplement ini kerana kos yang tinggi.


pm/sms/call 0123504258 zai






Monday 18 February 2013

Testimoni Alpha lipid Lifeline

Ashira Kaseh wrote:

:: Salam Sahabat sekalian, ramai yg bertanya kat shira apa sbnarnya yg berlaku pada kandungan shira smenjak my sis a.k.a biz partner, Huda post pasal my pregnancy last 2days. Ok now shira nak share sikit..sabtu lps shira ada pegi sebuah klinik swasta di jln ipoh sbb ada appointment Utk check up kndungan. Doctor Victoria terkejut sbb perubahan dan perkembangan baby yg sangat aktif walaupun baru nk masuk 10 mnggu. Bila scan shira n husband sndiri nampak baby bergerak2 aktif n degupan jantung yg sangat stabil. Doc ckp bila tngok perkiraan jantung dia n keaktifan dia yg jarang2 dia dpt tngok. Tp shira xtau la dia punya perkiraan n point mcm mana sbb dia saja yg tau keadaan baby tu kan. Nama pun doctor :) 

Dia pun ckp stuktur rahim n uri sangat kuat dan dlm keadaan baik Alhamdulillah..
Then dia tanya mnum susu apa? Anmum ka? Then shira trus jawab minum ' Alpha lipid Lifeline' dia trus terkejut. Dia ckp dia penah tau pasal kebaikan susu alpha lipid ni tp belum ada peluang nak cari agent utk dapatkan susu ni sbb sibuk dgn tugasan. Dia trus nasihatkan shira mnum Alpha lipid ni n minta shira luangkan satu masa utk buat briefing pd dia n ibu2 mngandung yg berdaftar di klinik dia tu. Alhamdulillahhh... Rezeki baby. So kwn2 jom cuba Alpha Lipid Lifeline ni utk kebaikan baby n perkembangan baby. Insya aalhhh..selebihnya Mohon pada Allah dan byakkan solat dhuha.Semoga mendapat anak yg soleh dan sihat insya allah... :)




Monday 4 February 2013

10 PENYAKIT YANG PALING POPULAR MENYERANG KAUM LELAKI

10 PENYAKIT YANG PALING POPULAR MENYERANG KAUM LELAKI

1. SAKIT JANTUNG

info : digambarkan sebagai rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.apabila saluran darah pada otot jantungtersumbat, risiko kematian boleh berlaku
penyebab : asap rokok, tekanan perasaan,kandungan lemak yang tinggi,kurang bersenam,darah tinggi & kencing manis

2. PENYAKIT SEKATAN PERNAFASAN KRONIK (copd)

info: copd ialah gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan menghadkan aliran udara.
penyebab: merokok

3.KENCING MANIS

info : juga dikenali sebagai diabetes mellitus. ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin (suatu      hormon yang dihasilkan oleh pankreas). insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. la bertanggungjawab untuk prosesglikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.
penyebab : genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pancreas

4. STROK

info : merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba. biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah
penyebab : faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, jantina (lelaki lebih cenderung mendapat strok),diabetes,genetik,darah tinggi,penyakit jantung,kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok

5. KANSER PANKREAS

info : pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum

penyebab : faktor pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang sering dan banyak, diabetes dan merokok

6. KANSER PROSTAT

info : merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat (kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki).
penyebab : kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron

7. TEKANAN DARAH TINGGI

info : juga dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah
penyebab : pengambilan makanan yang tinggi,lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol kurang bersenam dan tekanan perasaan

8. BATU KARANG

info : air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur jika garam ini terialu pekat,garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau gallstone.
penyebab : kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur,kesan sampingan ubat, kurang bersenam, dan tabiat pemakanan yang kurang sihat

9. OBESITI

info : diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.
penyebab : genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang sihat,pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin can sindrom metabolic

10. GOUT

info : gout disebabkan oleh peningkatan paras darah beku di dalam arteri, kimia yang dikenali sebagai asid urik di dalam darah yang boleh membentuk hablur atau kristal.
penyebab : pengambilan makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal,limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit yang sentiasa meriggelupas dan kering, menghidap penyakit darah yang berlebihan.


InshaAllah..mengelak lebih baik drp mengubati....pm me for more info             012-3504258      






Friday 25 January 2013

FAEDAH UNIK ALPHA LIPID SD2

Kita adalah apa yg kita makan...
Faktor pemakanan banyak mempengaruhi gaya hidup. Kita adalah apa yg kita makan..

Jadi bagaimana ALSD2 boleh membantu anda?

FAEDAH UNIK ALPHA LIPID SD2

1. Ia secara keseluruhannya adalah semula jadi, selamat, berkesan dan kos efektif.
2. Ia tiada usaha menahan kelaparan dan jumlah pemakanan yang memuaskan dilakukan seharian.
3. Anda dapat mengukur, dengan cara ujian mudah, sama ada anda membakar lemak atau tidak.
4. Kamu hanya hilang lemak, bukan tisu badan (selagi dalam diet kalori), mengekalkan otot yang bagus dan kecerahan kulit.
5. Penyahtoksikan dan pembersihan sistem badan anda secara automatik.
6. Tawaran merancang dorongan yang bagus, kerana kehilangan berat badan adalah lebih berkesan daripada mana-mana program lain berdasarkan kalori atau prinsip senaman.
7. Pengenalpastian kadar metabolisme badan anda (tahap karbohidrat kritikal).
8. Satu sistem sokongan yang sangat berkesan.
9. Menubuhkan asas dan pengetahuan bagi mengekalkan kawalan berat badan selama-lamanya.
10. Lebih tenaga dengan tiada diet atau kesan sampingan.

Jadi apa tunggu lagi dapatkan ALSD2 anda dari PENGEDAR YANG SAH utk khidmat nasihat n keterangan lanjut....pm/sms me 0123504258 zai






Tuesday 15 January 2013

Sleep Time


Adakah anda ingin merasakan tidur yang paling nyenyak di dalam hidup anda ?

Dengan Hanya Percubaan Kali Pertama, Anda akan rasai keajaibannya… umpama tidur di awangan…

Sleep Time™ ialah minuman lazat yang diperbuat dari susu New Zealand. ...Sleep Time™ mengandungi Unique Protien Profile™,dihasilkan oleh hanya lembu yang tertentu, yang dipilih melalui ujian DNA. Susu khas ini dipertingkatkan melalui teknologi yang dipatenkan dan kemudian dicampurkan dengan bahan-bahan premium. Dengan formula ini ia menyokong ketenangan semulajadi dan tidur yang sihat yang merupakan sebahagian daripada rutin malam anda.


Ia juga amat berkhasiat - Kebaikan semulajadi ini terdiri daripada 99.5% susu yang bebas lemak, rendah laktosa* yang dicampur dengan kombinasi Magnesium, Vitamin D dan Alpha Lipid untuk memelihara badan ketika berehat.

Cuba anda perhatikan bayi apa yang bayi akan buat selepas minum susu ibunya? Sudah tentu bayi tersebut akan tidur kan? Konsep Alpha Lipid Sleep Time seakan begitu la konsepnya. Ia tidak mengandungi dadah dan konsepnya tidak seperti ubat tidur. So, anda tak perlu ragu-ragu untuk mencuba Alpha Lipid Sleep Time.

Biarkan kekuatan alam semulajadi membantu anda menikmati manfaat dari tidur yang nyenyak dan bangun dengan ceria dan bersemangat untuk melalui hari yang berikutnya..

call /sms 012-3504258

Monday 14 January 2013

Bahana Perut Buncit

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal kaum lelaki ialah 90cm dan bagi wanita adalah 80cm. Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.