SILA KLIK KAT SINI YE

Friday 28 November 2014

Air Kencing Berbuih Tanda Hadapi Masalah Buah Pinggang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Buah Pinggang Tidak Berfungsi


Alamak, apa kena mengena kencing berbuih dengan buah pinggang ni? Risau pulak bila difikirkan tentang buah pinggang ni kan. Kalau membuang air kecil, kena tengoklah sama ada air kencing itu berbuih ke tidak. Kalau berbuih, perlulah segera ke klinik bagi mendapatkan kepastian tentang kesihatan kita. Takut-takut ada masalah buah pinggang pula. Kalau dah terkena menyesal tidak sudah. Masalah buah pinggang perlu diambil serius kerana buah pinggang merupakan organ penting dalam badan yang berfungsi bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh dalam badan. Selain itu, buah pinggang juga berfungsi sebagai pengawal tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Masalah buah pinggang ini boleh dikatakan penyakit dalam diam kerana tiada tanda mahupun gejala yang berlaku. Kebiasaannya, di peringkat awal jarang sekali boleh mengesan mereka yang menghidap kegagalan buah pinggang melainkan jika telah membuat ujian darah, ujian imbasan ultrasound, ujian saringan atau ujian air kencing. Menurut kajian, punca utama kegagalan buah pinggang adalah daripada masalah kencing manis. Daripada statistik dari pusat dialisis di Malaysia mendapati lebih dari 50 peratus pesakit yang menghidap kencing manis akan menghidap masalah buah pinggang.

Menurut Dr. Soehardy Zainudin, Pakar Perunding Nephrologist & Physician, kegagalan buah pinggang akan lebih teruk sekiranya tidak mengawal kencing manis, mempunyai masalah kegemukan, kadar kolesterol dalam badan yang tinggi dan menghidap darah tinggi. 

Mereka yang mengalami masalah buah pinggang memiliki paras urea dan creatinine ini merupakan bahan toksin dalam badan yang terhasil daripada pencernaan enzim dan makanan yang dimakan. 

Tanda-tanda Hadapi Masalah Buah Pinggang


Terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh dikenal pasti bagi yang menghadapi masalah buah pinggang, antaranya:

  • Selalunya orang yang menghadapi masalah buah pinggang akan berasa letih, tidak bermaya serta kurang tenaga. Contohnya apabila berjogging, mereka yang menghadapi masalah buah pinggang akan merasa letih walaupun hanya setengah jam sahaja berjogging berbanding sebelum ini boleh berjogging lebih daripada sejam.
  • Berlaku perubahan warna pada air kencing sama ada bercampur darah atau berwarna oren.
  • Menghadapi gatal-gatal pada keseluruhan kulit dan tidak hilang kerana masalah buah pinggang boleh menyebabkan kulit kering dan mudah gatal.
  • Air kencing berbuih dengan banyak dan lambat hilang akibat kandungan protein yang tinggi.
  • Mengalami sedu tidak kira di kalangan muda atau dewasa.
  • Sukar bernafas terutama ketika berbaringkerana air sudah mula memasuki paru-paru
  • Mengalami bengkak pada tangan, kaki dan sekeliling mata serta muka kelihatan sembap kerana buah pinggang tidak dapa menghasilkan air kencing menyebabkan air berkumpul di dalam badan.
  • Selalunya penghidap buah pinggang akan mengalami masalah selera makan berkurangan.
  • Mereka juga akan merasa loya, sakit perut dan muntah-muntah.
  • Penghidap buah pinggang akan kelihatan pucat kerana kerosakan pada buah pinggang menyebabkan penghasilan hemoglobin dari sumsum tulang berkurangan, jadi sel darah merah juga akan berkurangan.
  • Kekurangan sel darah merah menyebabkan pesakit rasa tidak bermaya, sukar fokus, sering sakit kepala, mudah lupa dan sukar tidur.


Produk Shaklee yang memberi kesan positif untuk masalah buah pinggang adalah Omega Guard dan Vivix. Kedua ni mempunyai sifat anti-radang di mana ia memberi kesan segera kepada masalah kencing berbuih.

Untuk mendapatkan produk ini anda boleh mendapatkannya di branch berdekatan dengan menggunakan ID saya 1122124 atas nama Zainah Mohamad atau menghubungi saya dengan mana-mana cara seperti di bawah.





Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]