SILA KLIK KAT SINI YE

Friday, 31 October 2014

PETUA DAPUR | TELUR AYAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Telur ayam merupakan kegemaran anak-anak saya. Pantang kalau ada telur rebus kenduri, berebut-rebut ketiga-tiganya. Tapi kalau telur goreng, anak-anak saya tidak berapa gemar. Mungkin sebab berminyak agaknya. Bagaimana kita memilih telur yang baik, menegkalkan kesegaran serta aturan yang perlu kita lakukan agar pemakanan dan penyediaannya bersih dan menyelerakan. Terdapat beberapa petua yang dapat dikongsi bersama para pembaca mengenai telur ini. Mari kita lihat.


PETUA DAPUR | TELUR AYAM

1. Bagi mengekalkan kesegaran telur, ia tidak boleh disimpan lama atau disimpan di tempat yang terdedah dan panas. Ini kerana sulfur yang terkandung di dalamnya akan menjadi rosak dan busuk. Bagi mengekal kesegarannya, simpan telur di dalam bekas tertutup.

2. Sekiranya ada lebihan telur rebus, bolehlah dibuat salad dengan cara kreatif. Keluarkan telur kuning kemudian hancurkan dan campur dengan sedikit mayonis. Bentukkan kuning telur ke dalam putih telur seperti anak ayam. Ini dapat menarik anak-anak untuk menikmati hidangan ini.

3. Basuh telur sebelum menggunakannya. Amalkan membasuh telur sebelum disimpan atau digunakan bagi membersihkan telur daripada najis yang melekat ketika proses telur dikeluarkan. Mengikut hukum syarak, telur yang tidak dibasuh dikhuatiri haram dimakan.

4. Cara mudah untuk mengupas telur- bagi mengelakkan kulit melekat pada isi telur, rebus telur seperti biasa. Apabila telur sudah mengeras, ketuk kulit teluragar pecah. Biarkan terendam dalam air rebusan seketika sebelum diangkat. Ini akan memudahkan kita untuk mengupas telur.

5. Kualiti telur boleh dilihat dengan cara merendam telur dalam air yang banyak. Kita lihat bagaimana keadaan telur tersebut.
  • telur terbaring di dasar bekas beerti telur itu berat dan masih baru.
  • telur sedikit mengiring atau berdiri di dasar beerti sudah seminggu.
  • Telur terapung beerti telur itu sudah lama dan berkemungkinan busuk.
6. Beza antara satu sama lain- kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu sama lain kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi iaitu 16.20 miligram bagi setiap gram telur.



HUBUNGI SAYA:- 
 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Thursday, 30 October 2014

Punca,Tips dan Cara Atasi Masalah Pelupa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masalah pelupa berlaku bukan sahaja di kalangan lanjut usia tetapi juga bagi golongan muda. Kadang -kadang kita terlupa akan perkara penting yang perlu dilaksanakan. Ini adalah akibat daripada sifat pelupa yang menguasai diri. Mari kita lihat punca kepada masalah pelupa ini.


Punca - punca Masalah Pelupa

1) Kurang masa rehat


Sekiranya kita mendapat tidur yang cukup, otak akan menjadi sihat. Seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tetapi apabila ujian dijalankan ke atas individu ini, memori mereka sukar utuk mengingat. Rehat yang cukup amat penting pada mental dan fizikal. Otak sudah penat berfikir, Jadi haruslah diberikan rehat bagi memulihkan rasa penat berfikir seharian hilang. Fizikal juga perlu direhatkan bagi menghilangkan rasa letih setelah seharian menggunakan tenaga yang ada. Amalkan tidur sebentar jika terasa sangat lebih. Tapi janganlah tidur sampai berjam-jam pulak. Letih katanya.

2) Berdengkur


Berdengkur terjadi disebabkan salur pernafasan terganggu ketika tidur. Hal ini menyebabkan oksigen sukar  sampai ke otak selama beberapa saat. Kesan daripada itu, sel-sel otak tidak dapat berfungsi dengan baik dan akan melemahkan daya ingatan kita. Faktor terjadinya berdengkur adalah disebabkan kenaikam berat badan dan umur melebihi 40 tahun. Selalunya kes ini terjadi kepada kaum lelaki. 

3) Umur lebih dari 65 tahun


Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

4) Depression (Kemurungan)


Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang dialaminya serius,  ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

5) Mengambil pil tidur dan pil alergi


Ubat ini diambil bagi mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Namun, ubat ini boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Sebelum mengambil ubat, perlulah membuat pemeriksaan dan dapatkan nasihat daripada doktor dahulu. Pengambilan yang banyak dan kerap berisiko mengalami gangguan daya ingatan.

6) Kadar gula dalam darah tinggi


Penyimpanan memori akan terganggu jika kadar gula yang tinggi dalam darah . Penyakit ini dapat dikawal sekiranya kerap melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah.Aktiviti senaman sangat penting bagi mendapatkan gaya hidup yang ceria.

7) Penurunan metabolisme


Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Penghasilannya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan maklumat yang hendak disampaikan kepada otak.

TIPS UNTUK ATASI MASALAH PELUPA

1. Makan kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir.
2. Ambil madu sesudu dicampurkan ke dalam air suam segelas. Diamalkan setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu ( pasangan suami isteri yer)
5. Kurangkan makan termasuk benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut         mulut. 
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut 
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )

Selain daripada kaedah-kaedah ini, anda juga boleh mengamalkan suplemen Shaklee yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini dengan izinNya jua. In shaa Allah. Tidak Salah kalau kita mencuba kan?

VIVIX ATASI MASALAH ALZHEIMER

Mengapa Vivix?


Vivix mempunyai kelebihan dan khasiatnya bagi membantu :

1) Memperbaiki DNA
2) Memperbaiki tenaga sel
3) Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi
4) Jadikan kita awet muda dan kulit lambat tua tau
5) Membantu mengelakkan kanser
6) Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan melindungi jantung kita
7) Selesaikan masalah diabetes/kencing manis
8) Meningkatkan kesihatan arthritis dan melindungi saraf kita
9) Mengurangkan chances penyakit nyanyuk
10) Menbantu dalam proses penurunan berat badan
11) Menyokong kesihatan mata
12) Meningkatkan kesihatan secara keseluruhan

Vivix Shaklee


HUBUNGI SAYA:- 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Wednesday, 29 October 2014

GET CLEAN WATER | PENAPIS AIR SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

GET CLEAN WATER | PENAPIS AIR SHAKLEE

APA YANG ADA DALAM AIR?

Air pada masa kini mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Bahan kimia ini datangnya dari pencemaran industri, logam-logam berat,serta racun perosak. Bahan cemar yang berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi bagi mewujudkan cabaran kesihatan jangka panjang.

Sebagai ibu bapa,kita perlulah menyediakan air bersih buat keluarga kita supaya bahan-bahan tercemar ini tidal mengganggu kesihatan tubuh ahli keluarga kita. Kalau salah seorang ahli keluarga kita sakit,tentunya kita susah hati kan? Kita mempunyai pilihan sama ada menggunakan air yang memang dibekalkan dengan kandungan klorin yang tinggi ataupun mencari alternatif bagi mendapatkan air bersih dan menyihatkan tubuh badan.

Menurut Amerika Syarikat,dari agensi alam sekitar, air yang kita minum adalah bertanggungjawab sehingga 20% daripada pendedahan plumbum pada manusia. Mengikut laporan EPA pula menunjukkan bahawa sekurang- kurangnya 13% daripada sistem rawatan air negara telah melanggar air minum yang selamat dalam setiap 5 tahun yang lalu.

GET CLEAN WATER

Get Clean Water adalah revolusioner baru-penapisan sistem water-filtration pitcher disahkan oleh Persatuan Kualiti Air ( WQA) untuk mengurangkan sehingga 90% lead,serta berpuluh-puluh bahan pencemar yang hadir dalam air kita.

PERBEZAAN SHAKLEE


1. Selamat

* singkirkan kandungan plumbum dan kurangkan pelbagai bahan pencemar yang terkandung dalam air.


2. Mesra Alam

* Memelihara alam sekitar. Get clean water ini menggunakan sistem penuras jag air dengan blok karbon isian semula yang pertama dan kurangkan timbunan sisa. Penuras diperbuat dari arang tempurung kelapa.

3. Pilihan Bijak

* Menjimatkan kerana harganya sang at murah berbanding penapis air yang lain.






Untuk dapatkannya boleh hubungi :

012-350 4258
1122124

Kelas Nutrisi WahMillionnaire

Hari ini baru berkesempatan mengikuti kelas nutrisi yang diadakan khas buat warga WahMillionnaire. Kelas nutrisi ini membincangkan mengenai pemakanan sihat dan supplemen terbaik untuk anak-anak. Tenaga pengajarnya tentunya seorang yang pakar dalam baby nutrisi. Comel orangnya. Namanya Sarah.

Inilah Sarah

Sebenarnya memang teruja hendak ke kelas nutrisi ni sebabnya tentulah nak tambah ilmu.Tambahan pula tentang pemakanan anak yang mesti dititikberatkan. Anak - anak sekarang tidak sama dengan zaman kita dahulu. Semuanya cukup nutriennya.


Ibu - ibu zaman sekarang kebanyakannya bekerjaya. Anak- anak lebih di rumah pengasuh atau pusat jagaan yang tentunya cara penjagaannya tidak sama dengan cara kita..Betulkan?
Kadang- kadang rasa terkilan juga tidak dapat menjaga sepenuhnya anak-anak ni. Bukan tak mahu tapi terpaksa keluar bekerja demi mencari sesuap nasi buat keluarga. Tambahan pula taraf hidup semakin tinggi kini.

Berbalik pada kelas nutrisi tadi, seronok dapat jumpa dengan kawan- kawan dari group di bawah naungan neni Wan Fatihanum. Neni Hanum juga sempat berkongsi pengalaman beliau semasa lawatan ke HQ Shaklee di US. Dapat juga jumpa akak yang dikasihi yang dah lama tak jumpa, tentunya kak Maria. Selain itu kawan-kawan yang hanya dikenali di alam maya. Semuanya ramah- ramah belaka. Harapan saya agar group kita sentiasa 'keep in touch' dan akan berkumpul lagi di kelas- kelas seterusnya.
Kecil molek Neni Wan Fatihanum ni

Antara yang hadir ke Kelas Nutris



012-350 4258
1122124

Tuesday, 28 October 2014

Pengedar Sah Shaklee Jalan Kebun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Apa khabar semua viewers hari ini? Harap-harap semua sihat dan dilindungi olehNya. Macam mana hari ini? Ada aktiviti - aktiviti menarik yang boleh dikongsikan bersama? Komen aje kat bawah. Hari ni saya nak war-warkan pada pembaca-pembaca sekalian mengenai pengedar sah shaklee..

Pengedar Sah Shaklee Jalan Kebun


Buat pengetahuan pembaca-pembaca semua, saya merupakan pengedar sah shaklee Jalan Kebun. Sekiranya ingin mendapatkan vitamin Shaklee secara COD (CASH ON DELIVERY) boleh dapatkan daripada saya. Kita akan aturkan perjumpaan, bila, dimana dan masa untuk bertemu. Bila berjumpa mudah sikit untuk saya berikan konsultasi secara bersemuka selain dapat mengenali konsultan anda ini dengan lebih dekat.


Bagaimana untuk dapatkan produk Shaklee?

Jika anda ingin dapatkan produk shaklee daripada saya, anda hanya hubungi saya melalui nombor 012 3504258. Saya akan melayani anda sebaik mungkin. Urusan melalui COD memberi kelebihan kepada anda kerana konsultasi secara terus diberikan iaitu cara pengambilan vitamin yang anda. Kami mempunyai kelas nutrisi bagi memahami kepentingan sesuatu vitamin bagi penyakit yang dihadapi. Jadi, anda semua tidak per khuatir untuk berurusan dengan saya. 





HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Tanda-tanda Keguguran

Keguguran adalah kehilangan kehamilan yang berlaku sebelum 20 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran berlaku dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan (trimester pertama). Keguguran boleh berlaku sama ada secara semulajadi atau secara sukarela di mana janin dan plasenta terpisah dari dinding rahim. 


Tanda-tanda Keguguran

1. Sakit

  • Anda mungkin mengalami kekejangan di bahagian pelvis, sakit perut yang berterusan dan sakit pada bahagian bawah. Sakit yang berterusan mungkin boleh menyebabkan pendarahan berlaku. Kekejangan yang kuat juga merupakan tanda-tanda keguguran. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ini, perlu terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


2. Pendarahan

  • Berlaku pendarahan pada faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak menjadi lebih kerap atau sekali-sekala. Pendarahan boleh juga terjadi pada kehamilan yang normal. Namun begitu, pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran.

3. Ketiadaan denyutan nadi anak

  • Doktor akan mengesan denyutan jantung bayi melalui ultrasound scan. Sekiranya denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan, ia menjadi satu tanda bahawa bayi yang dikandung sudah tiada lagi.

4. Kehilangan tanda kehamilan

  • Sekiranya merasa tubuh badan kembali kepada keadaan normal dan tiada lagi tanda-tanda mabuk hamil seperti keletihan, sakit belakang, ia berkemungkinan tahap hormon badan anda telah jatuh. Ini menyebabkan hormon tadi tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.


5. Sakit Belakang

  • Ibu hamil akan berasa kejang sakit belakang dan akan merasa tidak selesa. Kesakitan yang dialami secara kerap merupakan tanda awal keguguran dan kontraksi.


6. Tiada pergerakan janin 

  • Ibu hamil perlu sentiasa memerhatikan corak pergerakan bayi sepanjang hari kerana bayi juga mempunyai tempoh waktu tidur yang kadang-kadang berlanjutan hingga ke 4 jam. Ibu hamil dinasihatkan berjumpa doktor sekiranya pergerakan bagi kurang daripada 10 pergerakan bagi tempoh 9 pagi hingga 9 malam. Namun begitu, pergerakan bayi hanya akan dapat dirasa antara minggu ke-18 dan minggu ke-24.

7. Ujian Positif bertukar menjadi negatif

  • Sekiranya ujian diambil dua pagi berturut-turut di mana pada hari pertama ujian menunjukkan positif tetapi pada hari kedua menjadi negatif. Ia bukan sahaj menjadi tanda keguguran tetapi mungkin juga berlaku kehamilan luar rahim.


8. Serviks Terbuka

  • Dalam kehamilan yang sihat dan normal, selalunya serviks bukaannya ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi. Sekiranya serviks terbuka dalam tempoh beberap minggu pertama kehamilan, risiko kepada keguguran berlaku agak tinggi.

9. Lelehan Faraj

  • Sekiranya keluar darah ketul dan tisu seperti daging yang keluar dari faraj, kemungkinan besar sudah berlaku keguguran.

10. Paras hormon hCG jatuh

  • Tahap hormon perlu dikekalkan bagi mengekalkan kehamilan. Jika tahap hCG jatuh pada awal kehamilan, risiko keguguran akan berlaku.


HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Monday, 27 October 2014

5 buah bantu kekalkan kelangsingan

Buah-buahan merupakan salah satu sumber tenaga dan nutrisi yang baik untuk tubuh. Terdapat beberapa jenis buah memiliki kandungan serat tinggi dan rendah lemak bahkan tidak mengandungi kolesterol.

Kandungan air dalam buah-buahan banyak membantu mengekalkan menjaga tahap cairan dalam tubuh. Antara buah yang membantu diet seharian adalah:


1. Avocado
* Buah bewarna hijau dengan tekstur lembut ini mengandungi lemak tidak tepu yang berkesan untuk mengekang rasa lapar.


2. Betik
* Betik kaya dengan kandungan nutrisi penting dan bermanfaat bagi tubuh kerana membekalkan garam mineral,enzim dan beberapa jenis vitamin.Kandungan kalori dalam betik juga cukup rendah.



3. Nanas
* Buah bewarna kuning ini  rasanya manis dan menyegarkan. Ia mampu menyingkirkan timbunan lemak dalam tubuh. Nanas mengandungi vitamin C,vitamin B6,tembaga,tiamin,zat besi,serat,sukrosa dan dekstrosa. Selain itu terdapat juga beberapa enzim seperti bromelin,preteiolitik dan zat penting iaitu Asid sitrik.


4. Pisang
* Isinya yang lembut mudah dicerna dan diserap oleh tubuh. Membantu mengenyangkan tubuh.



5. Anggur
* Pengambilan yang kerap membantu menurunkan berat badan. Anggur terdapat unsur piceatannol yang memiliki kemampuan untuk menghalang sell lemak yang belum matang untuk berkembang. Piceatannol baik untuk kesihatan tubuh dan mampu melawan sel, kanser,penyakit jantung dan penyakit neurodegeratif.

BASIC H PEMBERSIH SERBAGUNA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Basic H adalah pembersih yang sangat diperlukan oleh suri rumah. Ini kerana Basic H adalah pembersih serbaguna dan berkuasa yang boleh memudahkan tugasan seharian. Basic H mempunyai kepekatan yang tinggi iaitu 16 auns boleh disediakan sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air.

Basic H dapat menghilangkan kotoran,gris dan kotoran dari permukaan boleh dibasuh dalam dan luar. Perlu mengikut arahan untuk mencairkannya.


KELEBIHAN BASIC H



* Tidak perlu dibilas,tiada sisa,formula bebas coretan.
* Tiada toksik
* Bersifat semulajadi
* Kepekatannya berganda
* Bqhan surfaktan yang mampu biodegradasi.



CARA PENGGUNAAN BASIC H

1. 16 oz botol kecil ini boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat dan berkesan.
2. Untuk pembersih yang pelbagai.tambah 1/4 sudu dan 16 oz air.
3. Untuk membersihkan tingkap dan cermin,tambah 1-2 titik ke dalam 16 oz air.
4. Untuk menyahkan gris,tambah  1 1/2 sudu teh dan 16 oz air.
5. Untuk kerja yang lebih bear,tambah  2 oz kepada 1 gelen air.


PERBEZAAN SHAKLEE

1. Selamat



* tidak bertoksik
* tanpa gas beracun
* tanpa bahan kimia berbahaya
* tanpa bahan pewangi
* lembut pada tangan
* pH yang seimbang
* tanpa klorin


2. Berkesan



* Berkesan menanggalkan kotoran berminyak.
* Kepekatannya berganda iaitu 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air.
* 2 kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H. Hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.



3. Mesra Alam


* Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
*Biorosot
* Tanpa fosfat
* Bungkusannya boleh dikitar semula.
* Tanpa bahan pewarna
* Selamat untuk sistem septik dan pembentungan.



TAHUKAH ANDA????



Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.

Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve yang merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan.

Bagi mendapatkan cecair serbaguna ini bolehlah hubungi:



Zainah Mohamad
I'd 1122124
No.tell 012 350 4258



Nutriwhite | Langkah Penjagaan Wajah Agar Lebih Berseri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Penjagaan wajah amat penting bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik, gebu dan berseri. Wanita tentunya, amat menitikberatkan penjagaan wajah agar lebih berkeyakinan apabila berdepan dengan orang ramai. Selain itu, tentunya ingin menambat hati suami.

Langkah-langkah Penjagaan Wajah bersama Nutriwhite


1. NutriWhite Action Makeup Remover


  •  Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  •  Tunas pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  •  Aloe vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  •  Lembut , tidak berminyak, dan kulit lebih berseri



2. NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser

  •  Membersihkan dan menyegarkan kulit
  •  Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  •  Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  •  Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  •  Lembut dan menyegarkan


3. NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener

  • Lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu berfungsi untuk menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow untuk melembapkan kulit
  • Ianya sangat berkesan


4. NutriWhite Daily Defence Whitening Essence

  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit



5. NutriWhite Spot Whitening Treatment


  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan dari Likuoris dan Peony, amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan , melindungi serta menghilangkan radang kulit 
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit


6. NutriWhite Daytime Whitening Lotion

  • Licin, kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari.
  • Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap bertindak daripada semua sudut
  • Melindungi daripada kesan cahaya matahari 
  • Membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran



7. NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream

  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam, mengembalikan keserian wajah
  • Di waktu pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri-seri.
Dapatkannya hari ini..Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa dengan menjadi AHLI SHAKLEE.



HUBUNGI SAYA:-

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

Majlis Kesyukuran dan Tahlil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Sabtu lepas mentua mengadakan Majlis Kesyukuran dan Tahlil di Jengka 9. Majlis kesyukuran diadakan sempena menyambut kelahiran cucu baru, manakala tahlil pula kerana pemergian adik ipar perempuanku. Arwah meninggalkan kami semasa melahirkan anak yang ke-6 kerana penyakit tiroidnya sudahpun merebak dan tidak dapat diselamatkan.

Sebenarnya, saya tidak merancang untuk pulang ke Jengka disebabkan masalah tertentu. Tetapi, pagi Sabtu tu suami tetiba ajak balik. Jadi memang kelam kabut sikitla pagi tu bersiap dan mengemas pakaian yang hendak dibawa pulang. Anak-anak gembira tidak terkira bila kata nak balik kampung. Cepat aje pergi mandi.

Kami bertolak dari Shah Alam jam 10 pagi dan sampai di Jengka jam 1.30 tengah hari. Nasib baik juga sampai sebelum majlis. Majlis kesyukuran dan tahlil dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang. Mentua hanya menjemput kaum ibu-ibu sahaja untuk program Marhaban. Cucu yang nak diraikan pun cucu perempuan yang bernama Nur Iman. 

Tengok pada menunya memang menyelerakan. Nasi dagang gulai ikan tongkol, gulai ayam kampung dan acar buah. Sedap sehingga menjilat jari. Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Nasi dagang


Tepat 2.30 petang, tetamu mula memenuhi ruang tamu rumah. Ada juga kawan sekolah rendah masuk kumpulan marhaban ni. Bagus jugakan. Hidup bermasyarakat tidak kira muda atau tua, boleh aje bercampur. Sementara menunggu tetamu-tetamu yang lain, sempat juga saya beramah mesra dengan kaum ibu ini. Gembira dapat jumpa ustazah yang mengajar semasa di Sekolah Agama Rakyat dahulu. Alhamdulillah, Ustazah masih mengenali saya.

Pukul 3.00 petang acara dimulakan dengan Majlis Tahlil dan diikuti marhaban. Mendayu-dayu suara ibu-ibu ini mengalunkan marhaban. Jom saya kongsikan sikit gambar sewaktu majlis tersebut.

Majlis bercukur

Antara tetamu yang hadir

baju kuning tu sahabat lama saya

Di tengah-tengah tu ibu bayi 

Majlis selesai jam 4.30 petang. Apa yang bagusnya program-program yang dibuat di kampung ni dibuat secara bergotong -royong. Pada paginya ibu-ibu ini datang menyiapkan persiapan makanan untuk hidangan pada tetamu. Apabila selesai majlis, kaum ibu ini akan membantu tuan rumah membasuh pinggan mangkuk pula. (Maaf gambar kaum ibu membasuh lupa pulak nak snap)


Bagi tuan rumah pula, acara terakhir adalah membungkus makanan untuk diberikan kepada tetamu-tetamu dan jiran-jiran terdekat.

bungkusan buat tetamu

Bungkusan buat tetamu





HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Sunday, 26 October 2014

Faktor penyebab keguguran

Assalamualaikum dan salam sejahtera....



Keguguran berlaku kepada 8 hingga 20 % ibu mengandung.Kebanyakan kes berlaku sebelum minggu ke 13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung. 

FAKTOR PENYEBAB KEGUGURAN


Terdapat pelbagai faktor penyebab keguguran antaranya:

1. Masalah genetik : 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.

2. Masalah penyakit ibu seperti kencing manis tidak terkawal atau masalah fibroid.

FAKTOR- FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO KEGUGURAN


1.Usia ibu - ibu yang berumur lebih berisiko tinggi berbanding ibu muda
2. Merokok- merokok lebih 10 batang sehari
3. Alkohol - pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit berisiko untuk gugur.
4. Demam panas melebihi 37.80C atau lebih.
5. Pernah gugur sebelumnya- risiko untuk mengalami keguguran adalah 20%.
6. Pengambilan kafein berlebihan juga berisiko kepada keguguran.
7. Risiko kepada ibu yang mengalami stress,risiko kepada jangkitan.

JENIS -JENIS KEGUGURAN


1. Keguguran terancam - ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah rahim..
2 Keguguran lengkap- Janin keluar sepenuhnya. Sakit dan pendaran  bekurang tanpa rawatan.
3. Keguguran tidak lengkap - Janin telah gugur tetapi masih ada yang tinggal di dalam rahim.
4. Keguguran septik - ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Ia termasuklah demam panas, pendarahan faraj dan sebagainya.



Zainah Mohamad
ID : 1122124

Saturday, 25 October 2014

Kurus dan sihat dengan Shaklee

Assalamualaikum...

Selesai majlis tahlil di rumah mentua,malam ke rumah mak ayah pula..Rumah mentua dengan rumah mak ayah saya tak jauh manapun. Dalam bape minit aje. Memang macam tu la kalau balik ke kampung.Bergilir-gilir..Kejap ke rumah mentua pastu ke rumah mak ayah.

Kebiasaannya kalau balik ke rumah mak ayah saya,saya talk lepaskan peluang menikmati mee kuah di kedai abang saya. Kedainya depan rumah aje.

Dari petang hingga ke mal am makan berat aje..Lama - lama badan pun jadi berat. Tapi saya tidak bimbang kerana saya sudah siapkan set slimming asas bagi mengekalkan berat badan saya. Nak tau set asas slimming yang dimaksudkan? Ha,ini dia herblax dan lecithin.



  • Herblax bertindak sebagai detox semulajadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut. Menarik lemak yang teremulsi dari tindakan lecithin ke saluran najis. Proses membersihkan segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

  • Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.




No ID 1122124

Friday, 24 October 2014

Kelebihan Vegetarian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bukan mudah untuk menjadi seorang vegetarian.  Makanan asasinya hanyalah sayur-sayuran sahaja. Kalau saya nak makan semua jenis sayur-sayuran sahaja memang tidak mampu. Saya perlukan makanan campuran. Sayur pun kena pilih kalau hendak makan. Bagi golongan vegetarian, banyak kelebihan yang mereka perolehi terutama dari aspek kesihatan. 


KELEBIHAN VEGETARIAN

1. Turunkan Tekanan Darah

Beberapa jenis sayuran tertenti seperti timun, mampu menurunkan tekanan darah. Sekiranya  anda salah seorang yang menghidap darah tinggi, jadikan sayur sebagai ulam. Kandungan air yang tinggi di dalamnya cukup bermanfaat untuk meneutralkan tekanan darah.

2. Menyihatkan Jantung

Badan yang cergas berpunca dari jantung yang sihat. Mengambil lebih banyak sayur mampu menurunkan peningkata kolesterol , kanser, obesitidan mengelakkan masalah arteri tersumbat. Hasilnya, jantung akan menjadi sihat dan cergas.

3. Meningkatkan kesihatan Mental

Sayur-sayuran bersama buah-buahan mampu memberi banyak nutrisi penting dan bermanfaat untuk kesihatan mental sekaligus menstabilkan emosi seseorang. Individu yang gemar mengambil daging  dalam menu harian mereka mempunyai tahap emosi yang tidak seimbang seperti mudah marah, sedih dan sebagainya.

4. Kurangkan risiko kanser

Pengambilan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko terkena kanser. Kandungan zat antioksidan yang tinggi dari sayur dan buah secara tidak langsung menjauhkan potensi untuk mendapat penyakit berbahaya.

5. Elak Obesiti

Salah satu faktor yang mendorong terjadinya obesiti adalah disebabkan pola pemakanan yang salah. Walau bagaimanapunsekiranya anda penggemar sayur-sayuran maka ia mampu menghindarkan anda dari terlibat dengan masalah tersebut.  Sebanyak manapun kita makan sayur-sayuran, ia langsung tidak akan menambahkan kalori dalam tubuh.

6. Kurangkan Risiko Hormon Tidak Seimbang

Telah banyak kajian dijalankan, di mana ia menyatakan bahawa daging serta produk berasaskan haiwan adalah salah satu faktor penyebabnya.  Penyakit varium polcystic adalah salah satu penyakit ketidakseimbangan hormon yang biasa dialami oleh golongan bukan vegetarian. 


INFO


Kandungan klorofil pada sayur hijau boleh dimanfaatkan untuk merangsang pembentukan sel darah merah. Ia juga mampu meneutralkan radikal bebas yang akhirnya mengakibatkan kerosakan pada sel dalam tubuh. Pada masa yang sama, bahan antioksidan dan serat semulajadi yang terdapat di dalamnya berfungsi untuk melancarkan saluran pencernaan sekaligus menolak keluar sisa-sisa metabolisme yang tidak diperlukan oleh tubuh.


HUBUNGI SAYA:- 

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Cara atasi rambut beruban

Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia


Rambut beruban sebelum usia? Pernahkah anda mengalaminya? Apakah yang menyebabkan berlakunya rambut beruban di usia muda? Jom kita kaji sikit penyebab can cara untuk mengatasi masalah ini.

Mitos ada menyatakan mencabut uban akan menyebabkan lebih banya lagi ia akan tumbuh. Benarkah begitu? Kakak saya pun ada bagitau perkara yang sama. Bagi wanita tentunya akan risau kerana akan memberi impak yang besar pada penampilan diri. 

Pigmen kulit kepala kita dikenali sebagai melanin yang memberi kesan terhadap rambut. Semakin berusia, pengeluaran melanin akan berkurangan dalam folikel rambut. Ini akan menyebabkan rambut akan bertukar menjadi putih secara semulajadi. 

Golongan muda sering bimbang sekiranya mengalami masalah rambut putih pra-matang . Ini kerana ia bukan sesuatu yang normal berlaku di kalangan remaja atau golongan muda.

Punca-punca uban pra matang

1. Mengalami tekanan yang tinggi


Kemunculan uban sebelum masanya adalah akibat daripada gaya hidup moden yang sentiasa sibuk dan menanggung tekanan dan ketegangan sama ada berhubung pekerjaan atau peribadi.


2. Genetik

Faktor genetik memainkan peranan dalam pertumbuhan uban. Sekiranya keturunan anda iatu ibubapa atau datuk nenek anda mengalami masalah rambut yang beruban pra-matang sebelum mencecah usia tua, berkemungkinan anda juga akan mewarisinya.

3. Pemakanan yang tidak seimbang


Faktor pemakanan seimbang amat memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan rambut serta tubuh badan. Kekurangan vitamin B12 menjadi punca kepada rambut beruban.Anda dinasihatkan meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti sardin, daging, salmon, tuna, keju, dan susu.

4. Pengambilan kafein serta makanan bergoreng

Teh dan kopi merupaka minuman yang berkafein. Namun begitu kafein yang terdapat pada teh tidaklah setinggi dalam minuman kopi. Makanan bergoreng dan berempah juga merupakan faktor penyebab kemunculan rambut putih ini.

5. Tabiat yang tidak sihat

Merokok, minum minuman keras dan sebagainya boleh menyebabkan rambut beruban. Perokok tegar lebih cenderung untuk mendapat masalah rambut beruban pra-matang berbanding dengan yang tidak merokok.

6. Emosi

Uban juga boleh terjadi ketika seseorang itu mengalami gangguan emosi. Ia adalah fenomena semnetara sahaja.


Cara atasi rambut beruban

1. Pengambilan vitamin

Pertumbuhan uban dapat dicegah dengan penambahan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Pengambilan vitamin A dan B juga perlu ditingkatkan bagi mengelakkan masalah uban ini berlaku. Diingatkan juga supaya melebihkan pengambilan sayur berdaun hijau, buah-buahan berwarna kuning. 

2. Pengambilan makanan kaya dengan iodin


Ikan mengandungi kandungan iodin yang tinggi. Begitu juga dengan pisang dan lobak merah. Pengambilan makanan ini dapat menghalang rambut beruban.

3. Jus segar


Jus sayuran dan buahan yang segar diambil bagi menggantikan minuman yang tinggi kandungan gula seperti minuman ringan. Contoh jus yang baik untuk masalah rambut beruban seperti lobak merah, salad, dan alfalfa. Ia juga menjadikan rambut sentiasa sihat.

4. Sapukan inai


Ina merupakan herba yang digunakan di India dan merupakan perapi rambut yang berkesan. Penggunaan inai bukan sahaja untuk mengelakkan rambut beruban tetapi ia dapat menguatkan rambut dan menghalang rambut bercabang.

5. Gunakan aloe vera (lidah buaya)



Aloe vera sangat berkesan dalam penjagaan rambut. Caranya, hanya menggosok rambut dengan campuran aloe vera dan santan kelapa. Ia akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kemunculan kelemumur dengan meneutralkan aras pH kulit kepala dan membersihkan pori-pori. 



8. Sapukan minyak pada rambut





Sapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam bersama jus lemon. Menggosok rambut menggunakan minyak ini akan membantu menghitamkan semula rambut putih.



9. Tingkatkan pengambilan mineral




Melanin memainkan peranan terhadap rambut. Kekurangan melanin mungkin merupakan hasil daripada kekurangan mineral dan zat besi. Oleh itu, penting mengamalkan pemakanan yang seimbang bersama jumlah zat besi yang mencukupi bagi penghasilan melanin yang aktif dan sihat. Tyrosine adalah enzim yang mengandungi zat besi yang menukarkan Tyrosine menjadi melanin. Zat ini boleh didapati daripada hati lembu, cendawan, bayam, terung, asparagus, daun pudina, kentang, kacang hijau, tomato, halia dan lain-lain lagi.


Selain daripada kaedah ini, anda juga boleh menggunakan suplemen Shaklee yang terbukti dapat membantu anda mengatasi masalah rambut beruban ini. Inshaa Allah.

Antara suplemen yang dicadangkan adalah:

1. ENERGIZING SOY PROTEIN - Rambut dibina daripada protein

ESP


2. ZINK COMPLEX - Mengukuhkan rambut serta membekalkan zink

zinc complex




3. COLLAGEN POWDER -Melembapkan rambut , menghalang perpecahan rambut


Collagen powder


4. LECITHIN - Melembapkan dan menghitamkan rambut

Lecithin

5. VITA C 500 mg SUSTAINED RELEASE - Membantu meningkatkan peredaran kulit kepala

vita c sustained release



Unuk mendapatkan vitamin-vitamin ini, anda boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah.




HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124