SILA KLIK KAT SINI YE

Tuesday 9 April 2013

Risiko kegemukan


1. Purata umur

Lelaki gemuk lebih berisiko untuk mati awal berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan normal, sedangkan wanita gemuk 61% lebih tinggi daripada wanita yang mempunyai berat badan normal.

2. Kencing manis (diabetes melitus)

Hampir 80% orang gemuk menghidap penyakit kencing manis.

3. Penyakit tekanan darah tinggi

Penelitian terhadap 74,000 responden di Amerika menunjukkan terdapat hubungan antara pertambahan berat badan dengan tekanan darah tinggi. Penurunan berat badan 2 kg akan menurunkan tekanan darah sistolik 2.5 mm Hg dan tekanan diastolik 1.5 mm Hg.

4. Penyakit jantung

Hampir 70% orang yang dikesan menghidapi penyakit jantung mempunyai hubungan dengan kegemukan. Kajian membuktikan bahawa orang gemuk lebih mudah terkena penyakit jantung dibandingkan dengan mereka yang memiliki berat badan ideal. Jenis penyakit jantung yang sering terjadi ialah aterosklerosis (penyempitan pembuluh darah). Pada orang gemuk fungsi jantung akan bertambah, semakin membesar dan menjadi lemah. Apabila berat badan menurun keadaan jantung akan kembali normal.

5. Barah

Hampir separuh kes barah dikesan menyerang wanita gemuk seperti barah rahim, usus dan payudara.

6. Kemandulan

7. keputihan

8. Respiratori

Apena tidur (nafas terhenti sementara tanpa sebarangsebab) dikaitkan dengan kegemukan.

9. Penyakit kulit di lipatan paha dan payudara

10. Keracunan kehamilan

11. Gangguan pernafasan

12. Rheumatisme

13. Vena Varikos (timbul urat)

14. Hernia (penonjolan organ atau tisu di luar kaviti tubuh)

15. Batu hempedu

MASALAH ORGAN-ORGAN TUBUH DENGAN KEGEMUKAN


Berat badan berlebihan memaksa organ-organ ini bekerja keras. Badan manusia mempunyai jumlah lemak yang tertentu dalam tisu-tisunya. Kehadiran lemak tambahan ini menyebabkan ia terpaksa di simpan di bawah kulit. Kulit orang gemuk kurang berkedut berbanding orang kurus. Ia juga disimpan di dalam tisu penopang dalam abdomen, sekitar buah pinggang dan lapisan permukaan jantung.

a) Jantung
Walaupun lemak tambahan ini tidak diperlukan tetapi ia adalah tisu yang hidup dan perlu dibekalkan darah seperti tisu yang lain. Ini bermakna badan memerlukan pertambahan bilangan kapilari yang sepadan untuk membekalkan darah kepada tisu lemak ini. Beban kerja jantung akan bertambah kerana ia terpaksa bekerja mengepam darah melalui sistem salur darah tambahan pula.

b) Buah pinggang
Buah pinggang adalah organ terakhir dan terpenting sekali yang menunjukkan kesan berat badan berlebihan. Apabila banyak tisu yang terdapat di dalam badan maka lebih banyak jumlah bahan buangan yang perlu dibuang.

c) Paru-paru
Proses pembekalan oksigen dan pembuangan karbon dioksida pada paru-paru turut terganggu. Gerak balas proses ini boleh menyebabkan tisu yang membentuk darah lebih banyak menghasilkan sel darah merah dari yang diperlukan oleh tubuh. Kehadiran lemak di bahagian peparu dan di bawah diafgram boleh menganggu pernafasan dan membawa kepada masalah bronkitis.

d) Hati
Hati juga akan terjejas kerana ia berfungsi mengendalikan bahan kimia di dalam badan. Ia terlibat di dalam proses pembentukan dan pengaturan simpanan lemak di dalam tubuh. Apabila berat badan berlebihan, kerja untuk hati juga bertambah.




CALL / SMS 012-350 4258 ZAI

Friday 5 April 2013

Kekacang



Banyak juga soalan-soalan yang saya dapat berkenaan memakan kacang semasa berdiet SD2. Selalunya saya menasihatkan bahawa fasa yang selamat untuk mula memakan kacang adalah selepas waktu induksi atau selepas 2 minggu pertama ketika berdiet. Apabila melepasi fasa ini, anda boleh menghadiahkan diri anda dengan memakan 30 gram kekacang atau bijian kedalam menu pemakanan anda setiap hari dan perhatikan jika ada perubahan kepada ujian ketostix anda.

Kacang mengandungi protien, lemak dan karbohidrat dan sebahagian besar karbohidrat itu adalah fiber atau serat. Memanglah anda masih perlu mengira berapa jumlah Net Carbs yang anda perlu makan supaya tak melebihi had karbohidrat yang anda boleh makan sehari.

Kebanyakan kacang boleh diterima dan kacang macadamia mengandungi ratio tertinggi antara lemak kepada karbohidrat. Kacang gajus (cahews) dan kacang tanah (peanuts) mengandungi kandungan karbohidrat yang agak tinggi. Jadi pilihan yang baik adalah kacang macadamia, almonds, pecans, hazelnut, pine nuts dan walnuts pada waktu permulaan. Boleh juga untuk mencuba biji kuaci dan biji bunga matahari yang menambah kesedapan salads dan sayuran yang dimasak.

Kekacang dan bijian ini juga mengandungi zat makanan yang tinggi. Almonds, biji bunga matahari dan hazelnet adalah kaya dengan Vitamin E. Kacang juga mengandungi banyak zat pemakanan yang lain seperti niacin, vitamin B6, folic asid, magnesium, zink, copper dan pottasium beserta beberapa lagi zat tumbuh-tumbuhan (phyto-chemicals) termasuk bahan-bahan anti-oksida.

Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa pemakanan kacang dan bijian boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Orang yang selalu memakan kacang menghadapi kurang risiko penyakit jantung dari orang yang tidak memakan kacang atau bijian yang mengandungi minyak/lemak. Lemak monounsaturated adalah yang sebenarnya bahan yang menyebabkan kacang ini baik untuk kesihatan kita. Orang yang mengikuti diet yang rendah lemak selalunya menghindari kekacang dalam pemakanan mereka dan ini akan menghadkan diri mereka dari sumber asid lemak omega dan khasiat pemakanan yang lain.

Pastikan anda tidak memakan kacang yang disalut gula atau madu. Apabila memakan kacang, anda haruslah juga berhati-hati kerana seperti kentang goreng atau makanan segera yang lain, anda susah nak berhenti apabila sudah mula memakannya. Oleh itu jangan mengambil kacang dari tin atau kantung yang besar. Jika nak selamat, asingkan dahulu jumlah yang anda boleh makan sehari dan makan sebanyak itu sahaja.

Ini adalah lebihkurang jumlah 30 gram kekacang atau bijian yang anda boleh makan sehari:

24 biji almonds
18 biji cashews
20 biji hazelnuts
10-12 biji macadamia saiz sederhana
28 biji kacang tanah
47 biji kacang pistachios
1 sudu besar biji labu/tembikai
3 sudu besar biji bungamatahari

Baca dahulu kandungan nutrisi pemakanan kacang yang anda hendak makan, lihat saiz hidangannya dan buatlah sedikit perkiraan untuk memastikan berapa biji yang boleh anda makan sebelum memakannya.