SILA KLIK KAT SINI YE

Tuesday 26 August 2014

TIROID DAN CARA MERAWATNYA

Assalamualaikum...

Terpanggil untuk saya menulis entri ini. Untuk pengetahuan pembaca, penyakit ini membawa kesan dalam kehidupan saya. Kerana apa? Kerana suami saya telah disahkan menghidapi penyakit tiroid ini. Seminggu sebelum menyambut Ramadhan, suami mengadu kerap letih, pening-pening dan selera makan pun berkurangan. Badan pun rasa menggeletar. Jantung berdegup laju. Kami ingat hanya perkara biasa. Mungkin disebabkan penat bekerja seharian.

Dari sehari ke sehari banyak perubahan ketara berlaku. Selera makan makin berkurang. Berat badan makin susut. Saya mengesyorkan supaya suami ke klinik untuk check up. Di klinik, doktor meminta suami mendepakan tangan. Semasa mendepakan tangan doktor meletakkan kertas di atas tangan. Kelihatan kertas bergetar-getar. Menurut doktor ini merupakan salah satu simtom tiroid. Doktor menjalankan ujian darah ke atas suami dan disahkan memang menghidap tiroid.

Dalam bulan Ramadhan, suami memang tidak dapat tumpukan sepenuhnya pada kerja hariannya kerana kerap letih. Hendak memandu lama pun tidak boleh.Kepala akan rasa pening. Disebabkan itu saya mengambil inisiatif memberi suplemen kepada suami bagi membantu mengurangkan dan merawat penyakitnya. Alhamdulillah, kini makin berkurangan gejala letih, pening-pening dan menggeletar badan..

Teringat pula pada arwah adik ipar yang meninggal akibat tiroid selepas tiga hari melahirkan anak yang ke-6. Al- Fatihah buat arwah.

Mari saya kongsikan sikit maklumat mengenai tiroid ini dan cara rawatannya..



Apa itu tiroid?

Tiroid adalah satu kelenjar endokrin yang mengeluarkan hormon tiroksin atau T4  dan triodotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea  dan saluran makanan. Hormon tiroid berfungsi mengawal metabolisme badan.Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir keseluruhan badan serta merbahaya pada kesihatan. Penyakit ini selalunya lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.

Sumber:   Fuh.My 




Tiroid terbahagi kepada dua iaitu:



1. Hipertiroid

* Kadar hormon tiroid berlebihan dan terlalu aktif. Hipertiroid berpunca daripada penyakit auto imun. Hipertiroid berlaku apabila kalenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang banyak.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:



  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata terbonjol
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

Antara cadangan suplemen bagi hipertiroid adalah:

a. B-Complex - Bagi memperbaiki sistem imun & kelenjar tiroid

b. Vita Lea - Diperlukan dalam keadaan metabolik 'hiper'
c. Vita C 500mg SR - Penting dalam keadaan stress
d. Vita E - Amaun yang sedikit diperlukan
e. Omega Guard - Untuk fungsi kelenjar yang betul
f. Lecithin - Membantu pencernaan lemak


2. Hipotiroid

* Berlaku disebabkan penyakit auto imun atau Hashimoto selepas seseorang individu menjalani pembedahan. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapt dihasilkan dengan baik.

Tanda-tanda orang yang menghidap Hipotiroid



  • Keletihan
  • Kelesuan atau pergerakan lambat
  • Depresi mental
  • Mengalami masalah ingatan
  • Berat badan meningkat
  • Sembelit
  • Intoleran sejuk
  • Rambut dan kulit menjadi kering
  • Kelihatan bengkak di sekeliling mata
  • Haid yang banyak
Antara cadangan suplemen bagi hipotiroid adalah:

a. ESP - Tahap plasma rendah dikaitkan dengan hitiroid
b. Alfalfa Complex - Sebagai Iodin yang merupakan bahan asas pada hormon tiroid
c. B Complex - Memperbaiki pengoksijenan dan tenaga
d. Vita Lea - Lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral
e. Vita C 500mg SR - Dos yang rendah digalakkan
f. Ostematrix - Bagi mengurangkan PMS, mengurangkan sakit otot
g. Omega Guard - Untuk fungsi sepatutnya kelenjar tiroid
h. GLA Complex - Menstabilkan hormon



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh terus berhubung dengan saya melalui mana-mana cara di bawah.


HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

17 comments:

Unknown said...

memang bahaya tiroid ni. baguslah zai pergi klinik cepat2 untuk sahkan dan amalkan set tiroid Shaklee. Semoga suami cepat sembuh..

WAJIB BACA--> Kebenaran Menakutkan Tentang Vaksin

Unknown said...

tiroid memang xboleh dibiarkan nanti akan jadi teruk
Jom Enfuselle pula
Healthy'beautieshoppe: Enfuselle penyelamat wanita?

Unknown said...

Mak sy pernah ada tiroid sampai kene operate, msa tu x kenal shaklee lg..

Kenapa zinc pening utk tubuh kita? -->> 9 MANFAAT UTAMA ZINC COMPLEX

Unknown said...

Takutnya tengok gambar... Bahaya tiroid ni....

Jom try yang ini>>>VIVIX SHAKLEE: PENAWAR AJAIB

Unknown said...

bahaya yea tiroid neh..


jom melawat blog saya:
pelangioveralaska.blogspot.com

Unknown said...

Kalau anak lima tahun ada kelenjar tiroid ada tak.supplimen dlm btk cecair

Unknown said...

Kalau anak lima tahun ada kelenjar tiroid ada tak.supplimen dlm btk cecair

Anonymous said...

Ada tak 1 produk yg mengandungi semua supplement @ mmg kena mkn satu2 ?

Unknown said...

Apa suppliment yg bagus utk merawat tiroid?

Unknown said...

Apa suppliment yg bagus utk merawat tiroid?

Unknown said...

Boleh tolong saya tak...

Rihan said...

Vivix shaklee

Unknown said...

Tairod ni mesti kene rujuk pakar cepat2. Saya lelaki dan tairod saya sedar lambat. Mmg teruk nak ubat balik telan belanja lebih 10k. Org sekeliling saja Yg boleh nampak org Yg kene tairod ni. Beritahu dan bantu cepat2. Nasihat doktor Mmg di perlukan. Ubat kene makan ontime. Sape2 Yg Ade ahli keluarga kene tairod sama ada lelaki atau perempuan bantu lah mereka, mereka Mmg memerlukan bantuan. Kalau hyper kene makan ubat utk stabilkan tairod. Bila tairod terlalu aktif boleh menganggu emosi dan juga degupan jantung, sngt bahaya perkara ni.ini adalah pengalaman saya Yg kene hypertairod selama 4 tahun. X boleh Operate sebab bacaan tinggi. Mesti kene makan ubat. Yg Ade simptom tairod cepat2 cek dgn pakar.

Miss M said...

Saya antara pesakit hipertiroid daripada tahun lepas tapi tak pernah sedar sehingga lah keluarga perasan perubahan pada mata saya kelihatan besar sebelah dan terus check hosp. sekarang dah 7 bulan ulang alik hosp. saya uni student terpaksa berpindah hosp ke negeri lain sebab ipt di sebelah utara. alhamdulillah tiada bengkak pada leher tapi doc sentiasa mengatakan darah tiroid masih aktif dan tidak turun. nak minta tolong kalau ada apa2 suggestion. Terima Kasih :)

Azzhhsym said...

Assalamualaikum sis nak tanya saya rasa sesetengah simptom di atas ada pada diri saya tapi selain cara berjumpa dengan doktor apakah cara lain yg boleh menyembuhkan penyakit ini tp setakat inibsaya belum pernah berjumpa dengan doktor jadi saya ingin bertanya doktor apakah yg perlu saya jumpa?

Unknown said...

Assalamualaikum.. tyroid memang menyakitkan..bangun pagi nak telan air pun sakit..ni kata pelanggan tetap saya. Jika anda berminat mencuba alternatif minyak kelapa dara (coldpressing)boleh wasap


0192035395
minyaknyok.blogspot.com

Unknown said...

salam bole ke penyakit ni pulih tanpa operation..?