SILA KLIK KAT SINI YE

Monday 14 January 2013

Bahana Perut Buncit

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal kaum lelaki ialah 90cm dan bagi wanita adalah 80cm. Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.