SILA KLIK KAT SINI YE

Monday, 24 November 2014

Anak Muda Cari Cara Turunkan Bacaan Kencing Manis Yang Dihadapi Ibunya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kasihan bila mengenangkan kepayahan seorang anak muda yang berusaha mencari cara turunkan bacaan kencing manis yang dihadapi oleh ibunya. Menurut doktor yang merawat ibunya memberitahu bahawa kencing manis yang dihadapi ibunya sangat tinggi. Jadi,ibunya perlu menurunkan bacaan kencing manisnya supaya tidak memberi kesan kepada buah pinggangnya kemudian hari.

Mendengarkan khabar berita doktor itu, anak muda ini begitu resah dan runsing. Beliau tidak mahu kehilangan ibu yang sangat dikasihinya. Beliau berusaha menggunakan perkhidmatan pakcik google dan mula menaip cara turunkan bacaan kencing manis. Alhamdulillah katanya kerana menemui kaedah penyelesaian kepada masalah yang menimpa ibunya.

Antara tanda-tanda penyakit kencing manis adalah:

1. Paras gula darah tinggi

Sekiranya anda mempunyai paras gula darah tinggi,anda perlu kerap membuat ujian bagi mengetahui paras gula darah. Selepas makan selalunya paras gula darah secara semulajadi akan meningkat.

2. Dahaga yang berpanjangan dan kerap membuang air kecil pada waktu malam.

Sekiranya anda kerap ke bilik air pada waktu malam dan diikuti dahaga yang berpanjangan,ia boleh menjadi gejala diabetes. Apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah ping gang akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut.

3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi,boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat. Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekalkan glukosa dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga.

4. Sentiasa rasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti biasa,glukosa tidak akan dapat diproses oleh badan seperti biasa dan menyebabkan tahap gula dalam darah kadang-kadang menurun. Jika gula dalam darah menu run secara tiba-tiba,badan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.

5. Luka lambat sembuh

Ia berlaku disebabkan saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak dalam urat dan arteri. Ia menyukarkan penyembuhan luka pada anggota badan.

6. Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya perlu berhati-hati dengan jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes akan melemahkan imunisasi.

7. Kerosakan saraf pada tangan dan kaki.

Sekiranya tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama,kerosakan saraf akan kekal.

Bagaimana cara turunkan bacaan kencing manis?

Vivix dapat membantu menurunkan bacaan kencing manis kerana mempunyai khasiatnya yang istimewa.

1. Membaiki dan melindungi sel dalam badan.
2. Melambatkan proses AGE dalam badan.
3. Memberi tenaga
4. Sebagai anti penuaan