SILA KLIK KAT SINI YE

Showing posts with label set kesuburan shaklee. Show all posts
Showing posts with label set kesuburan shaklee. Show all posts

Friday, 29 August 2014

Hamil Luar Rahim | Gejala dan Risikonya

Assalamualaikum wbt...
Salam Sejahtera..

Ketika saya mendapat idea menulis tentang tajuk ini, saya teringat kepada rakan seangkatan dalam bisnes Shaklee. Beliau pernah mengalami hamil luar rahim. Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau. Dalam keadaan sakit, beliau masih boleh lakukan bisnes walau keadaannya sangat tertekan ketika itu.

Apakah itu Kehamilan Luar Rahim

Ia juga disebut sebagai Ectopic pregnancy. Ectopic itu sendiri bermaksud tempat yang salah. Sebagaimana kita tahu, kehamilan sepatutnya bermula dan membesar di dalam rahim, tetapi dalam kes begini, ianya terjadi di luar rahim.


Dalam kebanyakan kes, (hampir 95%) persenyawaan tersebut berlaku di bahagian tiub fallopio yang boleh menyebabkan pendarahan berlaku. Jika ianya dibiarkan, tiub fallopio boleh rosak dan kemungkinan untuk pecah adalah sangat tinggi. Ada juga kes-kes terpencil persenyawaan berlaku di bahagian ovari, serviks dan abdomen. Namun, yang penting tempat tersebut (selain rahim) adalah tidak sesuai untuk menyokong perkembangan janin serta urinya yang makin lama makin membesar. Kerana tidak mahu membahayakan ibu hamil, doktor akan sarankan pmebedahan segera dilakukan.

Tanda Anda Berkemungkinan Hamil Luar Rahim

  1. abdomen atau pelvis anda sangat sakit sehingga tidak mampu berdiri
  2. pendarahan faraj yang tidak normal, berwarna coklat. Ada yang mengatakannya seperti warna jus prun
  3. lambat datang haid
  4. muka pucat
  5. berpeluh, rasa seperti mahu pitam
  6. najis berdarah

 

Siapa Yang Berisiko Hamil Luar Rahim

  1. anda yang pernah mengalami hamil luar rahim sebelum ini
  2. pernah menjalani rawatan kesuburan
  3. mengidap endometriosis
  4. rahim atau tiub fallopio berbentuk tidak normal
  5. pernah menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron
  6. merokok
  7. berumur lebih dari 35 tahun

Bagaimana Kandungan Luar Rahim Boleh Dikesan

Sebenarnya ramai juga yang tidak sedar dirinya hamil, tetapi tiba-tiba faraj mengeluarkan darah berwarna coklat pekat. Keadaan yang lemah dan sakit yang amat sangat mendorong pesakit ke hospital dan di sana barulah mereka mengetahui bahawa mereka hamil luar rahim.
Walaubagaimana pun, bagi yang tahu diri mereka positif kehamilan, doktor boleh mengagak bahawa ibu tersebut berkemungkinan hamil luar rahim jika kantung bayi tidak dapat dikesan menggunakan ultra sound. Simptom-simptom lain pada ibu hamil seperti pucat, sakit di bahagian pelvis megesahkan berlakunya kehamilan luar rahim dan seterusnya doktor akan memeriksa menggunakan laparoskop.

Adakah Kehamilan Luar Rahim Dapat Dirawat

Pengesanan awal adalah sangat penting. Doktor mungkin akan menyuntik methotrexate ke dalam karung supaya badan anda dapat menyerap kandunga tersebut dengan semulajadi.
Jika kandungan telah membesar, doktor akan nasihatkan anda untuk membedahnya keluar.

Peluang Hamil Masa Akan Datang

Walaupun kehamilan seterusnya juga berisiko, namun semuanya bergantung kepada kuasa Allah. Ramai juga yang hamil kembali dan kandungannya normal.
Namun, tidak dapat dinafikan kerosakan yang berlaku pada tiub fallopio berkemungkinan menyebabkan anda sukar hamil dan menurunkan tahap kesuburan anda.
Baca juga info mengenai HAID LEWAT TAPI UPT NEGATIF
Jika anda dah lama menanti kehadiran cahaya mata, jom cuba Set Kesuburan Shaklee
Jimat dan gandakan wang anda dengan menyertai kami dengan berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE


HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

Wednesday, 6 August 2014

Set Kesuburan Shaklee

Set Kesuburan Shaklee mambantu pasangan suami isteri yang inginkan zuriat setelah mendirikan rumahtangga. Anak merupakan pengikat kasih sayang antara suami isteri. Dengan kehadiran zuriat ia akan menambah lagi penyeri dalam rumahtangga.

Set kesuburan Shaklee terdiri daripada set untuk suami dan set untuk isteri. Masalah ketidaksuburan suami isteri selalunya berlaku akibat pemakanan, persekitaran dan gaya hidup. Terdapat banyak faktor yang menjadi puncan kepada ketidaksuburan di kalangan suami isteri.


Punca Suami Isteri Tidak Subur:

  • tiub fallopio tersumbat
  • sperma yang tidak sihat
  • sperma tidak mencukupi
  • amalan pemakanan tidak sihat
  • berat badan terlalu kurang 
  • berat badan berlebihan
  • kitaran haid yang tidak teratur
  • penyakit kelamin
  • pengambilan alkohol secara berlebihan
  • pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu kesuburan

Dah tau punca...kena ada jalan penyelesaian kan??? ha...kena tau jugak macam mana kita nak tambahkan kesuburan bagi pasangan suami isteri ni...

Bagaimana tingkatkan kesuburan suami isteri:


  • Makan perlu beringat...jangan semua nak tarah. Ambil pemakanan yang sihat. tau x?cuba tengok kat sini...pemakanan sihat
  • Bagi wanita, 3 bulan sebelum rancang nak mengandung, amalkan pengambilan asid folik sebanyak 400mcg.
  • Jangan makan fastfood
  • pastikan period teratur. 
  • Bagi lelaki, amalkan zinc untuk beri tenaga pada sperma

Apakah asid folik?


Asid folik merupakan salah satu vitamin yang berada dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, yis dan estrak daging. Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada cacat dalam sistem sarafnya. Suplemen Shaklee yang mengandungi asid folik adalah B Complex iaitu 200 mcg. Selain itu, anda juga boleh tambahkan Vitalea  yang juga mengandungi 200mcg asid folik.

 


Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin juga mengandungi asid folik. Sekiranya anda pasti bahawa makanan harian anda mencukupi khasiatnya... tak perlula anda ambil tambahan suplemen vitalea.... :)

Kat sini saya nak memperkenalkan kepada anda set kesuburan Shaklee untuk wanita.



B complex membekalkan asid folik, manakala GLA Complex membantu mengatasi masalah kesuburan wanita , mengatasi masalah hormon yang tidak stabil, membantu masalah senggugut dan hal-hal kewanitaan.


Set kesuburan lelaki terdiri daripada zink dan vitamin E. Zink Complex membantu meningkatkan daya seksual manakala Vitamin E melindungi dan meningkatkan kesihatan sel tubuh.





Jangan tunggu lagi...order tanpa was-was.. macam mana nak order????semudah abc.







HUBUNGI SAYA: Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 (Zainah Mohamad)
ID Shaklee : 1122124