SILA KLIK KAT SINI YE

Showing posts with label TIPS KULIT CANTIK. Show all posts
Showing posts with label TIPS KULIT CANTIK. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

TIPS MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH


Assalamualaikum semua.

Ramai yang tidak mengambil berat berkenaan kebersihan kulit wajah. Bagi mereka yang menjaga penampilan wajib setiap malam sebelum masuk tidur, mereka akan membersihkan wajah dan menyapu krim untuk memastikan kulit wajah halus. Ini merupakan sebahagian keperluan yang diberitahu dalam hampir semua set penjagaan kulit wajah. Jadi, nak cantik punya pasal, kita pun ikut sahaja kan.

basuh muka


Memandangkan membersih wajah telah menjadi aktiviti rutin kita sejak kecil, maka proses pembersihan kulit wajah tidaklah menjadi sesuatu yang sukar dan janggal untuk kita lakukan. Ianya sama seperti kita memberus gigi.Tetapi, sekerap mana pun kita mencuci kulit wajah atau selama manapun pengalaman membersihkan wajah, pastinya kita ada melakukan kesilapan dalam membersihkan wajah kita.

Membersih muka dalam keadaan badan yang letih dan penat akan membuatkan kita membersih dengan tergesa-gesa dan ini boleh mencedarakan wajah berbanding membantu membersihkannya. Jadi, saya akan kongsikan tips yang berguna untuk  mengelakkan kita dari mencederakan kulit wajah kita. Setelah itu, kita juga boleh menyapu losyen pelembap dan lain-lain untuk menjadikan wajah lebih gebu dan cantik berseri.


TIPS MEMBERSIHKAN WAJAH YANG BETUL


Sumber air
  • Pastinya kita terbiasa mendengar bahawa air yang bersuhu tinggi dari air biasa akan membantu membuak liang pori dan ini akan membuatkan kekotoran dan sisa alat mekap senang ditanggalkan semasa membasuh muka. Sebenarnya fakta ini belum lengkap sepenuhnya. Air yang lebih panas BUKAN membuka liang pori, tetapi air yang suam akan memudahkan keotoran ditanggalkan. Malang sekali bagi mereka yang menggunakan air panas untuk membasuh muka kerana ini akan menyebabkan kulit makin kering dan  keras. Jadi, seeloknya kita dapat membilas kulit wajah kita dengan air suam.
Cara Mencuci
  • Apabila anda telah membasahkan muka anda, anda akan mula menyapu krim pembersih muka dan anda perlu membuihkannya. Buat urutan muka denagn pembersih muka tersebut dengan gerakan membulat dari pusat muka kita. Lebihkan masa membuat urutan di zon T kerana kawasan ini yang menghasilkan lebih banyak minyak berbadaning bahagian yang lain. Kita juga disarankan untuk membersihkan kawasan sepanjang anak rambut kerana dibimbangi peluh-peluh yang masih bersisa. Jadi, kita perlu memastikan pencuci muka berbuih dengan baik dan mencukupi. Sebaiknya teruskan mengurut wajah anda selama 30 saat. Sekiranya berlaku penggelupasan, anda tidak perlu mengurut dengan terlalu keras kawasan tersebut keran ini akan mengakibatkan penggelupasan tersebut makin teruk.

Membilas dan Mengelap Wajah

  • Setelah proses mengurut wajah selesai, bilas semua buih sabun pencuci dengan air yang banyak seolah-olah menyimbah keseluruhan wajah menggunakan tangan anda untuk memastikan bahan pembersih tadi tidak tertinggal.Jangan lupa tepi muka dan kawasan sekitar hidung dan telinga anda.Ramai yang cenderung untuk terlepas pandang bahagian tepi muka mereka yang membawa kepada sisa sabun yang akan membina dan boleh menyebabkan jerawat. Kemudian, keringkan wajah anda dengan dengan tuala yang bersih. Jangan bilas sabun atau mengeringkan muka anda dengan mengelap dengan kain. Menggosok dengan kain yang boleh merengsakan, meregangkan dan menyebabkan kedutan pada kulit.Dengan usapan lembut, keringkan muka anda sehingga selesai.

Bagi anda yang masih tertanya-tanya produk apakah yang bersesuaian dengan kulit wajah anda, saya cadangkan anda menggunakan Nutriwhite dari Shaklee.




Nak tahu lanjut tentang Nutriwhite? Rujuk entry NUTRIWHITE ini. Memang best. Nutriwhite juga didatangkan dengan Set Penjagaan Wajah yang lengkap.
 
Credit : sihatcunmelecun


HUBUNGI SAYA:- 

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Tips Kulit Cantik Tanpa Solekan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kalau sebelum ini saya telah menyediakan entri TIPS MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH, kali ini saya akan bercerita bagaimana cara untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa perlu bermekap. 

Masih ingat lagi sewaktu saya memulakan bisnes krim kecantikkan. Ramai dikalangan rakan-rakan saya yang berminat nak cuba sebab hasilnya, anda tidak perlu bermekap untuk ke pecabat. Kulit akan jadi lebih gebu dan sangat cantik halus. Tapi malangnya krim tersebut tidak mendapat kelulusan KKM dan ada beberapa isu lain. Jadi, bisnes krim kecantikkan berhenti di situ.




Golongan wanita dilihat sering mengabaikan penjagaan kulit mereka apabila mereka terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian. Jangan kan kata nak bersolek, mencuci muka pun sudah cukup bagus bagi golongan sebegini. Tetapi bagi wanita yang mengambil berat untuk mengekalkan kulit yang cantik dan segar penjagaan wajah adalah sangat mustahak dan sekiranya mereka boleh tampil tanpa sebarang bantuan kosmetik, di khalayak ramai maka itu adalah suatu kepuasan dan kebanggaan buat diri sendiri.

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips penjagaan kulit setiap hari supaya anda boleh kelihatan cantik dan segar tanpa sebarang solekan.

TIPS PENJAGAAN KULIT AGAR BEBAS SOLEKAN


  • Tips pertama adalah mengamalkan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air masak akan membantu menghilangkan toksin dalam badan anda dan menghalang pertumbuhan jerawat pada muka anda. Saya pernah kongsikan didalam entri TIPS KULIT CANTIK yang ada menceritakan kepentingan air untuk badan.

  • Walaupun selewat mana anda pulang dan sepenat mana anda setelah seharian bekerja, jangan lupa untuk membuang solekan anda setiap hari sebelum anda tidur. Jangan tidur dengan solekan kerana ia akan menyekat liang dan menyebabkan jerawat dan bintik hitam di muka anda. Mahal tau kalau nak buat facial untuk buang black head. Lebih dari RM100. Anda boleh mencuba Gentle Action Makeup Remover  dari rangkaian Set Nutriwhite Shaklee. Ia juga mampu menjadikan kulit anda lebih licin, lembut dan berseri.
  • Produk seperti toner, pelembap dan losyen memainkan peranan yang penting dalam penjagaan wajah. Anda juga boleh menggunakan krim mata pada bahagian bawah mata (eye bag) anda sebelum anda tidur. Untuk penjagaan harian, anda boleh mencuba Overnight Renewal Whitening Cream juga dari Set Nutriwhite Shaklee. Krim ini bertindak memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur. Bahan terkandung dalam krim ini adalah Linden yang menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam. 
  • Setiap waktu pagi dan malam, amalkan pengggunaan tuala sejuk (dibasuh dengan air sejuk dan simpan di dalam peti sejuk anda) untuk mengelap seluruh muka anda. Ini membantu menjaga ton warna kulit menjadi lebih sekata selain dari menjadikan kulit anda segar!
  • Anda juga boleh mencuba masker daripada madu yang anda buat sendiri . Berbanding dengan yang kita beli dengan harga RM10 untuk 3 paket tu. Sebab, madu ternyata dari sumber yang asli dan masker ini juga boleh menjadi antibiotik semulajadi dan baik untuk rawatan jerawat. Bagaimana caranya? Anda hanya perlu membasuh muka dan dengan hujung jari anda, sapukan madu pada seluruh muka anda dan tunggu selama 30 - 60 minit. Basuh muka dan keringkan dengan tuala yang bersih.

Bagi anda yang sedang tercari-cari set penjagaan kulit tanpa bahan kimia, dengan kelulusan KKM, dan disahkan halal oleh badan yang diiktiraf oleh Jakim, NUTRIWHITE memang menjanjikan pengalaman yang berbeza buat anda. 



Bayangkan 1 tiub pencuci muka boleh bertahan sehingga 4 bulan! Sangat berbaloi untuk setiap wang anda.

Bertindak sekarang dengan membuat pesanan produk Nutriwhite. Saya bersedia menerima tempahan anda pada bila-bila masa kerana kedai Shaklee saya beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
 
 


HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124