SILA KLIK KAT SINI YE

Thursday 28 August 2014

TIPS MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH


Assalamualaikum semua.

Ramai yang tidak mengambil berat berkenaan kebersihan kulit wajah. Bagi mereka yang menjaga penampilan wajib setiap malam sebelum masuk tidur, mereka akan membersihkan wajah dan menyapu krim untuk memastikan kulit wajah halus. Ini merupakan sebahagian keperluan yang diberitahu dalam hampir semua set penjagaan kulit wajah. Jadi, nak cantik punya pasal, kita pun ikut sahaja kan.

basuh muka


Memandangkan membersih wajah telah menjadi aktiviti rutin kita sejak kecil, maka proses pembersihan kulit wajah tidaklah menjadi sesuatu yang sukar dan janggal untuk kita lakukan. Ianya sama seperti kita memberus gigi.Tetapi, sekerap mana pun kita mencuci kulit wajah atau selama manapun pengalaman membersihkan wajah, pastinya kita ada melakukan kesilapan dalam membersihkan wajah kita.

Membersih muka dalam keadaan badan yang letih dan penat akan membuatkan kita membersih dengan tergesa-gesa dan ini boleh mencedarakan wajah berbanding membantu membersihkannya. Jadi, saya akan kongsikan tips yang berguna untuk  mengelakkan kita dari mencederakan kulit wajah kita. Setelah itu, kita juga boleh menyapu losyen pelembap dan lain-lain untuk menjadikan wajah lebih gebu dan cantik berseri.


TIPS MEMBERSIHKAN WAJAH YANG BETUL


Sumber air
  • Pastinya kita terbiasa mendengar bahawa air yang bersuhu tinggi dari air biasa akan membantu membuak liang pori dan ini akan membuatkan kekotoran dan sisa alat mekap senang ditanggalkan semasa membasuh muka. Sebenarnya fakta ini belum lengkap sepenuhnya. Air yang lebih panas BUKAN membuka liang pori, tetapi air yang suam akan memudahkan keotoran ditanggalkan. Malang sekali bagi mereka yang menggunakan air panas untuk membasuh muka kerana ini akan menyebabkan kulit makin kering dan  keras. Jadi, seeloknya kita dapat membilas kulit wajah kita dengan air suam.
Cara Mencuci
  • Apabila anda telah membasahkan muka anda, anda akan mula menyapu krim pembersih muka dan anda perlu membuihkannya. Buat urutan muka denagn pembersih muka tersebut dengan gerakan membulat dari pusat muka kita. Lebihkan masa membuat urutan di zon T kerana kawasan ini yang menghasilkan lebih banyak minyak berbadaning bahagian yang lain. Kita juga disarankan untuk membersihkan kawasan sepanjang anak rambut kerana dibimbangi peluh-peluh yang masih bersisa. Jadi, kita perlu memastikan pencuci muka berbuih dengan baik dan mencukupi. Sebaiknya teruskan mengurut wajah anda selama 30 saat. Sekiranya berlaku penggelupasan, anda tidak perlu mengurut dengan terlalu keras kawasan tersebut keran ini akan mengakibatkan penggelupasan tersebut makin teruk.

Membilas dan Mengelap Wajah

  • Setelah proses mengurut wajah selesai, bilas semua buih sabun pencuci dengan air yang banyak seolah-olah menyimbah keseluruhan wajah menggunakan tangan anda untuk memastikan bahan pembersih tadi tidak tertinggal.Jangan lupa tepi muka dan kawasan sekitar hidung dan telinga anda.Ramai yang cenderung untuk terlepas pandang bahagian tepi muka mereka yang membawa kepada sisa sabun yang akan membina dan boleh menyebabkan jerawat. Kemudian, keringkan wajah anda dengan dengan tuala yang bersih. Jangan bilas sabun atau mengeringkan muka anda dengan mengelap dengan kain. Menggosok dengan kain yang boleh merengsakan, meregangkan dan menyebabkan kedutan pada kulit.Dengan usapan lembut, keringkan muka anda sehingga selesai.

Bagi anda yang masih tertanya-tanya produk apakah yang bersesuaian dengan kulit wajah anda, saya cadangkan anda menggunakan Nutriwhite dari Shaklee.




Nak tahu lanjut tentang Nutriwhite? Rujuk entry NUTRIWHITE ini. Memang best. Nutriwhite juga didatangkan dengan Set Penjagaan Wajah yang lengkap.
 
Credit : sihatcunmelecun


HUBUNGI SAYA:- 

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124