SILA KLIK KAT SINI YE

Tuesday 16 October 2012

10 Rutin Penting ketika Berdiet dengan SD2


10 RUTIN PENTING HARIAN KETIKA BERDIET DENGAN SD2

1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN - Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan saiz yg kecil


2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGAAnda Juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar


3. MAKAN PROTEIN YANG CUKUP Makan protien dalam bentuk lauk-pauk seperti ikan, daging, telur, itik , makanan laut dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa, bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan meminum SD2 sebanyak 2 scoop setiap kali 4 kali sehari


4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35gram KARBOHIDRAT SETIAP HARI Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20gram karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda boleh mengambil sehingga 35gram karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai kadar karbohidrat yang kritikal untuk membakar lemakdan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancar. Sebenarnya, 35gram karbohidrat itu sudah terkandung di dalam karbohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan ianya tidak melebihi had 35gram karbohidrat setiap hari.


5. ELAKKAN DARIPADA MEMAKAN SEMUA JENIS BUAH-BUAHAN,ROTI,PASTA,BIJIRIN ,SAYURAN BERKANJI,KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YG DIPERBUAT DARIPADA TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET


6. MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 LITER (8 GELAS) AIR MINERAL ATAU LEBIH SETIAP HARI


7. HINDARI MINUMAN YANG BERGULA DAN BERKAFIEN SEPERTI KOPI,TEH, MINUMAN RINGAN


8. KIRA SETIAP PAKET PEMANIS TIRUAN SEBAGAI 1gram KARBOHIDRAT - 
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia adalah lebih organik dan semulajadi


9. APABILA ANDA MAKAN DILUAR, MAKA BERHATI-HATI DENGAN KARBOHIDRAT YANG TERSEMBUNYI Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati di dalam kuah (gravies), sos dan dressings.


10. BACA LABEL PEMAKANANPastikan anda membaca label pemakanan yang terdapat pada bungkusan atau botol untuk memastikan kuantiti karbohidrat yang terkandung di dalam makanan


Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan bersungguh-sungguh pada 2 minggu pertama setiap peraturan -peraturan yang telah dinyatakan untuk berjaya. Lakukanlah dengan sepenuh hari dan jiwa setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum anda melakukan versi peraturan anda sendiri