SILA KLIK KAT SINI YE

Showing posts with label anemia. Show all posts
Showing posts with label anemia. Show all posts

Monday, 29 September 2014

Gejala Anemia dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Anemia terjadi apabila seseorang itu tidak memiliki sel-sel darah merah yang kuat dan bertenaga untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Sel-sel ini mungkin kekurangan hemoglobin yang cukup. Hemoglobin merupakan sejenis protein yang memberikan warna merah kepada darah.


Antara gejala-gejala yang sering dihadapi oleh pesakit anemia adalah:


  • Keadaan yang lemah
  • Pening
  • Kulit kelihatan pucat
  • Sering mengalami sakit kepala
  • Rasa kebas atau seram sejuk pada tangan dan kaki
  • Suhu badan menjadi rendah


Faktor-faktor Risiko Anemia:


  • Wanita dan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti sakit buah pinggang
  • Wanita yang kehilangan darah yang banyak sewaktu haid boleh menjadi anemik
  • Kehamilan
  • Diet rendah zat besi, folat atau vitamin B12
  • Penyakit keturunan

Antara penyebab kepada anemia adalah:


  1. Pengambilan zat besi yang rendah - sesetengah makanan dan ubatan boleh menghalang penyerapan zat besi apabila di ambil dengan makanan yang kaya dengan besi. Ia termasuklah tenusu, makanan kaya kalsium, kopi dan teh.
  2. Kekurangan vitamin - Tubuh memerlukan vitamin B12 dan folat bagi menghasilkan sel-sel darah merah. B12 terdiri daripada haiwan dan bijirin sarapan manakala folat pula terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang yang dikeringkan.
  3. Penyakit kronik atau jangkitan 
  4. Anemia aplastik - diakibatkan oleh sumsum tulang yang tidak menghasilkan sel-sel darah sepenuhnya untuk dibekalkan pada tubuh.
  5. Kehilangan darah - akibat haid, ulser, kecederaan atau pembedahan.
  6. Talasemia menyebabkan tubuh yang menghasilkan sel-sel darah merah sihat lebih rendah dan kurang hemoglobin.

Cara mengatasi anemia adalah dengan:

  1. Pengambilan daging rendah lemak- dapat meningkatkan hemoglobin dan kaya dengan zat besi.
  2. Sayuran seperti sawi, brokoli, bayam, ubi, kacang polong hijau, kacang merah, lobak, dan kentang.
  3. Buah-buahan seperti epal, plum, anggur dan sebagainya.
  4. Kacang almond memberikan zat besi pada tubuh.
  5. Kuning telur  dicampur dengan air daun bawang.
  6. Hati ayam 



Selain daripada cara-cara di atas, terdapat juga suplemen yang dikhaskan untuk mengatasi anemia, antaranya:


1. Vita-lea Iron Formula : Mengandungi zat besi dan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat

2. Sustained Release Vita - C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi serta pengeluaran hemoglobin. 


3. B Complex : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Dilengkapkan dengan 8 vitamin termasuk B12 dan folat.


4. Energizing Soy Protein (ESP) - Membantu bdan menghasilkan darah kerana ia sumber protein yang hebat. Selain itu memberikan tenaga kepada tubuh yang lemah.

Untuk mendapatkan suplemen- suplemen di atas, boleh terus hubungi saya melalui:


Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Wednesday, 28 May 2014

Keperluan zat besi untuk HB rendah

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Manusia memerlukan kira-kira 15mg zat besi setiap hari. Namun keperluan tersebut akan meningkat apabila diri disahkan hamil. Ketika hamil, zat besi yang lebih tinggi diperlukan bagi menyokong kesihatan dan keperluan ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Sekiranya zat besi tidak mencukupi, penghasilan hemoglobin (HB) bagi ibu dan bayi akan terganggu dan menyebabkan beberapa komplikasi berlaku kepada ibu dan bayi. Paras HB yang dikatakan rendah apabila bacaannya kurang daripada 11.0gm/dl.


Punca HB Rendah


HB rendah adalah disebabkan diet harian ibu yang kurang bekalan zat besi. Ia juga berkemungkinan disebabkan oleh jarak kehamilan yang terdahulu dan kini dekat. Pengeluaran darah haid yang banyak sebelum hamil juga menjadi penyebab berlakunya HB rendah.

                           
Antara lain penyebab kepada masalah anemia atau HB rendah adalah seperti berikut:
* kurang asid folat
* berlaku pendarahan
* penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
* peningkatan dalam isipadu darah
* kehilangan darah daripada pendarahan buasir

Risiko untuk Ibu dan Bayi


Kedua-dua ibu dan bayi berkemungkinan besar akan mendapat beberapa komplikasi akibat daripada kekurangan zat besi

Risiko Untuk Ibu

* ibu hamil sering kali pitam dan mudah pengsan
* boleh mengalami keguguran
* kegagalan fungsi jantung yang boleh menyebabkan kematian
* tumpah darah ketika hamil dan melahirkan
* mudah mendapat penyakit berjangkit


Risiko Untuk Bayi

* pertumbuhan janin terbantut
* lahir tidak cukup bulan
* berat bayi yang dilahirkan kurang dari 2.5kg
* meninggal ketika dilahirkan
* lemas ketika dilahirkan
                                                 

Kepentingan HB yang Normal Ketika Hamil


Ketika kandungan kurang dari 5 bulan

Ketika ini bayi sedang dalam proses pembentukan jantung dan beberapa organ seperti kepala, tangan, otak dan beberapa organ lain. Kemungkinan berlaku keguguran di peringkat ini sekiranya bacaan HB kurang daripada 11g.

Kemungkinan jantung tidak terbentuk dengan sempurna

Sekiranya HB kurang daripada 11, kemungkinan anggota badan bayi seperti tangan dan kaki tidak sempurna
Jika jantung dan segala sifat terbentuk dengan sempurna, berkemungkinan bayi yang dilahirkan agak lambat dari segi progress berbanding kanak-kanak sebaya mereka.

Ketika kandungan 5 hingga 7 bulan

Walaupun ketika ini bayi sudah pun lengkap semua anggota, kemungkinan untuk berlaku komplikasi tetap ada sekiranya bacaan HB rendah. Kematian bayi dalam kandungan boleh berlaku akibat kegagalan fungsi jantung berdegup dengan normal.

Ketika kandungan 7 bulan ke atas

Sekiranya ketika ini bacaan darah masih lagi rendah, risiko kematian bayi di dalam kandungan masih lagi ada kerana  jantung masih lagi bergantung kepada kepekatan darah untuk berfungsi. Ada juga kes bayi dilahirkan awal dan berat bayi kurang akibat daripada kekurangan zat besi dalam badan.

Adakah Anemia atau HB Rendah Boleh Dirawat?

Sudah tentu boleh dirawat. Caranya ialah;

Ambil makanan yang tinggi zat besi seperti daging lembu (bahagian isi), daging ayam, kerang, ikan bilis (jangan dibuang kepalanya), sayuran hijau, kismis, prun dan kekacang.
Jangan ambil makanan tinggi zat besi atau pun pil zat besi bersama-sama kopi atau minuman berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan secara optimum.
                                 

Vitalea Iron Formula Bantu Meningkatkan Bacaan HB Ibu Hamil


Vitalea ialah sejenis vitamin lengkap dengan zat besi dan bertindak sebagai multivitamin terulung. Dirumus khas dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting yang membekalkan tenaga dan juga kesihatan luar dan dalam.

Vitalea yang dilengkapi dengan zat besi sangat sesuai diambil oleh ibu hamil yang mempunyai masalah bacaan HB yang rendah. Dengan Vitalea anda tak perlu lagi gigih nak makan daging atau kerang setiap hari. Sebotol mengandungi 120 biji dan bertahan selama 2 bulan jika anda menghadapi bacaan HB yang kronik. Jika anda hanya nak stabilkan bacaan HB, hanya perlukan sebiji setiap hari dan sebotol tahan selama 4 bulan.

HB rendah, ibu hamil, bayi

                            
Jangan lupa untuk mendapatkan sebotol Vitalea jika anda ibu hamil yang mempunyai masalah HB rendah. Jangan kerana sayangkan duit, nyawa sendiri atau bayi dalam kandungan dipertaruhkan.









HUBUNGI SAYA: Emel : zainahmohamad09@gmail.com | Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 (Zainah Mohamad) | ID Shaklee : 1122124