SILA KLIK KAT SINI YE

Showing posts with label Sustained Release Vita-C Plus. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vita-C Plus. Show all posts

Monday, 29 September 2014

Gejala Anemia dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Anemia terjadi apabila seseorang itu tidak memiliki sel-sel darah merah yang kuat dan bertenaga untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Sel-sel ini mungkin kekurangan hemoglobin yang cukup. Hemoglobin merupakan sejenis protein yang memberikan warna merah kepada darah.


Antara gejala-gejala yang sering dihadapi oleh pesakit anemia adalah:


  • Keadaan yang lemah
  • Pening
  • Kulit kelihatan pucat
  • Sering mengalami sakit kepala
  • Rasa kebas atau seram sejuk pada tangan dan kaki
  • Suhu badan menjadi rendah


Faktor-faktor Risiko Anemia:


  • Wanita dan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti sakit buah pinggang
  • Wanita yang kehilangan darah yang banyak sewaktu haid boleh menjadi anemik
  • Kehamilan
  • Diet rendah zat besi, folat atau vitamin B12
  • Penyakit keturunan

Antara penyebab kepada anemia adalah:


  1. Pengambilan zat besi yang rendah - sesetengah makanan dan ubatan boleh menghalang penyerapan zat besi apabila di ambil dengan makanan yang kaya dengan besi. Ia termasuklah tenusu, makanan kaya kalsium, kopi dan teh.
  2. Kekurangan vitamin - Tubuh memerlukan vitamin B12 dan folat bagi menghasilkan sel-sel darah merah. B12 terdiri daripada haiwan dan bijirin sarapan manakala folat pula terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang yang dikeringkan.
  3. Penyakit kronik atau jangkitan 
  4. Anemia aplastik - diakibatkan oleh sumsum tulang yang tidak menghasilkan sel-sel darah sepenuhnya untuk dibekalkan pada tubuh.
  5. Kehilangan darah - akibat haid, ulser, kecederaan atau pembedahan.
  6. Talasemia menyebabkan tubuh yang menghasilkan sel-sel darah merah sihat lebih rendah dan kurang hemoglobin.

Cara mengatasi anemia adalah dengan:

  1. Pengambilan daging rendah lemak- dapat meningkatkan hemoglobin dan kaya dengan zat besi.
  2. Sayuran seperti sawi, brokoli, bayam, ubi, kacang polong hijau, kacang merah, lobak, dan kentang.
  3. Buah-buahan seperti epal, plum, anggur dan sebagainya.
  4. Kacang almond memberikan zat besi pada tubuh.
  5. Kuning telur  dicampur dengan air daun bawang.
  6. Hati ayam 



Selain daripada cara-cara di atas, terdapat juga suplemen yang dikhaskan untuk mengatasi anemia, antaranya:


1. Vita-lea Iron Formula : Mengandungi zat besi dan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat

2. Sustained Release Vita - C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi serta pengeluaran hemoglobin. 


3. B Complex : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Dilengkapkan dengan 8 vitamin termasuk B12 dan folat.


4. Energizing Soy Protein (ESP) - Membantu bdan menghasilkan darah kerana ia sumber protein yang hebat. Selain itu memberikan tenaga kepada tubuh yang lemah.

Untuk mendapatkan suplemen- suplemen di atas, boleh terus hubungi saya melalui:


Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Friday, 29 August 2014

Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kehamilan merupakan saat yang amat menggembirakan seorang isteri. Pengalaman mengandungkan zuriat sendiri amat mengujakan si ibu dan terasa akan kesempurnaan menjadi seorang wanita setelah disahkan mengandung. 

Kehamilan sebenarnya suatu proses yang agak lama dan si ibu seharusnya menitik beratkan penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Semasa tempoh kehamilan, wanita lebih cenderung mengalami anemia. Anemia adalah sejenis penyakit disebabkan kekurangan sel darah merah. Sel darah merah penting dalam mengangkut oksigen ke seluruh tisu seluruh anggota badan. Dan sekiranya si ibu menghidap penyakit ini, ia boleh menjejaskan kandungan.

Anemia

Sel darah merah banyak dihasilkan semasa proses mengandung untuk menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan. Jika berlaku kekurangan bekalan beberapa nutrien seperti zat besi, maka penghasilan sel darah merah juga akan turut terjejas.

Penyakit anemia kebiasaanya berlaku dalam tempoh kehamilan dan ini perlu mendapat pemantauan agar kesihtan ibu dan anak tidak terjejas.

Anemia semasa mengandung boleh di kesan dengan menjalani ujian darah. Paras hemoglobin menjadi kayu pengukur tahap anemia seorang ibu hamil. Untuk menentukan tahap tersebut, jadual di bawah ada perinciannya.


Anemia Semasa Hamil 



JENIS-JENIS PENYAKIT ANEMIA SEWAKTU KEHAMILAN




Anemia disebabkan kekurangan zat besi

  • Sebelum kehamilan, bakal ibu memerlukan lebih kurang 15 miligram (mg) zat besi sehari. Kebanyakan ibu-ibu tidak dapat memenuhi keperluan yang ini. Semasa  tempoh kehamilan,  zat besi diperlukan oleh ibu-ibu untuk mengekalkan kesihatan. Jika ibu hamil tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi ibu dan bayi, ibu-ibu mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan.
Anemia disebabkan kekurangan asid folik
  • Badan manusia memerlukan asid folik untuk penghasilan tisu baru dan termasuklah penghasilan sel darah merah. Semasa proses kehamilan, lebih banyak asid folik diperlukan oleh ibu hamil. Bekalan asid folik dari sumber makanan harian sebenarnya tidak mencukupi untuk ibu-ibu. Justeru, ibu-ibu amat digalakkan mengambil supplemen tambahan untuk mengelakkan kekurangan asid folik yang boleh membantutkan tumbesaran bayi.


Anemia akibat kekurangan vitamin B-12
  • Selain zat besi dan asid folik, vitamin B12 juga penting dalam penghasilan sel darah merah. Sel darah merah tidak dapat dihasilkan dengan cukup sekiranya ibu-hamil mengalami kekurangan vitamin ini. Bagi ibu-ibu yang kurang menggemari makanan berdaging, telur dan produk tenusu lebih berisiko mengalami kekurangna vitamin B12 yang akan membahayakan kesihatan janin.



SIMPTOM PENYAKIT ANEMIA


Simptom anemia



Simptom yang jelas dapat dilihat apabila seseorang itu menghidap anemia semasa hamil adalah:
  • Mengalami masalah kulit pucat 
  • Degupan jantung yang lebih pantas 
  • Cepat letih, sesak nafas, sakit dada 
  • Kerap berasa pening
  • Sejuk dan kebas 
  • Masalah kurang fokus

RISIKO ANEMIA KEPADA IBU DAN BAYI

Anemia sememangnya memberi risiko yang tinggi sekiranya tidak dipantau dengan baik dan risiko juga turt melibatkan janin dalam kandungan. Antara risikonya adalah seperti berikut:


  • Mungkin mengalami keguguran
  • Kelahiran pra-matang
  • Kelahiran bayi yang tidak cukup berat badan
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Bayi lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut
  • Koma atau meninggal dunia
  • Penghasilan susu badan yang berkurang

CARA MENCEGAH DAN MENGELAKKAN ANEMIA


  • Makan makanan yang kaya dengan zat besi sekurang-kurangnya 3 kali sehari

Penyelesaiannya >>> Amalkan pengambilan Vitalea Iron Formula Shaklee


  • Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ianya membantu penyerapan zat besi yang sempurna
Penyelesaiannya >>> Amalkan pengambilan VITA-C PLUS SR

  • Pilih makanan yang kaya dengan asid folik
Penyelesaiannya >>> Amalkan pengambilan B-Complex Shaklee



VitaC

BComplex


 credit : sihatcunmelecun



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

Saturday, 23 August 2014

APA YANG BAGUS DENGAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS?


Nak cerita lagi pasal Vitamin C, tapi kali ni Sustained Release Vita-C Plus pula. Yang sebenarnya SR Vita-C Plus adalah diekstrak daripada kanji jagung supaya untuk mengurangkan keasidannya kepada perut, tidak seperti Vitamin C yang lain yang diekstrak daripada oren dan lebih berasid sehingga kadang-kadang menyebabkan pedih perut.

Selain itu, SR Vita-C Plus juga dilengkapi dengan 120mg bioflavonoids bagi meningkatkan fungsi vitamin C serta mencegah pengoksidaan vitamin C. Tapi sebelum itu, apa kata kita baca manfaat utama Vitamin C ini.

Apakah Manfaat utama Vitamin C?

Mencantikkan kulit

Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

Membentuk Kolagen

Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.


Memperbaiki simptom Pendarahan

Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.


Memperbaiki Insomnia

Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.


Mengekalkan Kolesterol Sihat

Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Siapa pula yang memerlukan Vitamin C?

  • Perokok - kerana 1 batang rokok boleh melupuskan 50-100mg vitamin C
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vitamin C dan mengakibatkan pengurangan Vitamin C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vitamin C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

Jadi, apakah yang berbeza mengenai SR Vita-C Plus dengan jenama Vitamin C yang lain?

  • SR Vita-C Plus ini unik kerana formula sustained release dan dengan tambahan formula bioflavonoid.
  • Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan iaitu sebanyak 500mg setiap berjam dan seperti memakan 1 setengah biji oren dalam satu jam. 
  • Merupakan sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
  • Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
  • Sustained Release suplemen boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.



Inilah dia Sustained Release Vita-C Plus yang memang super awesome ni. Rugi sangat kalau tak dapatkan satu botol untuk setiap rumah kan. Dahla harganya tak mahal, tak sampai RM 0.50 pun sebiji, tahan sampai 6 bulan tu. Berbaloi-baloi kan? Jom dapatkan sekarang.


1 TABLET SR VITA-C PLUS = 7 BIJI OREN 



Berminat?


Nak dapatkan  Sustained Release Vita-C Plus atau Suplemen Shaklee yang lain?

Hubungi saya sekarang! Hanya tindakan bijak anda sekarang mampu merubah kesihatan anda dan orang-orang kesayangan anda pada masa hadapan.

Dapatkan produk Shaklee pada harga ahli dengan mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE. Penjimatan seumur hidup menanti anda.

Sumber: ceritasupermommy


HUBUNGI SAYA:-

 FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

Thursday, 21 August 2014

KENAPA SAYA SUKA CHEWABLE VITA-C PLUS?

Antara suplemen wajib yang ada dirumah saya adalah Vitamin C, Sustained Release Vita-C Plus untuk saya dan Chewable Vit-C Plus untuk anakanda saya. Sampaikan anak saya sudah tahu botol yang mana satu untuk dia walaupun umurnya belum satu tahun setengah lagi. Pagi-pagi lagi bila bangun je tidur terus diambilnya botol hijau atas meja dan hulur kat saya, nak suruh saya bukak sebab nakkan Vitamin C tu, tapi bukan tiap-tiap hari la sebab dia pun kecil lagi kan.

Vitamin C


Ini la rupanya botol Chewable Vita-C Plus atas meja solek saya, memang anakanda ambil sendiri je kalau dia nak. Mesti sebab rasanya yang sedap kan, cuma perlu hisap atau kemam, jadi kanak-kanak memang suka sebab rasanya dah macam gula-gula walaupun tak manis. 

Kenapa saya amalkan Vitamin C?


  • Untuk menguatkan sistem pertahanan badan (imuniti tubuh) terutamanya jika musim demam melanda.
  • Untuk dapatkan kulit yang cantik sebab Vitamin C memelihara kandungan antioksidan semualajadi dalam tubuh, jadi dalam masa yang sama dapat mengelakkan kerosakan sel kulit serta melambatkan penuaan.
  • Untuk menguatkan struktur gusi dan gigi, jadi kalau ada masalah gusi tu sesuai sangat ambil Vitamin C.
  • Vitamin C juga boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan kudis.
  • Banyak lagi kelebihan dan fungsi Vitamin C, anda semua boleh baca HEBATNYA CHEWABLE VITA-C PLUS.

Apa yang saya nampak perubahan yang berlaku pada kami, sejak amalkan Vitamin C saya semakin jarang bersin di waktu pagi memandangkan saya pernah ada resdung yang kuat (dengan mengamalkan Set Resdung : PENAWAR RESDUNG). Ikuti kisah saya dengan resdung : RESDUNG & SHAKLEE.

Dan yang paling menggembirakan hati saya, jika nampak tanda-tanda selsema pada anakanda, saya akan memberinya 1 tablet Chewable Vita-C Plus, Alhamdulillah selsemanya tidak berpanjangan. Tak macam dulu, kalau selsema je mesti sampai seminggu dua hingus meleleh-leleh, itulah yang ketara sangat perubahannya. Kita sebagai ibu mesti nak anak sentiasa sihat kan, bila dah sakit tu mesti sangat susah hati.

Jadi, Chewable Vit-C Plus ni memang sangat sesuai untuk anak-anak dihantar ke taska atau nursery untuk meningkatkan sistem imun badan mereka (maklumlah, kalau dah tempat ramai-ramai tu penyakit senang berjangkit kan).


Siapa nak anak sihat? Selain Vitamin C boleh juga amalkan Set Kanak-Kanak, jom baca ikhtiar sekiranya ANAK KERAP DEMAM, SELSEMA & BATUK.



Nak dapatkan  Chewable Vita C Plus atau Suplemen Shaklee yang lain?

Hubungi saya sekarang! Hanya tindakan bijak anda sekarang mampu merubah kesihatan anda dan orang-orang kesayangan anda pada masa hadapan.

Dapatkan produk Shaklee pada harga ahli dengan mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE. Penjimatan seumur hidup menanti anda.


HUBUNGI SAYA:

FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124