SILA KLIK KAT SINI YE

Monday 8 September 2014

MamaFaiz Jutawan Shaklee

Assalamulaikum viewers dan shaklee's sekalian...


Entri kali ini agak santai sedikit tetapi bermotivasi bagi mereka yang baru mahu mencuba ke dunia perniagaan seperti contoh Bisnes Shaklee.. Beliau dikenali dengan nama manja bagi anak-anak cucu nya sebagai nanny Cery atau nama sebenarnya ialah Shareeza Hashim adalah salah seorang ikon jutawan wanita muslim Shaklee. Telah berkecimpung dalam dunia Shaklee selama 4 tahun, Master Cery sanggup melepaskan jawatan sebagai seorang jurutera petronas bagi memenuhi permintaan 'Masa' oleh anak tunggalnya Faiz.

Pengorbanan yang dilakukan oleh Master Cery ini sangat mengujakan kerana Beliau bukan sahaja sanggup melepaskan jawatan dan impian bertahunnya dan kembali bersusah payah mencari tapak dalam perniagaan. Beliau seorang yang pemalu pada mulanya hanya bergerak sebagai blogger dan konsisten setiap hari tanpa jemu dan hasilnya beliau berjaya melahirkan jutawan muslimah wanita serta WAHM (work at home mommy) yang berpendapatan CEO.







Kini beliau menjadi salah seorang jutawan Shaklee yang berjaya melahirkan lagi ramai jutawan yang berjaya sehingga kini. 

" Ada yang tanya saya apa rahsia sehingga mampu sehingga ketahap ini. Sebenarnya tiada rahsia yang spesifik.  Rahsianya ada dalam diri masing-masing. Untuk diri sendiri saya cuma manusia biasa yang ingin membuktikan kepada insan yang saya sayang bahawa apa yang saya buat adalah untuk mereka ,bukannya untuk bertanding dengan sesiapa. Sebaliknya demi kepuasan. "

" Sebenarnya untuk menjadi jutawan apa jua bidang sekalipun , kena perbetulkan niat kita . Tanya kenapa kita nak buat sesuatu bisnes itu sama ada secara sepenuh masa . Tanya diri sendiri sanggup tak untuk kita korbankan masa,tenaga,sabad dan segala-segalanya. Apa yang penting mesti ada niat dan sasaran yang jelas, sanggup kerja keras dan sabar ".

Petikan kata-kata dari beliau : Majalah Harmoni Sept 2014

Inilah dia semangat seorang master yang bergelar jutawan. Siapa yang mahu ikut jejak langkah kami untuk menjadi seperti beliau? Jom jadi ahli Shaklee...


Mari bersama kami untuk sama-sama mengharungi dunia perniagaan Shaklee..


nshahealthybeauty




HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124