SILA KLIK KAT SINI YE

Monday 8 September 2014

Bahaya Dan Risiko Uri Di Bawah Ketika Hamil | Info Pengedar Sah Shaklee Anda

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Uri merupakan organ yang terdapat dalam rahim wanita yang berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrisi dari si ibu kepada bayinya. Uri di bawah rahim merupakan satu keadaan di mana uri menutupi ruang laluan bayi ketika proses bersalin. Dalam keadaan normal, uri seharusnya berada di atas atau di pertengahan rahim dan bukannya di bawah.

Di awal kehamilan, kebanyakan wanita sememangnya mempunyai uri di bawah rahim. Seiring dengan perkembangan janin bermula minggu ke 28, uri pada situasi normal akan tertarik ke atas rahim. Jika ia masih lagi tidak bergerak ke atas, ia dipanggil sebagai Placenta Previa (PP). Terdapat beberapa keadaan PP samada menutupi keseluruhan pintu rahim atau sebahagiannya saja. Rawatan juga bergantung kepada keadaan uri ketika itu (rujuk gambar di bawah)

Risiko

Kandungan yang mempunyai uri di bawah adalah berisiko untuk kedua ibu dan anak. Pendarahan yng berlaku boleh membawa maut kepada ibu dan bayi yang dilahirkan mungkin tidak cukup bulan. Disebabkan kemungkinan risiko ini berlaku, ibu hamil yang mempunyai uri di bawah perlu lebih berhati-hati dan perlu terus ke hospital sekiranya berlaku pendarahan. Penting juga ibu hamil yang mempunyai uri di bawah mempunyai bacaan hb yang tinggi supaya darah tidak terlalu cair yang boleh menyebabkan maut ketika proses bersalin.

Selain daripada pendarahan, kebiasaannya bayi di dalam rahim juga berkedudukan songsang. Keadaan ini menyebabkan langkah terbaik untuk mengeluarkan bayi adalah melalui pembedahan caeseran. Pembedahan meninggikan lagi risiko kerana uri boleh melekat pada rahim. Keadaan ini dipanggil plecenta accreta di mana uri tidak dapat dipisahkan daripada dinding rahim. Jika berlaku komplikasi ketika pembedahan, rahim mungkin terpaksa dibuang bagi mengelakkan ibu kehilangan nyawa.

Walaubagaimanapun, risiko uri melekat pada rahim hanyalah 5% bagi ibu yang belum pernah melakukan pembedahan caesaren.

Kebiasannya, jika ibu masih tidak menunjukkan tanda-tanda melahirkan dan tiada pendarahan sehingga minggu 38, pembedahan secara efektif akan dilakukan. Apa yang penting, ibu hamil perlu sentiasa membuat pemeriksaan secara berkala untuk melihat kedudukan bayi dan juga uri. Pembedahan caeseran merupakan kaedah terbaik dan selamat bagi kandungan yang mempunyai uri di bawah dengan bantuan perkhidmatan sokongan pakar o&g.

Saya berharap artikel ini sedikit sebanyak memberi kita gambaran yang jelas keadaan kandungan yang mempunyai uri di bawah dan risiko yang bakal berlaku.



Sumber: jomsihatjomgojes



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

1 comment:

mama said...

Perkongsian yang bagus