SILA KLIK KAT SINI YE

Thursday 28 August 2014

Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Tengahari tadi masak Butter Prawn, teringat pulak antara bahannya ialah bawang putih. Jadi, hari ni saya nak kongsi sedikit apa yang menariknya mengenai bawang putih kerana ia dijadikan bahan atau petua lama untuk mengubati penyakit juga.
Bawang putih adalah sejenis bahan untuk dijadikan rempah masakan yang wajib ada di rumah. Aroma yang dibangkitkan oleh bawang putih benar-benar membuka selera terutama ketika ianya digoreng bersama bawang merah. Rupa-rupanya, bukan hanya rasanya yang sedap, bawang putih juga mempunyai khasiat yang bukan sedikit.
Terkenal sebagai antibiotik semulajadi, rupa-rupanya ia telah digunakan sejak zaman kuno lagi dalam masakan dan bidang perubatan. Alhamdulillah kita di zaman serba canggih ini masih berpeluang untuk menikmati kelazatan masakan kerana adanya tambahan bawang putih. Seperti butter prawn saya tadi, mungkin rasanya tidak enak seperi tadi jika tiada bawang putih (perasan..haha).
Bawang putih dikatakan satu-satunya antibiotik yang yang boleh membunuh bakteria. Ia mempunyai kesan yang sama seperti penisilin. Paling menarik ialah hirisan bawang putih mampu membunuh bakteria berjarak 20 sentimeter. Hebat kan?
Berikut adalah antara kegunaan bawang putih yang boleh kita amalkan dalam rutin harian kita.

Batuk, Selesema, dan Hidung Tersumbat

Sup gabungan madu, bawang merah dan bawang putih mampu membantu melegakan masalah batuk, selesema dan hidung tersumbat. Ianya juga bagus untuk sistem sendi, pencernaan dan hati. Caranya, reneh sup bawang merah bersama madu selama setengah jap dengan api yang kecil. Kemudian tutupkan api dan biarkan sejuk selama 10 minit. Kemudian masukkan enam hingga 8 ulas bawang putih dan tutup semula periuk sup. Bawang putih perlu dimasukkan kemudian untuk mengelakkan khasiatnya dari berkurang. Apabila sup sudah sejuk, minum sup sebanyak sesudu. Amalkan sehingga hilang masalah batuk, kahak, selesema dan hidung tersumbat.



Migrain

Migrain biasanya jarang mengganggu mereka yang gemarkan bawang putih. Bawang putih mampu mencairkan dan membersihkan darah penyebab migrain.

Bronkitis

Dulunya penyakit ini jarang kita dengar. Tapi sejak akhir-akhir ini ia menjadi biasa. Tahukah anda mengapa? Kerana ibu bapa sekarang sungguh mudah memberikan anak mereka ubatan klinik yang hanya melegakan sementara batuk tanpa menyelesaikan masalah atau membunuh kuman penyebab penyakit. Akhirnya, kuman mula tersekat di peparu dan terjadinya bronkitis.
Jadi, anda boleh cuba membuat pengewapan terhadap hidung anak anda menggunakan air biasa yang dimasukkan dalam rice cooker. Lurutkan perlahan belakang anak anda supaya anak anda memuntahkan lendir dan kahak yang mengandungi kuman.
Satu lagi, pakaikan anak anda stokin yang diisi beberapa ulas bawang putih pada setiap malam. In shaa Allah masalah anak anda akan selesai dalam temph waktu yang singkat.
 

Kanser

Ianya bukanlah boleh merawat kanser tetapi ia boleh menghalang manusia dari terkena kanser. Senyawa allium yang ada pada bawang putih dapat meningkatkan imunisasi badan, kekebalan kepada sel kanser dan menjaga tubuh kita supaya karsinogen penyebab kanser dari memasuki sel-sel tubuh.

 

Diabetis

Bawang putih sangat efektif untuk menstabilkan kadar gula dalam darah pesakit diabetis
Tekanan Darah Tinggi, Tinggi Kolestrol, Sakit Jantung
Memakan bawang putih sebanyak dua kali sehari mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah. Kajian membuktikan bawang putih boleh melegakan saraf yang tegang dan menguatkan jantung. 
Pengambilan sebanyak seulas bawang putih setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol sebanayk 10 hingga 15 peratus dalam tubuh seseorang.
Banyak kan manfaat bawang putih ni? Tetapi, anda perlu tahu bahawa segala zatnya akan hilang sekiranya ia dimasak dengan suhu yang tinggi. Bukankah setiap kali kita menumis bawang putih, kita mengenakan suhu yang tinggi?
Dan sanggupkah anda mengunyah bawang putih secara mentah? Hmm..secara peribadi, walaupun saya penggemar bawang putih, saya tak sanggup memakannya secara mentah.
Terima kasih kepada Shaklee kerana mencipta tablet Garlic Complex yang begitu banyak manfaatnya. Tak pelu lagi nak menahan rasa mentah bawang putih dengan adanya Garlic Complex. Anda boleh lihat manfaatnya seperti di bawah
Jika anda ada apa-apa masalah seperti yang saya tuliskan di atas, dan teringin nak mencuba Garlic daripada Shaklee, anda boleh hubungi saya seperti di bawah. In shaa Allah, perubahan ketara kepada kesihatan anda dapat dirasai dengan cepat.
Jom baca lagi khasiat Garlic di artikel Khasiat Garlic Shaklee
Anda mungkin berminat menceburi bidang bisnes, tetapi tidak tahu dari mana nak mula?
Mari saya bimbing anda dengan berdaftar sebagai ahli Shaklee. Alhamdulillah, sudah ramai yang mampu dapat income 4 angka berada di bawah jagaan saya.

 Credit : jomsihatjomgojes


HUBUNGI SAYA:-

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124