SILA KLIK KAT SINI YE

Monday, 25 August 2014

SLE Punca Kematiannya

 Assalamualaikum....

Tiba-tiba teringat seorang teman serumah pada tahun 2007 dahulu meninggal akibat SLE. Beliau yang dikenali sebagai Azura sangat baik. Lemah lembut orangnya. Saya terjumpa arwah semasa mencari rumah sewa sewaktu bekerja dengan Radio Malaysia Selangor atau dikenali Selangorfm yang bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sementara mencari rumah sewa, saya menumpang di rumah abang di Seksyen 6, Semasa berjalan kaki ke tempat kerja yang terletak dalam 2 kilometer dari rumah, saya berjumpa dengan arwah di stesen bas. Walaupun tidak kenal, tapi saya memperkenalkan diri dan bertanyakan tentang rumah sewa..Alhamdulillah, katanya memang tengah mencari teman sebilik.

Kami menyewa di Seksyen 6, Shah Alam. Di awal perkenalan memang saya tidak tahu yang beliau ni ada penyakit. Sebab apa, sebab arwah ni seorang yang ceria. Arwah sangat tabah..Kuat melawan penyakitnya.
Dah lama-lama bersama, saya selalu tengok arwah menelan ubat dengan kuantiti yang begitu banyak..Jadi, saya ringankanla mulut bertanya.

Arwah memberitahu beliau ada penyakit SLE. Saya memang tak tau menahu pun masa tu apa itu SLE. Arwah cerita serba sedikit pasal penyakit ini. Kesian, dahulu badannya yang comel menjadi sekeping akibat penderitaan akibat SLE. Tapi arwah memang seorang yang kuat dan cekal..Katanya tak mahu fikir pasal penyakit ni, nanti lagi sakit.

Pada 2008, saya berkahwin. Walaupun berbeza tempat tinggal, saya tetap bertanyakan khabar. Pada Mac 2009, aku dapat khabar yang arwah ditahan di wad akibat pendarahan di kepala. Ini juga bersangkutan dengan penyakitnya itu. Kepala arwah ditebuk bagi membuang darah beku.. Selama 3 hari berada di hospital, beliau koma. Pada hari keempat, saya dapt berita yang belia telah dijemput oleh Yang Esa. Sedih menerima berita ketiaadaan arwah. Apa yang saya terkilan, saya tidak dapat menziarahi arwah kena berada dalam pantang selepas melahirkan anak pertama.

Al- Fatihah untuk arwah.

Jom saya share sikit maklumat pasal penyakit SLE ni...

APA ITU SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya diiringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:

    Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  
Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

    Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Siapakah Yang Mendapat SLE?


Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


Apakah Yang Menyebabkan SLE?

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.

Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Apakah Gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:


  •     Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  •     Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  •     Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  •     Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  •     Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  •     Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  •     Sawan, strok dan gangguan mental
  •     Risiko untuk mendapat darah beku
  •     Kerap keguguran bayi
  •     Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  •     Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:

* Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing.

*Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

*Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

*Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

*Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

*Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain.


KESAN DARIPADA PENYAKIT SLE

Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos dengan secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.

Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.

RAWATAN KEPADA PESAKIT SLE.

1 - Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.

2 - Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

3 - Senaman
Kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.

  •  Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
  •  Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
  •  Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.


Peluang kehamilan

Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif

Sumber : Persatuan SLE Malaysia

Sekiranya anda mengetahui sahabat ataupun saudara terdekat yang mempunyai gejala penyakit ini, cuba-cubalah berkongsi tentang suplemen Shaklee yang dikenali sebagai Vivix atau sirap Shaklee yang dapat membantu merawat pesakit SLE ini.

SLE


Nak order... ORDER DI SINI

Anda juga mungkin berminat membaca artikel ini:
1. TESTIMONI VIVIX
2. KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE
3. VIVIX SHAKLEE


HUBUNGI SAYA:-

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

6 comments:

Salju Sakinah said...

menariknya info..thanx for sharing..

Jom hilangkan parut jerawat -->> PETUA MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

cik eza said...

baru tahu tentang SLE ni.. thanks ye for sharing.. =)
Healthy'beautieshoppe: Derita si 'Tumit Tinggi'

Azmalinda Azai said...

Bahaya penyakit neh, boleh terkena sesiapa sahaja...better menjaga kesihatan dari sekarang.


jom melawat blog saya:
pelangioveralaska.blogspot.com

MARIA AWI said...

Arwah zura juga sahabat saya..
Al fatihah buat arwah. moga ditempatkan di kalangan hambaNya yang solehah..

WAJIB BACA ----> Peppermint Ginger Plus Shaklee: Pelega Perut Sebu Dan Berangin

cheezylady said...
This comment has been removed by the author.
Nursimatun Md Yusof said...

Thanks for sharing

Nak tenaga extravaganza>>>>Mahukan tenaga EXTRAVAGANZA???? Cinch Energy Tea Mix ada penyelesaiannya!!!