SILA KLIK KAT SINI YE

Sunday 12 October 2014

Khasiat Delima yang tidak diketahui umum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Siapa yang tidak kenal dengan buah delima? Rasanya manis dan saya sangat menggemarinya. Setiap kali mengandung, buah delima merupakan buah kegemaran yang tidaka saya lupakan untuk mengambilnya. Tahukah anda buah delima mempunyai khasiat yang sangat baik pada tubuh badan kita? Apa khasiatnya? Mari saya kupas satu persatu khasiat yang terdapat pada buah delima ini. (sumber)



  1. Buah delima mengandungi antioksidan iaitu lebih tinggi kandungannya berbanding anggur merah. Tahap polifenol dalam buah delima lebih tinggi berbanding buah beri biru, cranberry dan oren. Fungsi antioksidan dalam buah delima adalah untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam badan.Ia termasuklah kanser, penyakit jantung serta alzheimer.
  2. Dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan strok.
  3. Buah delima dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
  4. Selain itu buah delima juga dapat mencegah dan mengubati kanser payudara. Ekstrak biji delima kaya dengan polifenol yang dapat memulihkan sel-sel leukemia agar menjadi normal.
  5. Buah delima dapat melambatkan proses alzheimer.
  6. Sebiji buah delima mengandungi kira-kira 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, kandungan folat, serat, kalsium, niasin, vitamin A dan E.
  7. Buah delima juga memberikan kesan kepada kecantikan kerana sumber asid folat dan antioksidannya dapat merangsang, menyahtoksid serta meningkatkan kecantikan semulajadi.
  8. Kulit buah delima dapat menghilangkan jerawat dengan mengeringkan kulit sehingga kecut, kemudian kisar lumat sehingga menjadi serbuk. Ambil serbuk kulit delima tadi dan campurkan sedikit perahan limau dan sapu ke wajah dan biarkan kering kemudian bilas.
  9. Bagi ibu mengandung ia sangat baik kerana dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran.
  10. Dengan mengamalkan pengambilan buah delima atau jus delima, ia dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas kerana buah delima kaya dengan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang boleh menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang serta langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  11. Bagi ibu hamil, buah delima dapat mengurangkan kejang kaki.
Rugi bagi sesiapa yang tidak mengamalkan pengambilan buah delima. 



HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124