SILA KLIK KAT SINI YE

Friday 24 October 2014

Kelebihan Vegetarian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bukan mudah untuk menjadi seorang vegetarian.  Makanan asasinya hanyalah sayur-sayuran sahaja. Kalau saya nak makan semua jenis sayur-sayuran sahaja memang tidak mampu. Saya perlukan makanan campuran. Sayur pun kena pilih kalau hendak makan. Bagi golongan vegetarian, banyak kelebihan yang mereka perolehi terutama dari aspek kesihatan. 


KELEBIHAN VEGETARIAN

1. Turunkan Tekanan Darah

Beberapa jenis sayuran tertenti seperti timun, mampu menurunkan tekanan darah. Sekiranya  anda salah seorang yang menghidap darah tinggi, jadikan sayur sebagai ulam. Kandungan air yang tinggi di dalamnya cukup bermanfaat untuk meneutralkan tekanan darah.

2. Menyihatkan Jantung

Badan yang cergas berpunca dari jantung yang sihat. Mengambil lebih banyak sayur mampu menurunkan peningkata kolesterol , kanser, obesitidan mengelakkan masalah arteri tersumbat. Hasilnya, jantung akan menjadi sihat dan cergas.

3. Meningkatkan kesihatan Mental

Sayur-sayuran bersama buah-buahan mampu memberi banyak nutrisi penting dan bermanfaat untuk kesihatan mental sekaligus menstabilkan emosi seseorang. Individu yang gemar mengambil daging  dalam menu harian mereka mempunyai tahap emosi yang tidak seimbang seperti mudah marah, sedih dan sebagainya.

4. Kurangkan risiko kanser

Pengambilan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko terkena kanser. Kandungan zat antioksidan yang tinggi dari sayur dan buah secara tidak langsung menjauhkan potensi untuk mendapat penyakit berbahaya.

5. Elak Obesiti

Salah satu faktor yang mendorong terjadinya obesiti adalah disebabkan pola pemakanan yang salah. Walau bagaimanapunsekiranya anda penggemar sayur-sayuran maka ia mampu menghindarkan anda dari terlibat dengan masalah tersebut.  Sebanyak manapun kita makan sayur-sayuran, ia langsung tidak akan menambahkan kalori dalam tubuh.

6. Kurangkan Risiko Hormon Tidak Seimbang

Telah banyak kajian dijalankan, di mana ia menyatakan bahawa daging serta produk berasaskan haiwan adalah salah satu faktor penyebabnya.  Penyakit varium polcystic adalah salah satu penyakit ketidakseimbangan hormon yang biasa dialami oleh golongan bukan vegetarian. 


INFO


Kandungan klorofil pada sayur hijau boleh dimanfaatkan untuk merangsang pembentukan sel darah merah. Ia juga mampu meneutralkan radikal bebas yang akhirnya mengakibatkan kerosakan pada sel dalam tubuh. Pada masa yang sama, bahan antioksidan dan serat semulajadi yang terdapat di dalamnya berfungsi untuk melancarkan saluran pencernaan sekaligus menolak keluar sisa-sisa metabolisme yang tidak diperlukan oleh tubuh.


HUBUNGI SAYA:- 

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124