SILA KLIK KAT SINI YE

Monday 27 October 2014

5 buah bantu kekalkan kelangsingan

Buah-buahan merupakan salah satu sumber tenaga dan nutrisi yang baik untuk tubuh. Terdapat beberapa jenis buah memiliki kandungan serat tinggi dan rendah lemak bahkan tidak mengandungi kolesterol.

Kandungan air dalam buah-buahan banyak membantu mengekalkan menjaga tahap cairan dalam tubuh. Antara buah yang membantu diet seharian adalah:


1. Avocado
* Buah bewarna hijau dengan tekstur lembut ini mengandungi lemak tidak tepu yang berkesan untuk mengekang rasa lapar.


2. Betik
* Betik kaya dengan kandungan nutrisi penting dan bermanfaat bagi tubuh kerana membekalkan garam mineral,enzim dan beberapa jenis vitamin.Kandungan kalori dalam betik juga cukup rendah.



3. Nanas
* Buah bewarna kuning ini  rasanya manis dan menyegarkan. Ia mampu menyingkirkan timbunan lemak dalam tubuh. Nanas mengandungi vitamin C,vitamin B6,tembaga,tiamin,zat besi,serat,sukrosa dan dekstrosa. Selain itu terdapat juga beberapa enzim seperti bromelin,preteiolitik dan zat penting iaitu Asid sitrik.


4. Pisang
* Isinya yang lembut mudah dicerna dan diserap oleh tubuh. Membantu mengenyangkan tubuh.



5. Anggur
* Pengambilan yang kerap membantu menurunkan berat badan. Anggur terdapat unsur piceatannol yang memiliki kemampuan untuk menghalang sell lemak yang belum matang untuk berkembang. Piceatannol baik untuk kesihatan tubuh dan mampu melawan sel, kanser,penyakit jantung dan penyakit neurodegeratif.