SILA KLIK KAT SINI YE

Friday 17 October 2014

KETAHUI PENYEBAB PENYAKIT PELVIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahukah anda apakah itu penyakit pelvik?


Penyakit pelvik merujuk kepada sakit bahagian abdomen bawah pusat yang disebabkan kerap mendapatkan rawatan perubatan terutama golongan wanita. Rasa sakit ini merujuk kepada pelbagai keadaan. Ia mungkin tanda-tanda tidak berbahaya berkaitan kesuburan, masalah pencernaan seperti sindrom usus rengsa atau masalah yang mengancam nyawa. (sumber : mingguan wanita)


Punca rasa sakit pelvik

1. Apendisitis

Ini merupakan keradangan pada apendiks, iaitu tiub tisu yang bersambung pada usus besar. Gejala-gejalanya termasuklah sakit mencucuk pada bahagian bawah kanan abdomen, muntah-muntah dan demam. Apendiks yang telah dijangkiti perlu dibuang melalui pembedahan atau ia akan pecah, merebak di sekeliling abdomen. Keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi yang membahayakan.

2. Sindrom Usus Rengsa (IBS)

Sindrom Usus Rengsa adalah masalah pencernaan kronik yang menyebabkan sakit perut berulang, kekejangan, perut mengembung dan diarea atau sembelit. Terdapat cara untuk mengawal gejala-gejala ini. Termasuklah perubahan diet, pengawalan stres dan ubatan bagi merawat diarea atau sembelit.

3. Ovulasi Yang Sakit

Jika anda mengalami rasa sakit di antara waktu haid, mungkin tubuh anda sedang berovulasi. Semasa ovulasi, ovari melepaskan telur bersama dengan cecair dan darah yang boleh menyebabkan lapisan dalam merengsa.

Keadaan ini dipanggil mitterschmerz dalam bahasa Jerman bermaksud tengah dan sakit kerana ia berlaku dalam pertengahan kitaran. Rasa sakit ini boleh berubah tempat daripada bulan ke bulan. Ia tidak berbahaya dan selalunya akan hilang dalam beberapa jam.

4. Sindrom Prahaid (PMS)

Sindrom Prahaid dikenali melalui perubahan mood dan keiinginan untuk makan. Ia juga boleh menyebabkan perut berasa kejang, sakit pada bahagian bawah belakang, sakit kepala, payudara rasa sakit ketika disentuh dan jerawat.

Perubahan hormon adalah penyebab masalah ini. Stres, kurang bersenam dan kekurangan vitamin boleh membuatkan gejala-gejala bertambah teruk. Jika PMS ini mengganggu aktiviti seharian, segeralah berjumpa doktor. Perubahan gaya hidup dan perubatan juga boleh membantu mengurangkan masalah ini.

5. Kekejangan Akibat Haid

Setiap bulan, uterus akan membina lapisan dalam tisu yang dikenali sebagai endometrium. Ini adalah kawasan embrio melekat dan membesar. Jika anda tidak hamil, lapisan ini akan pecah dan meninggalkan tubuh semasa haid. Kekejangan haid akan berlaku apabila uterus mengecut dan menolak keluar darah ini.

Rasa kejang ini selalunya akan dirasai pada bahagian bawah perut atau belakang dan berlanjutan dari satu hingga tiga hari. Tuaman panas dan ubat pelega sakit boleh mengurangkan rasa sakit.

6. Kehamilan Ektopik

Keadaan kecemasan yang membahayakan nyawa ini memerlukan rawatan segera. Ia berlaku apabila embrio mula tumbuh di luar rahim, selalunya di tiub fallopia. Gejala-gejalanya termasuk rasa sakit mencucuk atau kejang (selalunya pada satu bahagian), pendarahan vagina, loya dan kepeningan.

7. Penyakit Keradangan Pelvik

Satu daripada komplikasi serius oleh penyakit yang disebarkan akibat hubungan seksual (STD) adalah penyakit keradangan pelvik. Jangkitan ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada rahim (uterus), ovari dan tiub fallopia. Gejala-gejalanya termasuk sakit pada perut, demam, keluarnya cairan vagina abnormal, sakit ketika melakukan hubungan seksual atau ketika kencing. Penyakit keradangan pelvik boleh dirawat dengan antibiotik dan pembedahan bagi kes yang teruk.

8. Sista Ovari

Kelenjar kecil atau folikel menempatkan telur matang semasa kitaran haid dan melepaskan telur semasa berovulasi. Kadangkala, folikel tidak terbuka untuk melepaskan telur atau ditutup semula selepas mengeluarkan telur dan membengkak dengan cairan, membentuk sista ovari. Keadaan ini biasanya tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya. Tetapi sista yang besar boleh menyebabkan sakit pelvik, berat badan meningkat dan kekerapan untuk kencing. Sista ovari boleh dkenalpasti melalui pemeriksaan pelvik atau imbasan ultra.

9. Fibroid Pada Rahim

Fibroid boleh tumbuh dalam dinding rahim dan kadangkala dikenali sebagai tumor fibroid, tetapi ia bukanlah kanser. Fibroid adalah perkara biasa pada wanita dalam lingkungan umur 30an dan 40an dan selalunya tidak menyebabkan sebarang masalah.

Namum begitu, anda boleh mengalami rasa sakit pada perut, sakit pada bahagian bawah belakang, keluar haid dengan banyak, sakit ketika melakukan hubungan seks atau sukar untuk mengandung.

10. Endometriosis

Bagi sesetengah wanita, tisu endometrial tumbuh di luar rahim. Pertumbuhan boleh terbentuk pada ovari pada ovari, tiub fallopian, pundi, usus dan bahagian lain tubuh. Apabila tiba masa haid, kelompok ini akan pecah, tetapi tisunya tidak mempunyai cara untuk keluar daripada tubuh. Walaupun agak jarang berlaku tetapi ia boleh menyebabkan kesakitan dan menghasilkan tisu berparut yang membuatkan anda sukar untuk mengandung. Terdapat rawatan untuk endometriosis tetapi tidak terdapat ubat menyembuhkannya.

11. Jangkitan saluran urinari /kencing

Jangkitan saluran urinari (UTI) bermula apabila kuman masuk ke dalam saluran urinari. UTI boleh menyebabkan masalah pada sebarang bahagian daripada uretra ke pundi dan naik melalui ureter hingga ke buah pinggang.

Gejala -gejala termasuklah tekanan di bahagian bawah pelvik, kencing menyakitkan dan desakan kerap kencing. Tanda-tanda jangkitan buah pinggang adalah demam, loya, muntah dan sakit di bahagian belakang.

12. Batu dalam buah pinggang

Garam berbentuk bulat dan galian yang tersimpan dalam air kencing. Apabila batu bergerak akan menyebabkan rasa sakit pada perut atau bahagian pelvik. Air kencing akan bertukar kepada warna merah jambu atau merah akibat berdarah.

13. Penurunan organ pelvik

Ramai wanita berusia mengalami beberapa jenis penurunan organ pelvik seperti pundi atau rahim terjatuh ke posisi rendah. Ia menyebabkan rasa tidak selesa pada dinding vagina, tidak selesa pada bahagian belakang.







HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

1 comment:

tehr said...

pernah ada rakan menderita sakit batu karang
kesian tengok