SILA KLIK KAT SINI YE

Sunday 26 October 2014

Faktor penyebab keguguran

Assalamualaikum dan salam sejahtera....



Keguguran berlaku kepada 8 hingga 20 % ibu mengandung.Kebanyakan kes berlaku sebelum minggu ke 13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung. 

FAKTOR PENYEBAB KEGUGURAN


Terdapat pelbagai faktor penyebab keguguran antaranya:

1. Masalah genetik : 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.

2. Masalah penyakit ibu seperti kencing manis tidak terkawal atau masalah fibroid.

FAKTOR- FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO KEGUGURAN


1.Usia ibu - ibu yang berumur lebih berisiko tinggi berbanding ibu muda
2. Merokok- merokok lebih 10 batang sehari
3. Alkohol - pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit berisiko untuk gugur.
4. Demam panas melebihi 37.80C atau lebih.
5. Pernah gugur sebelumnya- risiko untuk mengalami keguguran adalah 20%.
6. Pengambilan kafein berlebihan juga berisiko kepada keguguran.
7. Risiko kepada ibu yang mengalami stress,risiko kepada jangkitan.

JENIS -JENIS KEGUGURAN


1. Keguguran terancam - ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah rahim..
2 Keguguran lengkap- Janin keluar sepenuhnya. Sakit dan pendaran  bekurang tanpa rawatan.
3. Keguguran tidak lengkap - Janin telah gugur tetapi masih ada yang tinggal di dalam rahim.
4. Keguguran septik - ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Ia termasuklah demam panas, pendarahan faraj dan sebagainya.



Zainah Mohamad
ID : 1122124