SILA KLIK KAT SINI YE

Wednesday, 22 October 2014

Resepi Gulai Daging

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...


Hari ini merupakan perayaan hari Deepavali bagi kaum Hindu. Jadi, saya cuti...horeyy...Bangun pagi kemas rumah sikit-sikit dan buat apa yang patut. Kalau hari bekerja memang tak sempat nak berkejar buat semua tu. Kain baju tunggu hari cuti baru dapat dibasuh. Lagi pulak mesin basuh kat luar rumah, memang tak berani keluar malam. Ok, dah cuti ada aje la aktivitinya. Paginya temankan encik suami pergi tengok pameran motor di Sri Muda. Balik tu bertungkus- lumus siapkan makan tengah hari untuk keluarga. Di sini saya nak share resepi gulai daging. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya:

Daging
Serbuk kari daging
Santan
Bawang merah
Bawang Putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Garam
Daun kari
Kerisik

Bahan Kisar:


Bawang merah
Bawang putih
Halia


Cara-cara membuatnya:

1.  Panaskan minyak
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar bersama-sama dengan daun kari, kulit kayu             manis dan bunga lawang. Biarkan hingga naik bau dan bawang berwarna kekuning-               kuningan. 
3. Selepas itu masukkan serbuk kari yang digaul dengan sedikit air. 
4. Masukkan daging yang telah dipotong halus supaya daging cepat empuk. Kacau dengan         sebati supaya kari meresap ke dalam daging. Biarkan sementara hingga betul-betul masak     kari bagi menghilangkan bau. 
5. Selepas itu masukkan santan. Sentiasa kacau agar santan tidak pecah minyak. 
6.Masukkan sedikit kerisik. 
7. Setelah mendidih, masukkan garam mengikut kesedapan masing-masing. 
8. Dah siap untuk dihidangkan.





HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

3 comments:

nila anggraini said...

Sedapnyee boleh masak saat cuti ni kan.....terima kasih atas resepi yang nampak lazat ini...insaaAllah nanti saya akan cuba buat di rumah.

maria said...

daging ada lebih dalam peti..bolehlah cuba pula selepas ini

zainah mohamad said...

selamat mencuba