SILA KLIK KAT SINI YE

Wednesday 17 December 2014

6 Cara Atasi Jantung Berdebar Supaya Sentiasa Berada Dalam Keadaan Normal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jantung Berdebar

Pernahkah anda mengalami jantung berdebar? Tentu ada yang pernah alami kan. Normal ke jika berlaku jantung berdebar? Jantung yang normal akan berdegup anta 60 hingga 100 kali seminit. Sekiranya jantung berdegup melebihi 100 kali seminit, ia dikenali sebagai tachycardia. Namun, jika jantung berdegup perlahan iaitu kurang daripada 60 kali seminit, ia dikenali sebagai bradycardia. Di sini saya akan kongsikan bagaimana cara atasi jantung berdebar agar kadar denyutan sentiasa berada dalam keadaan normal.


Faktor Penyebab Jantung Berdebar Secara Normal

Apakah yang menyebabkan berlakunya keadaan jantung berdebar ini? Mari kita lihat dengan lebih terperinci. Antara sebab berlakunya jantung berdebar dalam keadaan normal adalah:

1. Kekurangan air

Kekurangan air menyebabkan elektrolit dalam darah tidak seimbang dan menyebabkan rangsangan kepada jantung untuk berdegup dengan laju.

2. Stress atau tekanan

Stress atau tekanan berlaku disebabkan beberapa faktor seperti tekanan kerja atau tekanan peribadi yang menyebabkan fikiran terganggu yang boleh mengganggu jantung

3. Perasaan takut yang berlebihan

4. Kerap mengambil minuman berkafein

5. Amalan tidak sihat seperti merokok

6. Demam


Terdapat juga penyebab kepada keadaan jantung berdegup secara tidak normal iaitu:

1. Petanda permulaan kepada penyakit jantung.

2. Injap jantung tidak normal

3. Masalah kelenjar tiroid yang terlalu aktif

Selalunya keadaan ini berlaku disebabkan kolesterol dalam badan terlalu tinggi, kencing manis atau darah tinggi dihidapi pesakit.

Terdapat 6 cara untuk atasi jantung berdebar iaitu:

1. Duduk dan angkat kaki supaya lebih tinggi dari jantung. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan supaya rongga perut membesar dengan setiap helaan nafas.

2. Lakukan Manuver Valsalsa iaitu dengan memicit hidung dan tutup mulut anda dan cuba keluarkan nafas.Ia dapat meningkatkan tekanan darah.

3. Minum air dengan jumlah yang banyak.

4. Tenangkan fikiran dengan senaman-senaman ringan dan kosongkan fikiran dengan memikirkan hal-hal yang membawa keceriaan.

5. Dapatkan tidur yang cukup 

6. Hindari ubat-ubatan seperti asma, darah tinggi, diet dan sebagainya. Namun amalkan suplemen yang boleh membantu anda seperti set darah tinggi, set asma, set kencing manis dan set jantung.

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti ini, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan suplemen jantung anda.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]