SILA KLIK KAT SINI YE

Thursday 18 December 2014

8 Fakta Kesan Buruk Media Elektronik Pada Anak- Anak Dalam Kehidupan Yang Sangat Mencabar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Media sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada kita. Namun terdapat kesan positif dan negatif daripada pendedahan media kepada kita sebagai penerima maklumat terutama pada anak-anak kita. Pendedahan yang terlalu kerap pada anak-anak boleh membawa kesan buruk terhadap pemikiran mereka. Segala jalan cerita akan mudah dipengaruhi walaupun anak-anak itu kecil. Jadi di sini saya kongsikan kepada anda, 8 fakta kesan buruk media elektronik pada anak-anak kita.

Fakta Kesan Buruk Media Elektronik

1. Menurut satu kajian dari Kolej Perubatan Universiti Yale, mendapati pendedahan media yang terlalu lama kepada kanak-kanak akan mengakibatkan kesan negatif untuk jangka masa panjang.

2. Bagi Common Sense Media menerbitkan laporannya dalam Media and Child and Adolescent Health mengenai satu ulasan sistematik, mendapati pendedahan media berlebihan memberi impak negatif terhadap anak-anak.

3. Di Amerika Syarikat, kanak-kanak menghabiskan masa hampir 45 jam seminggu dengan menonton televisyen, filem, majalah, muzik, internet, telefon bimbit dan permainan video pada musim cuti sekolah. Pada musim persekolahan pula,kanak-kanak menghabiskan 30 jam seminggu di sekolah manakala 17 jam bersama ibu bapa.

4. Segelintir kanak-kanak di United Kingdom dikenalpasti mengalami masalah pertuturan kerana ketagih dengan televisyen dan permainan video.
Ini menyebabkan mereka gagal belajar kemahiran asas komunikasi.

5. Menurut sebuah artikel dalam telegraph,satu daripada 10 kanak-kanak yang diuji supaya membaca,namun gagal menghabiskan ayat namun ada juga yang tidak mengetahui nama sendiri.

6. Kajian yang diterbitkan oleh International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity mendapati pelajar sekolah tinggi yang menghabiskan masa lima jam setiap hari kurang mengamalkan buah-buahan,sayur-sayuran,bijirin penuh dan makanan kaya kalsium sebaliknya mempunyai tabiat terhadap makanan segera ,makanan bergoreng ,makanan ringan ,minuman manis serta makanan berlemak.

7. Sekiranya kita biarkan anak-anak menonton televisyen akan menyebabkan anak-anak kurang bersenam.

8. Di Malaysia pula,banyak rancangan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak seperti drama seram,khurafat,aksi seks berlebihan dan sebagainya.


Menakutkan pula tengok fakta-fakta ini kan? Apa pula gangguan yang akan berlaku disebabkan fakta-fakta tersebut?


5 jenis gangguan yang telah direkodkan akibat daripada fakta-fakta di atas adalah:

1. Berlaku gangguan defisit perhatian dengan hyperactive.(Addh)

2. Obesiti akibat menonton sambil makan yang tidak henti-henti.

3. Akibat terlalu leka dengan media elektronik menyebabkan pencapaian akademik anak-anak di tahap rendah.

4. Penggunaan tembakau,dadah dan alkohol.

5. Pengetahuan seks yang membawa kepada sikap ingin mencuba.


Ibu bapa perlu mengambil tindakan agar anak -anak tidak terlalu bebas untuk menghabiskan masa dengan media elektronik.Antaranya:

1. Ibu bapa perlu menghadkan masa anak-anak dengan media dengan memantau program yang boleh ditonton sahaja.

2. Galakkan anak-anak manfaatkan bermain permainan seperti badminton,bersenam ,bermain batu seremban,congkak dan sebagainya.

3.Libatkan anak-anak dengan menyertai persatuan atau aktiviti riadah di kawasan perumahan. Ini akan membantu perkembangan kognitif agar lebih berkembang daripada biasa.

4. Banyakkan masa berkualiti dengan anak-anak.

5. Dedahkan dunia luar dengan mengajar mereka berkawan dengan rakan sebaya.Ia akan memberi kesan positif serta banyak aktiviti yang menarik dapat dilakukan. 


Dengan pendedahan ini,selain daripada ibu bapa kerajaan juga memainkan peranan penting bagi memantau siaran media elektronik ini.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]