SILA KLIK KAT SINI YE

Friday 19 December 2014

6 Keburukan Meremehkan Dosa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesungguhnya di antara dosa yang paling berbahaya dan sangat dasyat azabnya iaitu seseorang yang meremehkan dosanya tanpa sedikit pun memikirkan akibatnya sama ada di dunia mahupun akhirat. Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita melihat dosanya itu tegolong dalam dosa kecil. Perbuatan tersebut tidak menjadi sebab dia tidak mendapatkan kenikmatannya atau ditimpa musibah.Disebabkan dosanyayang kita anggap kecil itulah hidup kita sentiasa dalam keluh kesah dan rezeki sentiasa tidak cukup.

Maksud dosa kecil adalah dosa-dosa yang dilakukan tanpa sengaja atau disengajakan tanpa tidak terus-menerus. Perbuatan dosa kecil yang dilakukan teus-menerus akan menjadi besar.Jadi jangan sampai dosa kecil  yang dilakukan secara teus-menerus menjadi dosa besar tanpa beristighfar. Antara kesan mendalam kepada kehidupan kita akibat dosa kecil ini adalah:

1. Rasulullah bersabda,"Sesungguhnyadiharamkan rezeki seorang hamba disebabkan kerana dosa yang menimpanya."

2. Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya aku tidak memperhitungkan seorang lelaki yang melupakan ilmunya sebagaimana kamu mengetahui seseorang  disebabkan dosa yang tidak diketahui."

3. Sabda Rasulullah"Seorang wanita diseksa gara-gara seekor  kucing. Beliau mengurungnya sampai mati dan kerana kucing itulah dia masuk neraka. Dia telah mengurungnya tetapi tidak memberinya makan dan minum bahkan membiarkan kucing itu memakan serangga-serangga tanah. " Mungkin kita anggap perbuatan ini tidak salah kerana tidak melibatkan manusia."

4. Para ulama membahagikan dosa kepada dua bentuk iaitu dosa kecil dan dosa besar bagi memudahkan menentukan hukumannya,bukan untuk diremehkan dan membesarkan yang lain.Seorang mukmin hendaknya melihat dosa kecil itu seperti gunung yang besar terletak tepat di atas kepalanya.

5. Jangan menjadi seorang yang fasikyang melihat dosa kecil seperti lalat yang terbang di depannya kemudian terbang.Sedangkan seekor lalatboleh menyebabkan seekor gajah mati.

6. Firman Allah: dalam surah Annisa ayat 31: " Jika kamu menjauhi dosa -dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannyanescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa -dosa kecilmu) dan kami masukkan kamu  ke tempat yang mulia (syurga).