SILA KLIK KAT SINI YE

Tuesday 9 December 2014

Resepi Keropok Lekor Mudah dan Sedap Di Makan Bila-bila Masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Siapa suka keropok lekor? angkat tangan.hehehe. Kalau angkat pun mana nampak kan. Suami dan anak-anak saya gemar sangat makan keropok. Lagi-lagi kalau keropok lekor. Pantang kalau adik ipar balik Terengganu, pasti dikirimnya. Maklumlah keropok lekor Terengganu sedap. Apa yang best sangat dengan keropok lekoe Terengganu ni? Pastinya kerana keropoknya dipenuhi ikan. Tidak terasa langsung tepung. Banyak kandungan proteinnya. Tapi sekarang tidak perlu risau lagi. Merata-rata orang jual keropok lekor ala-ala Terengganu punya. 

Di sini saya ingin kongsikan resepi keropok lekor yang mudah dan sedap yang diberi oleh rakan sepejabat. Katanya mudah sangat nak buat keropok lekor ni. Semudah ABC. Wow...mudahnya. Kalau macam tu jom tengok apa bahan-bahannya.


Resepi Keropok Lekor ala Terengganu Mudah dan Sedap


Bahan-bahannya:


1kg ikan selayang 
½ cawan tepung sagu
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Bersihkan ikan.Buang kulit dan ambil isinya sahaja.
2. Blend isi ikan tanpa air sehingga lumat atau hancur.
3. Kemudian,masukkan isi ikan yang telah diblend itu ke dalam besen dan            campurkan garam,gula serta tepung sagu sedikit demi sedikit.
4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi dan bentukkan ikut kesukaan.
6. Sediakan periuk dan rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan             keropok yang telah dibentukkan tadi. 
7. Angkat bila keropok sudah timbul kerana ia menandakan keropok sudah             masak.
8. Angkat keropok tadi dan toskan. Anda boleh pilih sama ada ingin makan             secara rebus ataupun goreng.

Bantuan google


Ha..mudah tak? Mudahkan. Betullah kata sabahat saya tu semudah ABC. Selamat mencuba kepada penggemar-penggemar keropok lekor. Air tangan sendiri lagi sedapkan.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:





HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]