SILA KLIK KAT SINI YE

Saturday 6 December 2014

Majlis Pengumpulan Saudara Mara Sempena Majlis Perkahwinan Adik Sepupu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar semua di luar sana?Harapnya sihat disamping keluarga sempena hari minggu ni. Jadual hari minggu tentunya padat dengan pelbagai aktiviti. Hari ini merupakan hari pengumpulan kami adik beradik bersama saudara mara sempena majlis perkahwinan adik sepupu yang merupakan anak kepada makcik kami. Makcik Jamaliah merupakan adik bongsu kepada ibu saya. Ini merupakan majlis pertama bagi keluarga makcik Jamaliah.

Makcik Jamaliah mempunyai tiga orang anak perempuan. Pengantin perempuan ini merupakan anak kedua makcik Jamaliah. Dengan adanya majlis perkahwinan ini ,kami sedara mara baru dapat bertemu.Jika tidak,memang sukar sebab semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Adik-beradik saya juga seramai 10 dapat berkumpul di sini. 3 orang lagi tidak dapat bersama-sama memeriahkan majlis kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.Apa yang paling seronok,kami dapat berkumpul dengan abang sulung yang tinggal di Kedah.Abang balik ke Pahang untuk menjenguk mak ayah yang akan berangkat ke Mekah bagi mengerjakan umrah pada 20 Disember ini,in shaa Allah.

Apa yang diharapkan agar silaturrahim ini akan berkekalan hingga ke jannah. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Izzati dan suami. Dan tahniah juga kepada makcik Jamaliah dan pakcik atas kehadiran menantu sulung dalam keluarga.