SILA KLIK KAT SINI YE

Tuesday 21 October 2014

7 mitos keguguran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



KEGUGURAN

Keguguran bermaksud janin yang keluar sebelum kandungan menjangkau usia 20 minggu atau berat bayi kurang dari 500 gram hingga menyebabkan kematian. Sementara itu kandungan yang berusia lebih dari 20 minggu atau berat bayi melebihi 500 gram disebut kematian janin. Terdapat beberapa mitos yang sering dianggap benar oleh masyarakat kita iaitu:

MITOS 1

1. Seorang ibu yang pernah mengalami keguguran berisiko akan melaluinya buat kali kedua bagi kehamilan seterusnya.

Faktanya: Belum tentu ia akan berlaku bagi setiap kehamilan. Peratusan untuk gugur kali kedua sama besarnya dengan keguguran kali pertama. Namun, bagi anda yang pernah mengalami keguguran, peluang untuk menimang bayi yang sihat masih ada.

MITOS 2

2. Masalah pendarahan serta kekejangan perut merupakan tanda keguguran

Faktanya: Sama ada pendarahan ringan atau kekejangan pada minggu pertama kehamilan, ia merupakan situasi biasa dialami oleh seorang ibu. Faktor berlakunya masalah ini adalah sel telur yang melekat dan menempel ke dinding rahim ketika plasenta tertanam di dalam lapisannya.Sekiranya kekejangan dirasai di kawasan dasar rahim, ia tidak perlu dirisaukan. Jika berlaku sebaliknya, perlu segera mendapatkan rawatan.

MITOS 3

3. Setiap penyakit yang dihidapi oleh ibu hamil boleh meningkatkan risiko keguguran.

Faktanya : Jangkitan ringan seperti selsema tidak membahayakan kehamilan tetapi jika ada pertambahan penyakit yang berat, berkemungkinan boleh menyebabkan keguguran. Ia bergantung pada jenis dan tempoh masa yang dideritai serta usia kehamilan. Sesetengah jangkitan boleh membahayakan janin yang berusia seminggu tetapi sekiranya kehamilan berusia 28 atau 32 minggu, maka tiada masalah.

MITOS 4

4. Sekiranya seseorang ibu itu pernah melakukan pengguguran, maka dia mudah untuk gugur lagi pada kehamilan seterusnya.

Faktanya: Tindakan itu tidak mempengaruhi kehamilannya di masa akan datang. Ibu yang hamil banyak bergantung  kepada persediaan fizikal dan mental selain kesihatan tubuh badannya.

MITOS 5

5. Ibu hamil yang berada dalam situasi yang bmbang atau takut sebenarnya sedang menyakiti janinnya sekaligus meningkatkan faktor keguguran.

Faktanya: Perasaan takut yang berlebihan sebenarnya mengundang  kepada tekanan di samping mengganggu perkembangan janin. Sebaiknya fikirlah ke arah positif.

MITOS 6

6. Bayi yang keguguran sebenarnya memahami bahawa dia tidak diperlukan

Faktanya: Sebenarnya janin dapat merasai dan mengetahui perasaan ibunya melalui hormon-hormon yang telah dihasilkan oleh tubuh si ibu. Marah atau resah yang berpanjangan tidak menyebabkan keguguran tetapi mengganggu perkembangan janin. Kesannya, janin mungkin lahir dengan kurang berat badan.

MITOS 7

7. Keguguran boleh berlaku apabila ibu hamil berhadapan tekanan

Faktanya : Ibu hamil yang tertekan dengan masalah sebenarnya sedang melepaskan hormon kortisol. Apabila terlalu banyak dihasilkan, ia mampu menembusi plasenta sekaligus mengganggu perkembangan otak janin. Ibu juga berisiko mengalami pre-eklampsia. Ibu perlu banyakkan rehat dan lakukan sedikit senaman demi kesihatan diri dan bayi yang dikandung.



HUBUNGI SAYA:- 




Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 11221244

1 comment:

Unknown said...

Teringat anak buah kite bukan gugur tp baby meninggal dlm kandungan pada usia 7 bulan... al fatihah

salam perkenalan #rti2