Daging Kicap lada hitam antara menu kesukaan saya dan keluarga. Lebih-lebih lagi anak dara kesayangan saya ni. Kalau dihidangkan menu ini, nasi penuh pingganla jawabnya. Anak-anak saya gemarkan masakan yang sedikit pedas. Kalau tidak pedas, memang tak akan makan.
Di sini saya kongsikan bagaimana untuk menyediakan resepi ini. Jom kita tengok apa bahan-bahannya.
Bahan-bahan:
- Daging
 - Bawang merah /kecil
 - Bawang putih
 - Halia
 - Lada hitam
 - Kulit kayu manis
 - Bunga lawang
 - Garam secukup rasa
 - Kicap
 
Bahan untuk kisar atau tumbuk:
- Bawang merah
 - Bawang putih
 - Halia
 - Lada hitam
 
![]()  | 
| saya lebih suka bahan ditumbuk | 
Cara-cara:
- Tumiskan kesemua bahan yang dikisar di dalam minyak yang panas
 - Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis, goreng hingga naik bau
 - Masukkan daging dan kicap. Biarkan sehingga daging empuk
 - Masukkan air sekiranya terlalu pekat
 - Masukkan garam secukup rasa
 - Siap untuk dihidangkan
 
![]()  | 
| Tumis | 
![]()  | 
| Bagi empuk sikit dagingnya supaya lembut | 
![]()  | 
| Siap dihidang | 
Mudah aje kan? Apa lagi, selamat mencuba.
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124




6 comments:
sedapnya..daging ada dalam peti..nanti boleh cuba..tq..
Ibu Riana Onlineshop
Sedapnye daging....Senang dan mudah....
nanpak menarik, kena beli daging ni nk try jgk:)
wah sedapyer daging masak kicap:)
Yummy... boleh cuba nt, banyak lagi daging raya korban baru2 ni dalam peti ais... :)
Baca Tentang: Cara Makan Set Kurus
Haa bagus letak resepi daging time2 macam ni. Tengah banyak daging ni. Boleh cuba resepi ni. hehe. tq
Jom lawat blog saya : http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com/
Post a Comment