SILA KLIK KAT SINI YE

Wednesday, 24 December 2014

8 Faktor Kuku Rosak Yang Menyebabkan Mudah Patah dan Rapuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Setiap wanita mengimpikan kuku yang bukan sihat, malah kelihatan kemas, cantik dan bersinar. Seandainya kena gayanya tidak sukar untuk merealisasikan impian ini. Namun, tahukah anda faktor yang menyebabkan kuku rosak? Ini akan menyebabkan kuku mudah patah dan menjadi rapuh. Di sini saya akan kongsikan kepada pembaca-pembaca semua 8 faktor yang menyebabkan kuku rosak.


Faktor Yang Menyebabkan Kuku Rosak


1. Tekanan antara punca yang menyebabkan kesihatan merosot. Ini juga akan menjejaskan kesihatan kuku.

2. Elakkan menggunakan kuku sebagai alat seperti membuka tin biskut kerana amalan ini akan merosakkan kuku.

3. Jangan sesekali menggigit kuku kerana tabiat buruk ini bukan sahaja mencacatkan penampilan tetapi juga boleh membuatkan kuku tercedera.

4. Jangan terlalu malas untuk menyapu pelembap di bahagian tangan dan kaki agar kuku sihat dan bersinar.

5. Sekiranya anda seorang yang alergik, elakkan diri dari menggunakan pencuci yang tinggi kandungan kimia kerana ia boleh menipiskan kulit dan membuatkan kuku rapuh. Sebaliknya pilih bahan pencuci yang mesra alam.

6. Jika kuku terlalu panjang, ia menyebabkan kuman terperangkap di bawah kuku dan berisiko tinggi untuk patah dan seterusnya mencederakan bahagian ini.

7. Sekiranya anda sering melakukan aktiviti yang berisiko seperti berkebun, gunakan sarung tangan untuk melindungi tangan daripada kecederaan. Ia juga mengelakkan tangan anda menjadi kasar.

8. Kekurangan kalsium boleh mengundang masalah kuku rapuh dan mudah patah.


Jika ada punca semestinya ada penyelesaian. Mari kita lihat bagaimana untuk mengatasi kuku rosak.



Cara Atasi Masalah Kuku Rosak.


1. Anda perlu menitikberatkan kebersihan diri. Basuh tangan selepas ke tandas atau apa jua aktiviti yang terdedah kepada pencemaran. Tangan yang kotor menjadi tempat pembiakan kuman yang akan menjejaskan kesihatan kuku anda.

2. Bagi yang gemar memakai pewarna kuku khususnya yang bukan beragama Islam, anda perlu bersihkan kawasan ini dengan pembersih khas. Kemudian lap menggunakan kapas secara lembut dan jangan sesekali melakukannya dengan kasar kerana ia boleh merosakkan permukaan kuku.

3. Potong dan rapikan kuku jika ia sudah panjang. Lakukan lebih kerap jka kuku anda jenis cepat panjang.

4. Rendam jari tangan dan kaki anda dalam air suam yang dicampur dengan minyak zaitun. Ini akan membantu anda menghilangkan daki dan kotoran degil. Selepas itu keringkan bahagian ini dengan tuala lembut.

5. Amalkan merendam kaki seminggu sekali dengan air garam bukit yang dicampur dengan air suam. Amalan ini dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah dan membuatkan kulit menjadi lebih lembut.

6. Sentiasa sapukan pelembap di bahadian tangan dan kaki. Anda juga boleh amalkan pengambilan vitamin seperti zinc  dan kalsium yang bukan sahaja mencantikkan kulit malah bermanfaat untuk menguatkan kuku.


ZINC COMPLEX




Menghilangkan bintik putih di kuku dan menggalakkan kuku yang sihat


2. KALSIUM /OSTEMATRIK




Kekurangan kalsium menyebabkan kuku pecah


Penjagaan kuku amat penting bagi kita terutama bagi yang beragama Islam kerana kebersihan itu sebahagian daripada Iman. Jika ingin membentuk Iman yang kuat, segala-galanya perlu bersih. Dapatkan sekarang suplemen anda bagi menjaga kebersihan, kecantikan serta pertumbuhan kuku yang sihat agar penampilan anda tidak dikritik.
Dapatkan sekarang dengan menghubungi saya seperti di bawah. Segalan konsultasi akan diberi secara percuma.

Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

1 comment:

nila anggraini said...

Thanks for info dear...pemeliharaan kuku sangat penting sekali untuk memastikan kesihatan kita.

Penyusuan Susu Ibu Begitu Istimewa bagi Ibu dab Bayi