SILA KLIK KAT SINI YE

Sunday 2 November 2014

7 Tips Tampil Memikat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entri kali ni lebih kepada lelaki yang ingin sekali memikat wanita idaman mereka. Tampak yakin dan mempunyai aura tersendiri bukanlah perkara mudah untuk diwujudkan. Jom kita lihat tip penampilan lelaki macho ini. 


7 Tips Tampil Memikat

1. Pakaian berpadanan

* Perkara utama yang menampakkan lelaki peka dengan fesyen ialah cara memilih pakaian. Kebanyakan lelaki, masalah yang paling utama ialah memakai baju yang lebih besar daripada badannya sendiri. Pastikan memili pakaian yang padan dengan susuk tubuh.

2. Ringkas tetapi bergaya

*Amalkan menggayakan pakaian tidak lebih daripada 3 warna. Pakaian yang ingin digayakan, bole dikenakan dengan jaket hitam atau putih untuk tampak lebih menyerlah.

3. Peka dengan majlis

Jangan terlebih fesyen ketika hadir di sesuatu majlis kerana ia akan membuatkan anda kelihatan pelik. Sentiasa berfikir jenis majlis apa yang akan anda hadiri. Kalau lokasinya di tempat terbuka dan panas, sesuaikan tema dan cuaca. Jangan pula pakai pakaian yang tebal.

4. Berhati-hati memilih baju-T

* Jangan amalkan memakai baju-T yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti dupah syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak..hihihi

5. Jangan terikut dengan trend

* Terlalu mengikut trend sebenarnya tidak elok kerana ia akan berubah mengikut peredaran masa. Tidak guna membeli pakaian mengikut trend tetapi anda jarang memakainya.

6. Jangan beli kerana jenama

* Sebelum membeli pakaian, pastikan bertanya kepada diri sama ada ingin membeli kerana jenama atau ingin bergaya. Biarlah kita membeli pakaian murah tetapi bergaya berbanding membeli yang mahal tetapi tidak padan dan nampak tidak elok. Lagi jimat beli yang murah kerana boleh beli banyak.

7. Terus bentuk imej sendiri

* Cuba bentuk stail tersendiri. Jangan terikut-ikut dengan cara orang semata-mata untuk nampak macho. Percaya pada diri sendiri.


Kaum lelaki bolehla ikut tips yang diberikan. Ukur baju di badan sendiri. Selamat mencuba.


HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]