SILA KLIK KAT SINI YE

Tuesday, 25 November 2014

Manfaat Garam Bukit untuk Kecantikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Garam bukit merupakan anugerah yang paling berharga. Ia bukan sahaja menambah keenakan makanan malah mempunyai manfaat yang sangat besar untuk kecantikan dan kesihatan.

Garam bukit berasal daripada alam semula jadi iaitu dari pergunungan Himalaya di sebuah Karakoram di Timur negara Pakistan. Garam bukit wujud dengan semula jadinya sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran.

Garam bukit asli mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan oleh tubuh manusia. Antaranya hidrogen,karbon,nitrogen ,oksigen,sodium,magnesium,aluminium dan kalsium.  Garam bukit kelihatan jernih dan semula jadi. Ia terbentuk akibat tekanan. Semakin tinggi tekanan,semakin sempurna bentuk dan strukturnya. Lagi banyak kesempurnaan geometri garam,makin tinggi nilainya.

Manfaat Garam Bukit untuk Kecantikan


1. Garam bukit dapat meningkatkan aura dan potensi diri.
2. Garam bukit juga membantu merawat masalah jerawat dan parut.
3. Membantu membuang toksin dalam badan.
4. Menanggalkan sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
5. Merawat pelbagai masalah kulit khususnya kegatalan.
6. Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semula jadi.
7. Mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit.
8.  Tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sebenarnya kita digalakkan menggunakan garam bukit berbanding garam biasa kerana garam bukit mempunyai khasiat yang sangat banyak. Garam bukit juga dipanggil 'raja garam' atau emas putih.

2 comments:

NurFatihah Che Daud said...

Mmg elok garam bukit ni...lampu garam bukit pun ada kan?


JOM JOIN DAN MERIAHKAN GIVEAWAY NI

MamaMia said...

info menarik sis..