SILA KLIK KAT SINI YE

Saturday 15 November 2014

Ayam Masak Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Apa khabar semua blogger-blogger dan pembaca -pembaca sekalian. Harapnya semua sihat di samping keluarga di hari minggu ni. Apa aktiviti anda hari minggu ni? harap-harap semuanya yang menyeronokkan. Maklumla, waktu cuti ni la kita berkumpul dengan keluargakan. Kalau tak semua sibuk dengan tugasan di pejabat. 


Hari ni saya berkumpul dengan adik beradik sempena kedatangan mak ayah ke Shah Alam. Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain membuat kedua orang tua gembira dan sangat dihargai oleh anak-anak. Selalunya macam ni la kalau mak ayah datang ke KL/Shah Alam. Kami akan berkumpul di salah sebuah rumah adik-beradik dan makan bersama-sama.

Baiklah, tak nak cerita panjang-panjang. Hari ni saya nak kongsikan bersama para pembaca semua satu resepi  iaitu Ayam Masak Serai.

AYAM MASAK SERAI

Bahan-bahan


1 ekor ayam 
6 batang serai dititik hingga pecah hujungnya
2 keping asam gelugur
garam 
gula
sedikit kunyit

Bahan untuk di kisar :

6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara Menyediakan Ayam Masak Serai :

1.Gaulkan ayam bersama sedikit garam serta serbuk kunyit sehingga sebati.

2.Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

3.Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing.

4.Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam   gelugur,serai,garam dan gula dan goreng lagi sehingga serai kering.

5. Siap untuk dihidang.

Tara....Selamat mencuba.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]