SILA KLIK KAT SINI YE

Monday 3 November 2014

Pendapat Imam Ghazali Dalam Mendidik Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

PENDAPAT IMAM GHAZALI DALAM MENDIDIK ANAK


Menurut Imam Al-Ghazali, beliau memberi istilah Riadhatus Sibyan dalam soal mendidik anak-anak iaitu pentingnya memberi pendidikan kepada anak-anak agar mereka membesar sebagai seorang muslim yang memahami tugas dan tanggungjawab terhadap dirinya, keluarga , masyarakat, negara dan agama. Antara perkara-perkara yang dititikberatkan berdasarkan pendapat beliau adalah:

CARA MENDIDIK

1. Mendidik mereka supaya beradab dan berbakti terhadap ibu bapanya, guru dan orang       yang lebih dewasa daripadanya

2. Wajib mendidik mereka melakukan ibadah terutamanya solat dan puasa. Latihlah mereka supaya menampilkan akhlak yang terpuji serta mencegahnya dari bergaul dengan rakan-       rakan yang buruk pekertinya.

3. Hindarkan mereka dari pengaruh kehidupan mewah dan bersenang -lenang kerana             dikhuatiri mereka tidak biasa dengan ujian hidup pada masa akan datang. Latihlah mereka   dengan gaya hidup sederhana dengan bersyukur terhadap nikmat Allah walaupun sedikit.

4. Jika anak-anak sudah boleh membezakan mana yang baik dan buruk, maka bantulah mereka membina akhlak yang mulia.

5. Jika wujudnyasifat rakus dalam diri mereka seperti waktu makan, maka didiklah mereka supaya beradab ketika makan terutamanya membaca bismillah sebelum makan, paksa mereka menggunakan tangan kanan, mengambil lauk yang berhampiran terlebih dahulu, menunggu ahli keluarga yang lain untuk makan bersama-sama, makan dengan tenang agar tidak mengotorkan pakaian. Laranglah mereka dari makan terlalu banyak dan berilah pujian jika mereka makan secara sederhana.

6. Elakkan mereka dari kerap berkawan dengan orang yang biasa hidup dengan kemewahan.

7. Biasakan mereka memakai pakaian yang menutup aurat dan agak longgar. Kalau boleh biasakan anak lelaki memakai pakaian warna putih.

8. Segeralah memuji jika melihat anak-anak melakukan perkara terpuji. Tetapi sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak baik buat pertama kali, usahlah disingkap dan disoal jawab serta berpura-pura melupakannya. Sekiranya ia mengulangi perbuatannya, tegurlah dengan penuh hikmah sehingga mereka menunjukkan penyesalan.

9. Jangan biasakan mereka tidur di siang hari kerana tabiat ini akan menjadikan ia malas. Biasakan mereka tidur di tempat yang tidak empuk agar mereka terbiasa dengan gaya hidup sederhana.

10. Latih mereka supaya memperbanyakkan pergerakan badan supaya mereka cergas dan sihat.

11. Jangan biarkan mereka berjalan dalam keadaan yang sombong sebaliknya latihlah mereka berjalan dengan sifat rendah diri tetapi jangan sampai dipandang endah oleh orang lain.

12. Latihlah mereka supaya tidak banyak membuat kritikan , mengutuk dan mencaci seseorang.

13. Latih mereka supaya bersifat sabar jika didenda guru kerana sifat sabar adalah lambang keberanian dan jangan suka mengadu dan berteriak seperti lagak seorang pondan.

14. Izinkan mereka bermain dan beriadah sebaik pulang dari rumah, selepas persekolahan asalkan mereka menjaga adab-adab Islam agar mereka dapat merehatkan minda dan tubuh badan. Larangan daripada bermain akan menyebabkan mereka bosan terhadap pelajaran dan membantutkan kecergasan.

15. Berilah peringatan kepada anak-anak supaya mereka takut untuk melakukan perbuatan mencuri , makan makanan haram, melakukan khianat, berdusta dan sebagainya sekiranya kita melihat mereka ada kecenderungan melakukan perkara-perkara tersebut.






HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]