SILA KLIK KAT SINI YE

Saturday 8 November 2014

Rahsia Solat Untuk Menjadi Genius

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Rahsia Solat

Untuk menjadi seorang yang genius dan cemerlang, solat fardhu tidak boleh diabaikan sama sekali. Dalam pada kita menuntut ilmu, kita wajib menunaikan solat seperti mana yang telah diamanahkan kepada kita sebagai umat Islam. Solat merupakan amalan yang sangat penting sehinggakan semasa berperang sekalipun, kita tidak boleh meninggalkannya. Inikan pula semasa menuntut ilmu.

Semasa berperang, pihak yang mempunyai strategi yang lebih baik akan menang. Buktinya, semasa perang Uhud, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Kafir Quraisy. Jumlah tentera Islam ketika itu hanyalah 313 orang termasuk Nabi Muhammad S.A.W. Jumalah tentera Kafir pula seramai 1000 orang. Walaupun tentera Islam jumlahnya jauh lebih sedikit, tetapi mereka menang kerana memiliki strategi yang baik.

Bagaimana tentera Islam dapat memikirkan strategi yang baik? Ini kerana mereka dapat berfikir dengan baik. Otak mereka bekerja dengan baik kerana ia dapatbekalan makanan yang mencukupi. Otak mereka mendapat bekalan oksigen yang mencukupi kerana menunaikan solat walaupun ketika berperang.

Bantuan google

Fakta


Menurut Peter Russel dalam bukunya, otak orang yang mengerjakan solat bekerja 7 peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat.

Bagaimana Solat Membantu Kita Menjadi Genius?

1. Orang yang solat, otaknya bekerja lebih tepat dan cepat.

Untuk menjadi genius yang cemerlang, kita perlu memastikan otak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Oksigen ialah salah satu daripada makanan otak. Otak yang mendapat makanan yang mencukupi mampu bekerja dengan cemerlang.

Semasa kita dalam keadaan berdiri atau duduk, jantung kita berada di bawah manakala otak kita berada di atas. Semasa jantung mengepam darah, tempat pertama yang dituju dan sampai ialah bahagian otak. Namun demikian, dalam keadaan ini, darah yang dipam terpaksa melawan tarikan graviti untuk naik ke atas untuk sampai ke bahagian otak.

Tahukah anda bahawa salah satu kedudukan terpenting dalam solat ialah sujud. Semasa kita sujud, kepala berada di bawah, manakala jantung berada di atas. Pada kedudukan ini, darah yang dipam oleh jantung dapat meluncur laju dengan mudah sekali ke otak. Ini kerana darah tidak perlu lagi melawan tarikan graviti.

Jadi tidak hairan apabila kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati otak orang yang solat, bekerja lebih cepat dan lebih tepat. Hal ini disebabkan otak mereka mendapat makanan yang lebih berbanding mereka yang tidak solat.


Tahukah anda?

Dalam sehari kita melakukan perbuatan sujud sebanyak 34 kali?


2. Solat melatih untuk mengurus masa

Orang yang genius dikurniakan masa yang sama banyak dengan orang biasa. Masing-masing memiliki 24 jam sehari. Namun demikian, orang yang genius tahu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Solat membantu kita menjadi pengurus masa yang cemerlang. Oleh kerana solat fardhu mempunyai waktunya masing-masing, maka kita perlu prihatin dan peka dengan waktu.

Ini kerana kalau kita solat maghrib pada jam 9.00 malam contohnya dengan sengaja, ia dianggap tidak sah dan berdosa. Kepekaan terhadap waktu mampu menjadikan kita sebagai yang rajin berusaha dan menjadi genius.

3. Solat melatih kita supaya berdisiplin

Mampukah orang yang tidak berdisiplin menjadi genius? Orang yang tidak berdisiplin sukar menjadi genius. Kenapa? Untuk menjadi genius kita perlu rajin berusaha. Untuk menjadi rajin, kita perlu mempunyai sikap disiplin yang tinggi.

Solat dapat mengajar dan mendidik kita supaya menjadi seorang yang berdisiplin. Sebagai contoh, sebelum solat kita perlu mengambil wuduk. Ketika berwuduk pula kita perlu lakukan mengikut aturan yang betul. Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Begitu juga ketika melakukan solat. Ada aturan dan peraturannya. Semua ini akan mendidik kita menjadi seorang yang berdisiplin. 

4. Solat dapat membantu agar doa diterima

Solat dapat menggugurkan dosa. Nabi pernah bersabda, "Sembahyang yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki". Antara sebab -sebab doa tidak diterima ALLAH ialah terhalang oleh dosa-dosa kita.

Untuk menjadi genius dan cemerlang, kita perlu sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada ALLAH. In shaa Allah dengan taat mendirikan solat, dosa-dosa kita akan diampunkan. Apabila tiada dosa, ALLAH mudah menerima doa kita.

5. Solat mengajar kita untuk fokus

Solat dapat mencegah kita daripada melakukan perbuatan yang tidak baik dan sia-sia. Tuhan ada menyebut dengan jelas perkara ini di dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud, " Sesungguhnya sembahyang dapat mencegah seserang daripada perbuatan keji dan mungkar."

Orang yang genius tidak suka membazirkan masa dan tenaga dengan melakukan perkara-perkara jahat yang merugikan dirinya dan orang lain. Oleh yang demikian, mereka dapat menumpukan banyak masa dan tenaga dalam melakukan  perkara yang boleh memberi faedah.

6. Solat mengajar kepentingan ilmu

Mustahil menjadi orang yang genius tanpa memiliki ilmu dan kemahiran. Sembahyang dapat mendidik kita supaya mementingkan ilmu. Bagaimana kita hendak solat sekiranya tidak memiliki ilmu. Banyak perkara yang mesti dipelajari sebelum kita melakukan solat.

7. Solat menghadiahkan ketenangan

Solat terbukti mempunyai penawar yang mampu meredakan stress.  Bacaan ketika solat jika dilakukan dengan kusyuk, mampu menguatkan dan mendamaikan hati, sekaligus memberi kejayaan kepada kita tidak kira apa yang kita lakukan, In shaa Allah.

Di dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 yang bermaksud, 'Ketahuilah dengan berzikir kepada ALLAH, hati akan tenang.'

Bantuan google

Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE

2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

2 comments:

Nila Anggraini said...

Sholat adalah kewajiban yang harus kita lakukan....jangan sesekali anda tinggalkan sholat kerana sholat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Udang Menyorok Dalam Taucho Buncis

Unknown said...

solat harus diutamakan.. kerana banyak manfaat yang diperolehi daripada solat

Rahsia Kecantikan Semulajadi