SILA KLIK KAT SINI YE

Thursday 27 November 2014

Cuti sekolah yang menyeronokkan anak-anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Cuti sekolah adalah cuti yang ditunggu- tunggu oleh kebanyakan anak- anak yang bersekolah. Seperti juga anak saya, begitu gembira apabila tiba musim cuti sekolah. Apa yang ada dalam fikirannya hanyalah balik kampung.

Untuk memenuhi impian anak- anak saya,saya mohon cuti selama seminggu untuk membawa anak- anak pulang ke kampung halaman di Pahang. Selama seminggu di Pahang,saya berulang ke rumah ibu bapa saya dan rumah mentua. Maklum aje lah kami sekampung.

Anak-anak memang tak duduk diamla kat rumah...Ada saje yang dilakukan bersama sepupu sepapatnya. Main kejar-kejar,berbasikal, dan sebagainya. Apa yang menyeronokkan jika di kampung,tentulah makan sambil berkumpul dengan adik-beradik. Banyak cerita yang dikongsikan. Rumah jadi riuh rendah jika cucu-cucu pulang ke kampung.

Esok kami sekeluarga akan berangkat balik ke Shah Alam. Anak sulung tak mahu pulang katanya cuti sekolah. Tapi disebabkan kakak sepupunya ikut, tak jadilah dia tinggal di kampung. Harapnya cuti tahunan yang berbaki lagi akan dimanfaatkan untuk menziarahi kedua orang tua di kampung,in shaa Allah.