SILA KLIK KAT SINI YE

Sunday 23 November 2014

Tips Pakaian Murah Nampak Mahal dan Bergaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Untuk tampak bergaya bukanlah persoalan kepada kemampuan seseorang.Lagipun cita rasa perseorangan tidak boleh dibeli secara sembarangan. Sesetengahnya memakai baju berjenama tetapi nampak tidal menarik langsung.

Bolehkah kita nampak elegan dan anggun dengan pakaian murah? Bagaimana ingin menggayakan pakaian yang murah agar kelihatan mahal dan bergaya? Jom ikuti tips ini agar anda nampak anggun dan bergaya.

TIPS PAKAIAN MURAH NAMPAK MAHAL DAN BERGAYA

1. Lihat fabrik
Kualiti fabrik adalah antara elemen penting untuk membezakan sama ada pakaian tersebut akan nampak mahal atau murah. Pernahkah anda membeli pakaian secara 'online' sebab tertarik dengan paparan yang diiklankan,tetapi apabila sampai ke tangan,berasa hampa kerana kualiti tidak seperti yang diinginkan. Cuba elakkan fabrik sintetik yang murah atau mudah koyak. Fabrik jenis semula jadi seperti kain kapas,linen dan sutera memberikan imej yang bermutu tinggi. Elakkan juga fabrik berkilat kerana berkemungkinan daripada fabrik murah.

2. Tengok pada aksesori

Jika bajet terhad, anda perlu bijak melabur terutama pada aksesori asas seperti kasut,beg tangan atau tali pinggang. Pilih aksesori yang unik dan gunakannya sebagai fokus penampilan anda semasa menghadiri majlis.

3. Jangan bazirkan wang pada barang asas

Anda boleh memilih contohnya jeans yang murah tetapi padankan dengan aksesori yang bergaya untuk mencipta penampilan yang menarik.

4. Tengok pada kualiti

Semasa membeli-belah,cari barangan yang berkualiti tinggi terutama semasa jualan murah diadakan. Tengok pada jahitan tepi pakaian dan pastikan ianya kelihatan kemas. Pastikan butang atau corak semuanya bersimetri bagi memastikan barangan yang dibeli berkualiti tinggi.

5. Kunjungi pasar lambak

Sekiranya terdapat pasar lambak,jangan lepaskan peluang untuk kunjungunya. Di situ anda akan berjumpa dengan item yang unik,berkualiti tinggi yang dijual dengan harga murah.

6. Padankan warna yang betul

Imej perlu padan dari rambut hingga kaki.Lihat warna yang sesuai dengan kulit atau penampilan anda. Suai padankan pakaian dengan imej anda agar tampak anggun dan segak.

Semoga tips-tips ini bermanfaat pada anda semua.