SILA KLIK KAT SINI YE

Friday 14 November 2014

Khasiat Asam Gelugur Untuk Pelangsingan Badan Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

sumber: google

Asam gelugur juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis, asam gelugur, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, Tumbuhan liar ini didapati di banyak tempat di Asia dan Malaysia terutama dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.

Kandungan Khasiat Buah Asam Gelugur/Keping


Buahnya berwarna kekuning-kuningan dan berbentuk seperti buah labu. Ianya selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa, masakan asam pedas, masak lemak cili api dan sebagainya. Asam gelugur juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukan.

Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugur terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dan dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kegemukan dan kolestrol dalam badan. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan asam gelugur terdiri daripada unsur aktif 50% dan 70% HCA.


BUAH ASAM GELUGUR

Kandungan lain buah ini adalah Asid Citric seperti tartaric, malic dan asid ascorbic , acid hydroxy citric , dan flavonoids. Bila dipotong nipis dan dikeringkan di bawah matahari ianya dipanggil sebagai “Asam Keping”yang digunakan dalam penyediaan beberapa jenis masakan.  

Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur


Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu di kawasan Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). 

Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti ;

1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar
2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan
3. Mereka yang terlalu gemuk

Buah Asam Gelugur bukan jenis makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan.


ASAM GELUGUR KEPING YANG DIKERINGKAN

Asam gelugur yang kini semakin digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Jumlah yang baik bagi pengambilah HCA tidak diketahui, walau bagaimanapun pengamal pengawal berat badan mencadangkan 500 mg HCA diambil 3 kali sehari sebelum makan, jumlah yang terlalu rendah dibandingkan dengan yang digunakan dalam uji kaji keatas binatang (berdasarkan per kilo berat badan asas).

Kesan HCA lebih memberangsangkan jika diambil dengan pemakanan rendah lemak kerana HCA tidak melakukan apa apa untuk mengurangkan kesan kalori pada pemakanan lemak. Tindak balas mekanisma HCA adalah hanya sebahagian sahaja menghalang penukaran gula asas (simple sugars) kepada lemak, tapi ia amat sesuai dan berkesan apabila diambil dengan gula asas yang tinggi. Pemakanan yang tinggi serat menyebabkan kerosakan penyerapan HCA seperti  dinyatakan sebelumnya.

Unsur utama dalam Asam Gelugur ialah  ‘Acid Hydroxyl Citric’ (HCA). Dalam kiraan asas harian, HCA terbentuk dari 20-30% buah-buah kecil (berry).  HCA yang terkandung di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan.

Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas :

1. Menyekat selera

Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

2. Menghalang pembentukan lemak asid (lipid synthesis)

HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Mekanisma terkini berdasarkan dari fahaman penolakan lemak oleh pembentukan orgarnisma semulajadi atau mekanisma gangguan pembentukan lemak metabolisma yang menghasil dan mengekalkan kegemukan.

Kegunaan Dan Khasiat Buah/Asam Gelugur 

1. Mengecutkan Rahim & Menurunkan Berat Badan

Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

2. Mengubati Masalah Penghadaman

Amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) bagi ianya digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

3. Merawat Masalah Perut

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut.

4. Menurunkan Tekanan Darah

Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.

5. Merawat Sakit Telinga

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

6. Melegakan Sakit Gusi

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. 



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]