SILA KLIK KAT SINI YE

Tuesday, 25 November 2014

Khasiat ulam raja yang menjadi kegilaan orang untuk diambil setiap hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pokok ulam raja merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin. Ulam raja merupakan spesis bunga intan berayun yang berwarna ungu atau kuning dan berbunga kecil. Ulam raja mengandungi 3 peratus protein,0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Khasiat ulam raja membuatkan orang akan mengambilnya sebagai ulam harian.

Khasiat Ulam Raja

Ulam raja mempunyai khasiatnya tersendiri yang membuatkan orang yang sememangnya penggemar ulam tidak akan melupakannya untuk ulaman setiap hari. Seperti saya juga sangat gemarkan ulam raja walaupun dahulunya saya memang anti dengan sayuran kerana saya tak suka dengan bau dan rasanya. Namun kini saya adalah penggemar ulaman. Antara khasiat ulam raja adalah:

1. Memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah serta menguatkan tulang.

2. Sebagai antioksidan (AEAC) yang amat tinggi iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2400 milligram L-asid askorbik.

3. Melebihi 20 jenis bahan antioksida yang dikenalpasti dalam ulam raja yang disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud dalam dimer.

4. Mengurangkan tekanan oksidatif yang mungkin mengandungi antioksida yang tinggi.

5. Menambah kandungan oksigen dalam badan.

Dengan adanya khasiat ulam raja ini,ia lebih memberi kepercayaan bahaya makan ulam itu sangat indah dan swap kerana ianya juga dapat memberi manfaat pada tubuh badan. Rugi rasanya jika tidal makan ulam setiap hari. Jom ubah cara hidup agar lebih sihat dan cergas.

Zainah Mohamad
ID 1122124
No Tell : 012-350 4258