SILA KLIK KAT SINI YE

Tuesday, 11 November 2014

Bakal pengantin resah cari petua hilangkan jerawat

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Cuti sekolah bakal tiba, ramailah bakal pengantin bersiap-siap segala persiapan supaya di hari persandingan semuanya berjalan lancar. Tetapi dalam menyiapkan persiapan tiba-tiba pula wajah ditumbuhi jerawat yang sememangnya mengganggu seri wajah bila nak bersanding nanti. Jerawat sememangnya musuh bagi wanita kerana mencacatkan wajah. Selain itu, ia akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri.  Jadi di sini saya berkongsi petua untuk hilangkan jerawat bagi membantu bakal-bakal pengantin terutama di kalangan wanita.

Petua Hilangkan Jerawat

1. Tidur yang cukup

Untuk menghilangkan jerawat, anda perlu memastikan diri anda tidur dalam keadaan muka yang bersih dari kotoran dan pastikan juga mekap sudah dicuci. Ini bagi merehatkan kulit muka kita serta mengelakkan daripada liang pori-pori tersumbat yang menyebabkan minyak-miyak dimuka berkumpul dan hasilnya terbentuklah musuh utama wanita iaitu jerawat. 

2. Pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat perlu dititikberatkan agar jerawat tidak mendekati kulit wajah anda. Apa yang dimaksudkan dengan pemakanan yang sihat? Tentunya buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda kurang mengambil makanan yang berminyak kerana ia sangat-sangat membantu pertumbuhan jerawat. Tubuh badan perlu bebas daripada bahan kimia serta asid yang boleh menghakis protein yang ada dalam tubuh badan. Ini akan mempercepatkan proses penuaan. Ha, tak nak tua jaga pemakanan okey. Minum air kosong juga merupakan petua bagi menghilangkan jerawat kerana dengan memnum air, segala toksin akan dinyahkan daripada badan.

3. Menggunakan pencuci muka antibakteria

Penggunaan pencucui muka yang betul juga memainkan peranan dalam menghilangkan jerawat yang bertempek di muka. Pencuci muka bersifat natural dan semulajadi.

4. Elakkan menyentuh kulit muka dengan tangan

Pastikan anda tidak menyentuh kulit wajah tanpa membersihkan tangan terlebih dahulu. Keadaan tangan yang kotor akan menyebabkan pertumbuhan jerawat berlaku dengan cepat.
ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mengandungi bakteria.

5. Jangan picit jerawat

Sape tak geramkan tengok jerawat yang banyak bertempek kat muka ni. Geram aje nak picit. Jaga-jaga ye. Pastikan anda tidak memicit sebarang jerawat yang tumbuh di kulit wajah anda kerana ia akan meninggalkan parut dan menghodohkan lagi wajah anda.

6. Sentiasa berwudhuk

Dengan berwudhuk bermaksud kita sentiasa mencuci wajah kita dari sebarang kekotoran. Orang tua-tua kata, kalau rajin berwudhuk, muka akan sentiasa bercahaya. Jadi, rajin-rajinlah berwudhuk.

Terdapat juga cara lain untuk anda menghilangkan jerawat. Iaitu dengan mengamalkan suplemen setiap hari bagi memperbaiki hormon badan yang tidak betul. Antara suplemen untuk hilangkan jerawat adalah:

1. ESP - Energizing Soy Protein - Mempertingkatkan pemulihan luka dan mengurangkan parut di wajah.

2. Zinc Complex - Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan inflamasi dan mempertingkatkan tahap sihat hormon.

3. Vita C Sustained Release - Mempertingkatkan sistem imun, membantu menyekat bakteria yang menyebabkan jerawat.

4. Vitamin E - Melindungi dari radikal bebas


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

4 comments:

Maria Awi said...

risau tau nak naik pelamin kalu muka penuh jerawat.
hilang seri nanti...
cepat2 dapatkan set cantik shaklee...

Isteri Pengarah Sedih. Cari Cara Pulihkan Strok Suami Dengan Segera

Salju Sakinah said...

memang risau..kalau boleh nak naik pelamin siap pergi facial bagai, sebab nak cantik berseri2 kan.tapi kecantikan bermula dari dalam juga, amalkan petua ini boleh membantu, plus amik juugak suplemen yg sesuai bagi mencukupkan apa yang x cukup..

IBU SUSAH HATI ANAK MENANGIS KERANA SEMBELIT

Nursimatun Md Yusof said...

Mau nya tak risau.. Semua pengantin nak cantik berseri2 kan di hari bahagia... So, cepat2 dapatkan supplemen yang boleh membantu anda. Jangan tunggu dah sampai hari kenduri baru nak makan ye...

Nak tahu cerita tentang garlic??? Benarkah Seorang Ayah Yang Menghidap Darah Tinggi Mengambil Garlic Shaklee Menyebabkan Bacaan Darahnya Semakin Tinggi??

cara menghilangkan jerawat secara alami said...

Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
.