SILA KLIK KAT SINI YE

Thursday 20 November 2014

Tips Cepat Hamil Bagi Pasangan Yang Berkeinginan Zuriat Dalam Tempoh Singkat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Rumahtangga pastinya lebih indah dan bermakna apabila riuh dengan suara anak-anak. Keletah serta perwatakan yang manja membuatkan tubuh yang penat selepas pulang dari bekerja akan kembali bertenaga.

Namun tidak semua bernasib baik untuk memperolehnya dalam tempoh yang singkat. NAmun usaha dan tawakkal perlu diteruskan bagi mencapai impian setiap pasangan yang berumahtangga. Di sini saya sediakan tips cepat hamil bagi pasangan yang berkeinginan zuriat dalam tempoh singkat. In shaa Allah, usaha dan keyakinan akan membuahkan hasil.

Tips Cepat Hamil

1. Memahami proses kehamilan

Bagi pasangan suami isteri, perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah cara kehamilan terjadi. Jika kitaran haid teratur setiap bulan dan berlaku hubungan seksual di mana sperma akan berenang ke dalam rahim. Di situ, sperma akan bertemu dengan telur yang sedia menunggu di tiub fallopio iaitu saluran peranakan. Persenyawaan akan terjadi di mana telur yang disenyawakan akan diimplementasikan hingga menyebabkan kehamilan.

2. Mengawal berat badan

Berusahalah bagi mendapatkan berat badan yang sesuai dengan tubuh yang terlalu besar atau terlalu kurus mengundang masalah kesuburan. Kawallah berat badan dengan kiraan BMI ( Body Mass Index) iaitu 20-24 merupakan berat yang optimum.

3. Sentiasa peka pada waktu subur

Waktu subur bagi seorang wanita berlaku empat hingga lima hari dalam tempoh sebulan sahaja. Sekiranya anda tahu waktu subur, ia merupakan satu peluang untuk hamil dengan cepat. Ia boleh dikira dengan tepat sekiranya perjalanan haid setiap bulan konsisten. Perhatikan tanda ovulasi yang muncul seperti lendir serviks yang licin serta senak di bahagian perut apabila berada di pertengahan bulan. 

4. Kerap "berhubungan"

Anda dinasihatkan melakukan hubungan seks dengan lebih kerap iaitu dua atau tiga 
kali seminggu terutama pada hari-hari subur. Malah terdapat juga beberapa posisi seks yang mampu mempercepatkan proses kehamilan.

5. Bantu suami tingkatkan kesuburan

Suami juga mempunyai masalah kesuburan. Oleh itu cuba tingkatkannya dengan mengambil makanan yang seimbang, bersenam, tidak merokok, mendapatkan berat badan yang ideal serta menghindari minuman keras dan mengambil suplemen untuk meningkatkan kesuburan. 

6. Rajin ambil vitamin

Kepada awanita yang merancang untuk hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil vitamin harian seperti asid folic.  Suami pula disarankan mengambil vitamin jenis zink yang berupaya meningkatkan pengeluaran sperma.

7. Jadikan senaman sebagai rutin harian.

Dengan senaman, banyak faedah yang boleh dinikmati dari senaman. Selain kecerdasan tubuh badan , ia juga membantu mengurangkan perasaan tertekan semasa mahupun perasaan tertekan semasa mahupun selepas kehamilan. 

8. Pengambilan Makanan yang seimbang.

Bagi wanita yang ingin hamil, ialah mengambil makanan yang sembang. Banyakkan pengambilan protein sayuran seperti produk-produk soya serta kurangkan menu daging dalam hidangan. Anda dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi jumlah serat yang tinggi seperti sayur-sayuran serta oat. Sukat kadar gula serta karbohidrat yang digunakan termasuklah mi, bihun dan sebagainya.

9. Jauhi tekanan perasaan yang melampau

Perjalanan hidup dan ujian yang dikawal boleh mengakibatkan tekanan. Bagi mengelakkan masalah ini berkau, maka anda membuat aktiviti yang mudah dilakukan seperti memasak, bersenam, mendengar muzik, membaca dan mendapatkan rawatan.


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE

2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN



HUBUNGI SAYA:-


Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]