SILA KLIK KAT SINI YE

Monday, 10 November 2014

Tips Tingkatkan Sistem Imun Bayi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jangkitan Penyakit


Bayi di bawah 1 tahun selalunya selalunya kerap dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema. Namun begitu, kalau kita ke klinik atau hospital sekalipun doktor tak galakkan ubat bagi bayi di bawah 1 tahun. 


Walaupun begitu, Shaklee mempunyai set untuk kanak-kanak iaitu, Vita C chewable, Mealshake, dan Omega, namun tidak sesuai bagi bayi di bawah 1 tahun. Apa yang boleh dilakukan adalah, ibu kepada bayi-bayi yang sering dijangkiti demam dan selsema ini mengambil suplemen yang boleh disalurkan melalui susu badan yang disusukan kepada bayi anda.

Walaupun bayi anda tidak dapat segala nutrisi ini 100 peratus, tetapi dapat juga nutrisi yang baik untuk badan mereka. Di sini saya ingin kongsikan tips untuk meningkatkan sistem imun bayi untuk mengelakkan mereka daripada di serang penyakit.


Tips Tingkatkan Kesihatan Bayi Bawah Satu Tahun 


  1. Elakkan makanan sejuk beku kerana mengurangkan vitamin dan mineral untuk sistem imun anak 
  2. Beri makanan semulajadi dan bukannya nestum kerana vitamin dan mineralnya lebih semulajadi dan kurang kandungan garam 
  3. Sapu ubun-ubun dan tapak kaki bayi dengan minyak zaitun, minyak telon untuk mengelakkan bayi  kembung
  4. Mandi petang bayi selewat-lewatnya pukul 5 petang 
  5. Pastikan bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas diberi makanan yang berkhasiat lengkap dengan buah-buahan dan sayuran 
  6. Jambu batu kaya dengan vitamin C berbanding buah limau yang membantu meningkatkan sistem imun bayi 
  7. Biasakan mandikan bayi bermula dari tapak kaki secara perlahan-lahan hingga ke kepalanya 
  8. Pakaikan pakaian yang tidak terlalu tebal kainnya untuk memudahkan pengedaran udara yang baik 
  9. Seelok-eloknya apabila cuaca panas pakai kan bayi dengan pakaian nipis atau baju yang seperti jaring yang berlubang-lubang 
  10. Petua mandikan bayi 5 bulan dan ke atas 3 kali sehari itu bagus sebenarnya untuk mengurangkan panas dalam badan bayi. 
  11. Bagi bayi yang minum susu formula kerapkan sulam minum air putih atau lebih baik air zam-zam 
  12. Campurkan kismis dan kurma dalam makanan bayi juga sebagai penambah perasa semulajadi 
  13. Sering bacakan selawat syifa untuk kesihatan bayi 
  14. Berikan air kelapa seminggu sekali sebagai detoks semulajadi untuk penyerapan vitamin dan mineral yang lebih berkesan 
  15. Jaga kebersihan anak-anak 
  16. Hindari terlalu kerap berada di tempat ramai orang kerana bayi bawah setahun lebih mudah terkena jangkitan penyakit berjangkit kerana sistem imun mereka masih lemah dan sel-sel tubuh sedang membina sistem pertahanan sendiri.





Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE

2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

2 comments:

samson yatie said...

anak yang kedua berumur 8 bulan..alhamdulillah, membesar bagai juara!

Nur Hijratul Hajar Bahaman said...

Anak ke3 sy bru 2bln..Insyaallah blh apply sumer tips utk anak sy nti..trima kasih k..tun for nice sharing

Ketahui ciri-ciri minyak ikan terbaik