SILA KLIK KAT SINI YE

Sunday 16 November 2014

Majlis Konvokesyen Pasti Al-Fateh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi-pagi dah siap kejutkan semua anak-anak sebab hari ni merupakan Hari Konvokesyen bagi anak-anak Pasti Al-Fateh Seksyen 23. Majlis Konvokesyen ni sebenarnya untuk meraikan anak-anak 6 tahun yang akan menamatkan alam tadika dan masuk ke sekolah rendah bermula tahun hadapan. 

Majlis yang bermula seawal jam 8 pagi. Pihak sekolah menyediakan sarapan pagi untuk semua tetamu yang hadir bagi meraikan Hari Konvokesyen ini. Selepas itu bacaan doa oleh Pengerusi Pasti Al-Fateh. Selepas doa dibacakan, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua Sekolah seterusnya persembahan anak-anak Pasti dengan bacaan Al-Fatihah dan doa dhuha. Teruja sekali dengan persembahan anak-anak Pasti ini kerana mereka bersemangat menyampaikan persembahan. Lancar pulak tu. Alhamdulillah, didikan di awal usia memang menakjubkan.

Apa yang paling buat saya teruja apabila anak-anak ini mampu menghafaz ayat-ayat lazim dengan lancar sekali. Tidak takut berdepan dengan orang ramai. Kalau la saya yang berada di depan tu, maunya gugup. Tahniah buat guru-guru dan ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak.


Si kecik yang tak sabar nak tengok kakak buat persembahan

Anak-anak membaca ayat-ayat lazim

Persembahan Segala Puji dan Doa Dhuha

Semangat Tasnim Nur Dania dan Umairah Dania

Persembahan anak -anak

Penyampaian Saguhati

Majlis berakhir jam 12.00 tengah hari. Berakhirlah sesi persekolahan tahun 2014. Tasnim akan memasuki kelas 6 tahun dan adiknya akan bersekolah di sekolah yang sama iaitu memasuki kelas 5 tahun. Harapan ibu agar anak-anak ibu menjadi seorang insan yang berguna.


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]