SILA KLIK KAT SINI YE

Saturday 22 November 2014

Pengalaman pertama menyertai pertandingan bowling antara media

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini dalam sejarah bagi saya kerana hari ini saya mewakili rakan-rakan  yang lain menyertai pertandingan bowling anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor dan penaja bersama media. Pertandingan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan jabatan dan pihak media. Pertandingan bowling ini diadakan di Monterez Club, Subang. Sebanyak 16 pasukan menyertai pertandingan ini termasuklah Selangorkini, RTM, Sinar Harian, Utusan, MSN dan beberapa media yang lain.

Pertandingan dimulakan tepat jam 10.30 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Pengalaman pertama yang menyeronokkan kerana saya belum pernah masuk pusat bowling dan tidak pernah sekalipun memegang bola bowling. Jadi 'perak' sekejap...hehehe. Walaupun tak pandai main, tapi tetap berjaya menjatuhkan kesemua pin. Horey berjaya..

Setiap kumpulan dibahagikan kepada 4 orang ahli bagi setiap jabatan. Bagi kumpulan saya terdiri daripada Hafizan, Hanafi, Herza (kalau kat opis kami panggil dia retis) dan saya sendiri la. Nak kata dalam kumpulan, saya yang paling tak pandai main tapi alhamdulillah berjaya yakinkan bahawa diri ini BOLEH....

Tempat pertandingan bowling ni pun bagus. Kepada yang ingin bermain bowling bolehla ke Monterez Club. Pusat bowlingnya besar juga la. Jom saya kongsikan gambar bersama anda.